KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Selasa, Februari 12, 2013

Anak Kampung :)


Bila aku PK2 balik lirik lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat wat aku ketawa sendiri coz apa yang dinyanyikan tu memang ada benarnya.. melihat kehidupan masyarakat sekeliling bukan semua dapat menikmati kehidupan yang mewah dan senang.. tapi bagi mereka “anak kampung” apa yang dinikmati itu sudah cukup sempurna dalam kehidupan ini.


Tu jugak la pengalaman aku kat Semporna tempoh hari.. walaupun kehidupan mereka xmcm kehidupan masyarakat moden di bandar tapi melihat riak wajah anak-anak ini cukup mengambarkan mereka cukup selesa dengan kehidupan yang di lalui ini.


walaupun dilihat serba kekurangan tapi Inilah syurga bagi mereka dalam mendepani kehidupan mendatang.. Syurga ini juga yang menjadi pelindung tiap kali hujan dan panas dan malamnya menjadi singah sana untuk beradu.. bukan semua dapat menikmati kehidupan seperti ini..


Waktu aku pusing2 kampung terlihat pulak “anak kampung” nie menghabiskan waktu petang ada yang bermain bola tampar, ada yang main getah, ada yang berlari-lari.. memang menghidupkan suasan kampung coz aku jugak pernah lalui situasi yang macam nie coz rumah yang aku duk sekarang nie juga bekas kawasan perumahan setinggan J


Apa yang lagi menarik dalam kehidupan “anak kampung” nie anak-anak kecil yang usianya xsampai belasan taun dah pandai mencari rezeki, walaupun ada yang bagitau mereka nie foreigner tapi yang aku kagum melihat usaha mereka mencari sesuap nasi walaupun hanya bekerja sebagai pengangkut barang J 


Sekadar selingan J jom nyayi same2 J
.
.
.
Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bha kau itu banyak yang tergoda
Lagi orang kaya

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun teda ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiadalah guna


Tindakan seorang murid berusia lapan tahun berteduh daripada panas terik di bawah lori seberat 10 tan sementara menunggu ketibaan bas sekolahnya berakhir tragedi apabila badannya hancur digilis tayar kenderaan berat itu selepas pemandunya dikatakan tidak menyedari kehadiran kanak-kanak berkenaan.
Dalam kejadian jam 11 pagi di Jalan Kastam Baru di Lahad Datu,Sabah semalam, mangsa Syarif Junior Langbas Jul Husin ditemui dengan masih berpakaian seragam dan menggalas beg dengan hampir seluruh badannya hancur digelek tayar kenderaan itu.
Pemandu yang menyedari menggilis sesuatu kemudian melakukan pemeriksaan sebelum terkejut apabila mendapati badan murid Sekolah Kebangsaan Pekan III itu hancur sebelum melarikan diri.
Difahamkan, mangsa dikatakan menunggu bas untuk ke sekolah dan berteduh di bawah lori berkenaan.
Pemandu lori berkenaan dipercayai cuba mengundurkan kenderaan itu untuk membantu seorang lagi rakannya membaiki kenderaan.
Akibat tragedi itu, mangsa mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Samsudin Mat ketika dihubingi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut dijalankan. 
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan polis masih memburu pemandu lori yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kejadian itu.
“Polis giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.10 pagi sebelum mengarahkan sebuah jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba, kami mendapati mangsa berada di bawah tayar lori dalam keadaan badan dan otak bersepai. “Mayat mangsa yang masih menggalas beg dan berpakaian sekolah dikeluarkan selepas mengalihkan tayar lori itu,” katanya. [sumber]


