KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Khamis, Jun 10, 2010

Sejarah Rachel Corrie


Rachel Aliene Corrie, remaja rakyat Amerika, menghembuskan nafas terakhir pada ketika hayatnya masih lagi muda, hanya mencecah 23 tahun.

Walaupun ia tidak se gah mereka yang menunut menganut Islam tulen, gadis Kristian, warga Amerika ini banyak mengajar apa itu sebenarnya airmata, apa itu perjuangan, apa itu nilai nyawa, apa itu perikemanusiaan sejagat tanpa mengenal warna kulit, kepercayaan dan anutan.

Namanya diabadikan di kapal yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza......Rachel Corrie

Beliau meninggalkan dunia di bumi Gaza dalam keadaan diluar batas perikemanusiaan. Amat menyayat hati untuk diceritakan.

Beliau adalah ahli kepada International Soliarity Movement yang turut berjuang menegakkan kedaulatan Palestin, turut berjuang pembebasan rakyat Palestin di bumi Gaza.

Ketika Tentera Pertahanan Israil sedang menyodok, meranduk, merempuh perumahan penduduk Gaza dengan jentolak, remaja yang bernama Racel Aliene Corrie ini melutut di hadapan perumahan warga Palestin, bertindak sebagai perisai manusia agar ada secebis perasaan kemanusiaan di hati Yahudi berhenti daripada kerja gila daripada bangsa yang paling angkuh di dunia.

Namun Yahudi itu telah melayang segala perasaan belas kasihan, jiwa Yahudi telah lama hilang perasaan itu, bangsa Yahudi yang sentiasa hauskan darah Palestin......siapa yang membela Palestin semuanya menjadi musuhnya.....gadis Amerika itu disodok, diranduk, dirempuh dan diseret sehingga menyembah ke bumi Gaza.

Ini hanyalah secebis catatan, berapa banyak lagi jiwa para Syuhada yang pulang menemui Penciptanya dalam keadaan harum mewangi, walaupun mata kasar melihat ramai yang terburai, terbarai perut, ramai yang tersembur otak, ramai yang terpelanting biji mata, tangan dan kaki hancur luluh, badan berkecai, rambut berselerak.

Nah, apakah tiada lagi secebis perasaan kasihan, sekelumit perasaan belas di sudut hati mu wahai mereka yang masih menyanjung, bersekongkol dengan Yahudi......wahai mereka yang masih melekat dengan pangkat, mereka yang masih lapar membesarkan tembolok masing-masing.....marilah kita sama-sama insaf.....marilah kita kembali kepada segala Ajaran dan SyariatNya.....marilah kita kembali kepada keadilan Islam, keadilan sejagat!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)