KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Rabu, Mac 25, 2009

kisah 21 Mac 2009

20 - 22 Mac aritu...buat pertama kalinya aku terlibat dengan Bengkel Pelan Tindakan Desa yang diadakan di Kampung Jeram, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman..aku memang nak pergi bengkel ni walaupun sebenarnya Ust. Nazri selaku penyelarasnya..tapi ada misi yang perlu aku laksanakan :)

kalau ikut jadual memang pada hari kedua tu bengkel memang akan habis kira-kira jam 5.00petang..jadi aku telah planning untuk pergi ke rumah cikgu aku..Cikgu Rosni bt. Yassin yang tinggal di Kampung Tanjung Bunut, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Sebenarnya hajat ni dah lama terpendam walaupun aku selalu gak la ke negeri penyu ni tapi masa dan keadaan yang tak megizinkan :( tapi pada 21 Mac aritu memang aku bertekad hendak pergi juga rumah cikgu aku ni..Alhamdulillah hajat aku termakbul gak..akhirnya aku dapat kembali semula ke rumah yang pernah aku datang 11 tahun dulu :) seronok betul..walaupun dah lame tinggalkan rumah ni..tapi mokcik dan pokcik (Mak/ayah cikgu) tetap kenal dengan aku lagi..

Pertemuan ni memang menyentuh hati dan perasaan aku..dapat la aku tengok bilik yang pernah aku, Umi, Aizam dan Mazli pernah tidur dan lepak-lepak masa aku ikut cikgu balik kampung nyer pada bulan Mei 1998. Belakang bilik kita orang tu ada kandang lembu dan sebelah kiri nyer tanah perkuburan..keadaan nyer masih tak berubah..sama gak macam dulu :)

Walaupun aku tak dapat jumpa dengan cikgu aku tu kerana dia mengajar di Mersing, Kak Uji sekarang kerja di Kuantan dengan Petronas, dan yang paling menyedihkan orang yang paling rapat dengan aku kat rumah tu...Armarhumah Kak Nor yang telah kembali ke Rahmatullah pada 19 Januari 2007 lalu..tapi aku tetap gembira kerana dalam perjalanan pulang ke k.l, cikgu dan Kak Uji telah menelefon aku :) bukan anak murid yang cari cikgu tapi cikgu yang cari anak murid.. :)

Tapi ada yang masih kurang kerana aku tidak dapat bergambar dengan mokcik dan pokcik kerana aku tak bawa kamera semasa datang kerumah ni..tapi Insyaallah aku akan ke Terengganu sekali lagi pada bulan April ni..Insyaallah gak aku akan datang lagi kerumah ni :). Aku nak ucapakan terima kasih kat My Loving Friend Zulfadli dan Abang Shahaimi yang telah membawa aku ke rumah cikgu aku ni kerana diaorang ni memang orang Terengganu :)

*aku akan upload gambar-gambar aku semasa ikut cikgu aku ni pulang ke kampung ni kia-kira 11 tahun dulu yang membawa kepada ikatan silaturahim yang terjalin sehingga hari ini :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)