KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Selasa, Oktober 06, 2009

Pasca Gempa di Padang Indonesia :(

Jumlah kematian cecah 1,100 orang di Padang

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU 2 Okt. – Jumlah kematian di kawasan malapetaka gempa bumi di Padang, Indonesia sudah mencecah kepada 1,100 orang dan akan terus meningkat, kata Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Holmes semalam. “Jumlah kematian terbaru sudah mencecah kepada 1,100 orang dan kami menjangkakan ia akan terus meningkat,” katanya pada taklimat kepada media. “Kebiasaannya kebanyakan daripada ratusan mereka yang cedera kini akan menjadikan jumlah kematian akan terus bertambah apabila hubungan maklumat berjaya dipulihkan,” katanya. – AFP


Sabtu Oktober 3, 2009

Susulan gempa bumi Padang: 4,000 dipercayai terperangkap di bawah tanah runtuh


PADANG (Indonesia): Semua kampung yang terletak di zon gempa bumi di Indonesia telah musnah akibat tanah runtuh hari ini, dengan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus menjejaki 4,000 orang yang dipercayai masih terperangkap di kawasan bencana itu.

Tahap kerosakan akibat gempa bumi dengan magnitud 7.6 itu kini meningkat dengan tumpuan kini kepada beratus kampung yang terletak di kawasan bukit di luar Padang, bandar dengan sejuta penduduk yang paling teruk dilanda bencana itu.

Wartawan AFP yang menjelajah ke kawasan pesisir di kepulauan Sumatera hingga yang dikelilingi pergunungan menemui sejumlah rumah yang musnah di atas jalan-jalan yang curam dan empat kampung didapati telah tertimbus.

Ketua delegasi Indonesia bagi Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah, Bob McKerrow berkata, gambar-gambar antena menunjukkan tahap kerosakan yang berlaku di kawasan terpencil yang bergunung-ganang.

Katanya, beratus-ratus kampung berada dalam zon bencana dan penduduk beberapa kampung yang dilawati dilaporkan telah terbunuh dan mengalami kecederaan teruk serta memerlukan rawatan.

Pasukan penyelamat asing dengan anjing pengesan dan peralatan infra merah telah ditugaskan untuk membantu krew kecemasan Indonesia.

"Kami menganggarkan kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang masih terperangkap atau tertimbus di bawah runtuhan," kata Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Indonesia, El-Mostafa Benlamlih. AFP


Ahad Oktober 4, 2009

Mangsa gempa bumi Padang yang terperangkap hantar SMS


PADANG: Seorang mangsa gempa yang masih lagi terperangkap di dalam runtuhan bangunan sebuah hotel di barat Indonesia di sini telah menghantar SMS yang mengatakan bahawa beliau dan beberapa orang lagi masih hidup.

Pesanan itu menyebabkan pasukan mencari dan menyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa, tetapi peluang untuk mencari mangsa yang masih hidup adalah memandangkan anjing penyelamat tidak dapat mengesan apa-apa tanda terdapat orang yang masih hidup.

Ketua Polis Padang Kolonel Boy Rafli Amar berkata, mereka telah mendengar suara orang meminta tolong dan menepuk tangan di bawah timbunan runtuhan Hotel Ambacang.

Gempa bumi yang berlaku pada Rabu lepas itu telah membunuh sekurang-kurangnya 715 orang.

Menurut beliau, salah seorang mangsa yang tinggal di bilik 388 di hotel berkenaan telah menghantar SMS kepada saudara-maranya.

“Terdapat lebih kurang lapan orang yang dipercayai masih hidup di bawah runtuhan itu. Kami berusaha selama enam jam dari pagi tadi untuk menyelamatkan mereka tetapi kami belum menemui apa-apa,” ujar Boy Rafli kepada pemberita di sini.

Pasukan mencari dan penyelamat tengah menggunakan cangkul dan gerudi untuk memecah masuk tembok bangunan hotel setinggi enam tingkat itu.

Ketua bagi pasukan bersama anjing pengesan Jepun, Hidehiro Murase berkata usaha mereka sejak pagi semalam tidak menunjukkan apa-apa hasil.

Enam anggota pasukan penyelamat dari Switzerland telah cuba memasuki timbunan runtuhan itu namun keluar beberapa minit kemudian.

“Walaupun saya tidak menemui apa-apa, saya dapat menghidu bau mayat reput yang kuat,” kata salah seorang anggota, Villa Stefano. AP


0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)