Seekor anak gajah pigmi Borneo berusia tiga tahun cuba menggerakkan bangkai ibunya di Hutan Simpan Gunung Rara di Sabah.
KOTA KINABALU: Sesuatu yang menyayat hati bagi pakar veterinar, Dr Sen Nathan apabila melihat seekor anak gajah pigmi Borneo cuba menggerakkan ibunya yang sudah mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau di Sabah.
Pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah itu menyaksikan sendiri detik berkenaan ketika melakukan siasatan berhubung misteri kematian sepuluh ekor gajah terdiri daripada tujuh gajah betina dan tiga gajah jantan di Unit Pengurusan Hutan (FMU) 23, kawasan konsesi Yayasan Sabah di hutan simpan berkenaan iaitu kira-kira 130 kilometer dari Tawau.
"Saya berasa sangat sedih, tiada perkataan untuk menggambarkan perasaan saya," katanya, sambil menambah bahawa anak gajah jantan berusia tiga bulan bernama Kejora itu telah dihantar ke Zoo Hidupan Liar Lok Kawi untuk dijaga termasuk bagi memberi susu botol.
Sepuluh ekor gajah berumur antara empat hingga 20 tahun ditemui mati antara 29 Disember dan 24 Januari lalu di kawasan Lembah Danum dan Lembangan Maliau.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata keracunan mungkin punca utama kematian gajah berkenaan.
"Post mortem yang dilakukan mendapati tiada kesan kecederaan akibat tembakan sebaliknya bahagian organ dalaman gajah-gajah berkenaan rosak teruk. Selain bahagian usus, mulut dan anus mereka turut didapati berdarah.
"Kami mengesyaki terdapat unsur keracunan daripada bahan makanan yang mereka makan (toksin semulajadi atau racun perosak) tetapi kita masih menunggu laporan makmal analisis kimia," kata Dr Ambu.
Menurut Ambu, laporan pertama diterima pada Selasa ketika pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjalankan kajian hidupan liar dimaklumkan oleh seorang pekerja mengenai kematian gajah kira-kira 5 kilometer dari pintu Syarikat Empayar Kejora Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Sabah.
Katanya gajah berkenaan mungkin termakan racun di tempat lain dan berjalan beberapa kilometer sebelum rebah di kawasan berhampiran Empayar Kejora.
"Kami percaya bahawa kematian semua gajah ini ada kaitan antara satu sama lain," katanya.

    Jumaat, Januari 18, 2013

    Padamu Ku Bersujud

    Assalamualaikum….
    Semoga hari Jumaat yang kita lalui ini penuh dengan keberkatan dan redha ALLAH J..tidak ada yang istemewa  yang aku nak coretkan pagi nie.. macam hari-hari yang terdahulu aku lalui.. Cuma apa yang menyentuh hati pagi nie tentang persolan hidup.. doa yang aku pinta disetiap solatku seakan tidak pernah yang ALLAH tolak..rezki yang diberikan tidak pernah putus malah bertambah.. ALHAMDULILLAH..

    ..tapi  aku bimbang dan gusar andai ini yang yang membuat aku terus lalai dan leka dalam menjalankan amanah sebagai hambamu di muka bumi ini..

    ..aku takut dengan kesenangan ini mencampakkan aku ke lembah kehinaan..

    Aku pohon pada-MU Ya ALLAH.. kukuhkan imanku untuk aku terus bersujud pada-MU Ya ALLAH..


    Ku menatap dalam kelam
    Tiada yang bisa ku lihat
    Selain hanya nama-Mu ya Allah
     Esok ataukah nanti
    Ampuni semua salahku
    Lindungi aku dari segala fitnah

    Kau tempatku meminta
    Kau beriku bahagia
    Jadikan aku selamanya
    Hamba-Mu yang slalu bertakwa
    Ampuniku ya Allah
    Yang sering melupakan-Mu
    Saat Kau limpahkan karunia-Mu
    Dalam sunyi aku bersujud


    Selasa, Januari 08, 2013

    Tagal @ Babagon, Penampang, Sabah

    Nama Kampung : Kampung Babagon
    Nama Projek : Sistem Tagal

    Catatan pertama yang aku nak cerita untuk inspektorat yang aku kat Sabah tu.. projek pertama yang dilawati ialah Projek Tagal Babagon.. Kampung Babagon terletak di Daerah Penampang, lebih kurang 45 minit dari bandar KK. Majoriti penduduk di sini berbangsa Kadazandusun.

    O.k berbalik kat Tagal tu.. Tagal (dusun) bermaksud TAK PERLU atau JANGAN. Amalan kuno masyarakat dusun mengelak diceroboh (curi) dengan memasang pancang kayu yang ditirus hujungnya (tonduk). Secara dasarnya Tagal merupakan satu sistem perkongsian pintar di antara masyarakat tempatan dengan pihak kerajaan dalam hal perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sungai di Sabah. Dalam hal ini banyak keadaan alam sekitar sungai yang tercemar berjaya dipulihkan.


