KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Ahad, Ogos 08, 2010

Jambatan Pulau Pinang

Sejarah sekali lagi tercipta dalam kehidupan aku..sejak mula berkhidmat kat opiz aku skunk nie..nie kali pertama aku bertugas secara rasmi di Pulau Pinang.. maka lengkap dan sempurnalah penjelajahan aku ke seluruh Malaysia..Perlis ke Sabah... Inilah anah tumpah negaraku yang tercinta :) so untuk cite pertama aku pasal Pulau Pinang nie..akau nak cite pasal monument kebanggaan seluruh rakyat Pulau Pinang khas nyer dan seluruh rakyat Malaysia am nyer..iaitu..JAMBATAN PULAU PINANG..

Jambatan Pulau Pinang Mes-e36.png merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalahsepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.


* Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
* Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
* Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
* Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
* Laluan: 4 Laluan (6 laluan masa hadapan)
* Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
* Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
* Gantungan utama: 225 Meter
* Gantungan hujung: 107.5 Meter
* Gantungan lain: 40 Meter
* Had laju: 80 km/j

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)