KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Selasa, Julai 24, 2012

Sham Kamikaze..Satu Penghijrahan

Tarikh : 19 Julai 2012
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Penceramah : Sham Kamikaze

Skunk banyak sangat artis2 yang berhijrah n mendapat perhatian khalayak..salah seorang nyer Sham Kamikaze..Sham terkenal sebagai pemuzik di dalam band Kamikaze.Kehandalannya bermain gitar tidak dapat dinafikan semasa zaman kemuncaknya. Oleh itu sebagai perkongsian ilmu tentang penghijrahan yang dilakukan opizz aku pun jemput Sham Kamikaze nie untuk sama-sama berkongsi tentang hidayah yang ALLAH berikan kepada manusia istimewa ini.


Sesungguhnya hidayah itu satu anugerah yang sangat tidak ternilai harganya yang ALLAH berikan kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih. Permulaan hijrahnya hanya bertandang ke rumah sahabatnya yang terletak berhampiran surau. Sayup azan yang berkumandang tersebut menyentuh hatinya untuk menunaikan solat di surau seterusnya membawa kepada  penjelajahan ke masjid-masjid bermula di Nilai, Negeri Sembilan hingga ke Perlis. 


Penjelajahanyanya itu membawa kepada pertemuannya dengan imam Masjid di Makkah. Bermula dengan pertemuan itulah beliau mula mendalami ilmu agama kerana signifikanya pertemuan itu ialah iman masjid Makkah tersebut yang menghulurkan tangan untuk bersalam dengan beliau kerana bagi Sham, dia seorang manusia yang sangat kerdil tiba-tiba disantuni oleh seorang ulama yang disegani.


Banyak lagi perkongsian yang belia kongsikan dalam program ilmu ini, tapi cukup sekadar ini coretan ini. tapi bagi Sham sendiri beliau bertekad walaupun ada sesetengah pihak memandang serong terhadap usaha murni Sham tetapi dia bertekad akan meneruskan dakwahnya. Menurut Sham lagi, dia bukan bercakap sebagai seorang ustaz tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang dilaluinya dan masyarakat sendiri faham tidak semua soalan mereka mampu dijawab olehnya. MeMaNg TeRbAeEeEek :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)