    Kaedah tersebut dihormati oleh masyarakat kerana mereka faham maksud dan hukumnya yang sudah ditetapkan. Penguatkuasaanya diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Mahkamah Daerah, Ketua Kampung, JKKK serta mendapat restu daripada masyarakat setempat. Tetapi sekarang pelaksanaan sistem ini hanya menggunakan undang-undang untuk melarang sebarang aktiviti tangkapan dijalankan di Sungai Babagon ini.



    Peta di atas menunjukkan kawasan tuaian ikan mengikut zon yang ditetapkan.

    Zon berwarna Merah = Kawasan yang tidak boleh dituai bertujuan untuk konservasi, untuk sukan memancing (tangkap&lepas) dan mandi bersama ikan.

    Zon berwarna Kuning : Hanya boleh dituai 2-3 setahun

    Zon berwarna Hijau : Boleh dituai sepanjang tahun.

    Kaedah perlaksanaan sistem tagal di Kampung Babagon ini penguatkuasaan pengawalan penangkapan ikan ialah tidak boleh sama sekali menangkap sebarang hidupan dikawasan sungai  yang ditagal selama 2 tahun. Dan peraturan ini dipatuhi oleh semua penduduk kampung dan juga orang luar yang datng ke kampung ini. Sekiranya ada komuniti yang melanggar undang-undang ini pesalah akan dibawah ke ketua kampung dan akan dikenakan hukuman sogit (berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan semasa penubuhan) iaitu tunai RM300 dan seekor ternakan yang berharga RM200 sekiranya pesalah melawan akan dibawah ke Mahkamah Anak Negeri dengan hukuman yang lebih berat. Jika kesalahan melibatkan racun atau bom pesalah boleh dibawah terus kepada polis.


     

    Apa yang menarik lagi di kampung ini ialah, kawasan ini menjadi tumpuan pelancong untuk menjalankan pelbagai aktiviti riadah seperti menangkap ikan dan melepaskan semula, mandi,-manda serta aktiviti kebudayaan. Semasa tiba masa hari menuai ikan, semua ahli akan dijemput untuk menangkap ikan yang dijalankan secara bergotong royong, dengan hanya menggunkan jala dan pukat sahaja. Hasil tangkapan akan dibahagi sama rata.


    Pic kat bawah nie ialah semasa penilaian panel.. HaBiS… J




    Khamis, Januari 03, 2013

    2 ThUmBs uP 4 SaBaHaN :)

    Macam yang aku pernah post sebelum nie aku akan ceritakan pengalaman aku menjelajah ke seluruh Negeri Sabah..walaupun dah 2-3 bulan berlalu tapi baru sekarang aku berkesempatan untuk coretkan pengalaman aku kat sana..

    Walaupun aku dah banyak kali ke Negeri Di Bawah Bayu nie tapi pengalaman kali nie agak berbeza skit coz selain menempuh perjalanan yang panjang dah jauh yang memakan masa 3 hingga 9 jam untuk sampai ke sesuatu check point, kali nie juga aku dapat melihat kehidupan masyarakat di sini walaupun tidak secara dekat J

    Apa yang sangat menarik untuk aku post ialah semangat & jati diri orang Sabah memang sangat tinggi if nak dibandingkan dengan orang-orang di semenanjung..

    Lets I story about that.. sepanjang perjalanan aku menjalankan inspektorat di sini dari bandar hingga ke luar bandar, dari pekan hingga ke dalam belantara, dari rumah yang dah nak roboh hingga rumah banglo yang kaya raya, dari kedai-kedai kecil ke kilang-kilang besar hampir 60-70% orang di negeri ini mengibarkan Bendera Sabah bersama Bendera Malaysia.. coz masa aku kesini kita baru 2 bulan menyambut Hari Malaysia.. sebab tu aku cakap jati diri mereka memang tinggi coz aku rasa mereka sangat menghargai kemakmuran dan kemerdekaan yang dikecapi ini.. 



