KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Selasa, Ogos 09, 2011

Dunia Baru :)

DuNiA bArU..hahahaha.. walaupun sebelum nie banyak terlibat dengan pasukan beruniform dan terlibat dengan berbagai-bagai misi2 kemanusian seperti Misi Kemanusiaan Mangsa Tsunami di Acheh ngan Kuala Muda, Misi Kemanusian Gempa di Indonesia, Misi Kemanusian Banjir Besar di Johor..tapi kali nie bila join Sukarelawan Jabatan Pertahanan Awan Malaysia @JPAM rasa lain mcm lak..masa g kursus asas JPAM nie memang banyak dah benda yang aku belajar sebelum nie coz more to bantuan awal bile berlaku kecemasan.. best gak coz banyak lagi benda2 baru yang aku belajar lagi pun dah lama xjoin benda2 macam nie :) meh aku cerita skit pasal JPAM nie

PRA MERDEKA

1939-Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah – langkah bagi menghadapi peperangan Dunia Kedua.

1951-The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang – undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu.

1952-Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.

PASCA MERDEKA

1957-The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam1951 ( Akta 221 ) berikutan kemerdekaan Negara.

1958-Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan Negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

1964-Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia – Indonesia ( Kertas Kabinet No. 302/314/64 )

1965-Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh Negara.

1970-Kerahan tenaga anggota seluruh Negara dibuat mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Negara 1952 berikutan bencana banjir besar yang melanda Negara.

1972-Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.

1993-Tragedi Highland Tower tumbang di Hulu Kelang mula merubah organisasi Pertahanan Awam di Malaysia.

ERA PEMBANGUNAN

1994-Pengenalan nama ringkas JPA 3 mula digunakan dan diterima pakai di seluruh negara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.

1995-Talian Kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei sebagai tanda komitmen Jabatan Pertahanan Awam memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam.

1996-Rancangan Pembangunan Jabatan Pertahanan Awam dirangka bagi memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistik dan prasarana dalam gerakan kerja menyelamat.

2000-Semua Ibu negeri di seluruh negara dan enam pejabat cawangan telah melaksanakan perkhidmatan talian 991.

2000-Rancangan Pembangunan Projek Fizikal dilaksanakan dengan tujuh projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah di bawah RMK 7 termasuk dua projek pusat latihan yang baru.

2001-Sebanyak tujuh lagi projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah diluluskan untukdilaksanakan didalam tempoh RMK 8 menjadi semua ibu negeri di seluruh Semenanjung bakal memiliki kompleks pentadbiran, operasi dan latihannya sendiri.

2004 - Motto ' Selangkah Ke Hadapan ' diperkenalkan sebagai komitmen warga Jabatan Pertahanan Awam memberikan ' Delivery Service ' yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan pertambahan perjawatan dalam Jabatan.
2006 - Memperkenalkan slogan "Sedia, Pantas dan Berintegriti" sebagai pemangkin menjadikan
Jabatan Pertahanan Awam sebuah jabatan yang unggul.

2008-Petukaran pengenalan nama ringkas JPA 3 kepada JPAM telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam sendiri pada bulan Mac semasa Hari Sambutan Pertahanan Awam yang diadakan di Ipoh Perak.

2008-Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan ' Satu Negara Satu Nombor ' sebagai talian panggilan pusat iaitu 999 bagi menyatukan talian kecemasan yang membabitkan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

OBJEKTIF

Objektif Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah :-

* Tugas Pertahanan Awam ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman.

* Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/operasi menyelamat

* Membantu tugas-tugas Pertahanan Awam yang diwujudkan pada 20 Mei 1995 yang pada ketika itu tenaga kakitangan tetap adalah kurang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)