KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Isnin, Oktober 12, 2009

Manisnya Perjuangan Ini :)

Sedih dan pilu di hati masih belum hilang. Perit dan pedih juga masih belum hilang. Aku tak tahu macam mana mahu dihuraikan kepedihan, keperitan dan kesedihan yang bersarang di hati. Pengundi Bagan Pinang telah membuat keputusan dan keputusan mereka wajib dihormati oleh semua pihak. Bukan soal mereka telah diugut atau dipaksa untuk mengundi UMNO tetapi pilihan mereka wajib dihormati walau apa sekali pun alasannya. Kepada teman-teman PAS, tahniah untuk anda. Walaupun kalah, kita tetap mendapat pengalaman baru dan kita temui sedikit kematangan. Yang pati kita perlu meneruskan perjuangan yang tiada pengakhiran nya ini..(pemburu syahid)

D
an perasaan itu benar-benar dirasai kesedihannya ketika mana wak mahu meninggalkan markaz PAS malam semalam, Pengarah Pilihanraya ( YB Salahuddin Ayub) ketika memeluk wak sebelum wak bergerak pulang, ada getar bicara yg dibisikannya, kita akan terus berjuang untuk Islam, begitu jua dengan SU Perhubungan PAS Negeri Sembilan, saudara Samsul yg cukup ramah melayani karenah blogger macam kami, Dr. Zulkefly yang sentiasa cool, YB Dato Mahfuz Omar, serta beberapa pimpinan Pusat yg lain, hanya salam dan pelukan perpisahan mengakhiri misi Bagan Pinang. Apa apa pun, 3 orang Jeneral PAS yang mengendalikan pilihanraya ini dengan penuh sabar layak untuk menerima kredit..(albanjari)

itu antara luahan perasaan yang banyak aku baca dalam blog-blog arus politik pasca pilihanraya kecil N.31 Bagan Pinang yang keputusanya buat kali pertama selepas 8 Mac 2008 yang memihak kepada BN..tapi bagi aku apa pun keputusanya pilihan rakyat Bagan Pinang telah diterjemahkan..cuma yang menarik..tiada kata-kata cacian atau menyalahkan pihak lain atas kekalahan pihak lawan sebalik nya lebih kepada memuhasabah diri atas kekalahan kali ini..ini lah yang dikatakan Manisnya Perjuangan Ini..moga-moga kita tidak putus harapan dengan kekalahan kali ini sebaliknya kita perlu istiqomah dalam meneruskan perjuanagan ini :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)