KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Seperti yang aku janjikan sebelum ni..aku akan ceritakan tentang pengalaman aku sebelas tahun dulu sewaktu aku dan kawan-kawan aku Mazli, Umi, ngan Aizam sewaktu ikut Cikgu kami pulang ke kampung nyer di Kampung Tanjung Bunut, Manir Kuala Terengganu.

Memang seronok pengalaman ni kerana banyak kenangan yang tersimpan di dalam nyer..hampir 2 minggu kami berkampung di rumah cikgu kami ni..banyak tempat menarik yang kami lawati kalau tak silap aku cikgu bawa kami ke Muzium Losong, Muzium Nelayan, Bukit Puteri tempat sejarah yang terletak di hadapan Pasar Payang, ngan macam-macam lagi la..yang paling seronok ialah kami pergi Pasar Payang menggunakan bot sangkut melalui sungai yang berada di belakang rumah cikgu..


Kalau dah pergi terengganu ni rasa nyer tak lengkap kalau tak ke pantai..kami sempat ke Pantai Lapangan@ Pantai Airport kerana memang terletak dekat dengan airport Kuala Terengganu..sewaktu kami sedang mandi-manda lah kami dapat melihat pesawat yang membawa jenazah Al-Marhum Sultan Terengganu iaitu ayah Tunku Mizan..kami juga sempat ke Pantai Penarik..

Memang menyeronokan percutian ni..Alhamdulillah..Ukhwah yang terjalin 11 tahun dulu masih kekal sehingga hari ini :)

1 ulasan:

mishark berkata...

comelnya msa kecik....hehehehe...tp knp cam gelap ja... :p

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)