    Ini sebahagian pic-pic yang sempat aku snap.. memang Orang Sabah nie terbaek.. 
    Jsemangat nie boleh diawa pulang ke semenanjung untuk dipraktikanJ 



    Apa yang best gak.. g aje mana-mana kat Sabah nie korang akan jumpe makhluk ALLAH yang kat bawah nie..hahahaha sajer aku snap pic2 nie coz anjing-anjing nie xmacam yang orang selaku cakap..garang la..ganazzz la.. suka gigit orang la..tapi bila aku g kat anjing-anjing nie binatang nie xwat ape2 pun tu yang leh snap tungeee J


    Rabu, Januari 02, 2013

    2013


    Akhirnya muncul jugak tahun 2013.. yang sangat pasti hari, masa, detik dan saat akan terus silih berganti menghiasi 2013 ini. Seluruh dunia menyambut dengan penuh meriah kedatangan 2013 dengan harapan mampu membawa cahaya yang lebih terang dan bahagia kepada seluruh alam. 

    Sekali lagi seluruh isi alam menanam azam dan cita-cita baharu untuk tahun baru ini. Tapi bagi aku permulaan tahun aku cuba untuk muhasabah diri ini, terlalu banyak kekhilafan, kejahilan dan kekurangan yang sangat-sangat dituntut untuk dibaiki. Mungkin sebab itu, semalam sebaik jer aku "on" radio kereta lagu yang berkumandang ialah lagu Opick.. Tafakur.. lirik yang penuh bermakna yang jelas dengan mengambarkan akan kekuasaan ALLAH. Terlalu kerdil untuk kita membanga diri dengan kejayaan yang kita kecapi.. bagi aku cukup untuk aku bersyukur dengan apa yang ada semoga ALLAH akan terus memberkati kehidupan aku di muka bumi-Nya ini.

    TAFAKUR..Opick 

    Sejauh-jauh mata memandang
    Sedalam-dalam hati merasakan
    Hanya setitik debu yang tertuang
    Dalam syair pujian

    Lepas hati memandang lautMu
    Terheran diri pada langitMu
    Berjuta kata tak cukup untuk
    Melukis indahMu

    Melihat bintang alangkah jauhnya
    Melihat biru alangkah dekatmu
    Melihat hutan melihat gunung
    Siapa menjagamu (Allah)
    Mendengar tangis dalam deritamu
    Rasakan luka dihari-harimu
    Pada siapa air mata ini ‘kan mengadu

    Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
    Haa..ha..ha..haa…ha..ha..

    Bumi akan sepi
    Bangga sementara
    adakah tempat kembali
    adakah selain Allah

    Isnin, Disember 03, 2012

    Selamanya Harimau Malaya

    Kalau aku xpost pun korang semua dah tau..kejayaan Pasukan Harimau Malaya @ Malaysia yang berjaya menewaskan Sang Garuda @ Indonesia dalam pusingan suku akhir Piala AFF Suzuki Edisi 2012. Kejayaan Malaysia ini membolehkan pasukan anak buah K. Rajagopal ini melangkah ke pusingan separuh akhir dalam pertandingan berprestij bola sepak Asia Tenggara ini dalam misi mengekalkan kejayaan yang pernah di dikecapi tahun 2010 yang lepas. Walaupun bakal berhadapan dengan pasukan pilihan tahun ini iaitu Thailand tapi sebagai rakyat Malaysia aku yakin akan kemampuan pemain-pemain Malaysia. Jom nyanyi sama-sama :) 



    Selamanya!!! Selamanya!!! Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
    Selamanya!!! Selamanya!!! Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

    Hey le le le le le le oohh!! oohh!!
    Hey le le le le le le aahh!! aahh!!
    2x

    HARIMAU MALAYA!!!
    HARIMAU MALAYA!!!
    HARIMAU MALAYA!!!
    HARIMAU MALAYA!!!

    Hey le le le le le le oohh!! oohh!!
    Hey le le le le le le aahh!! aahh!!
    2x

    (Altimet)
    Inilah tanah tumpahnya darah ku,
    Negara pasukan biarlah hanya satu,
    Harimau kami berlari laju,
    Belang nak tertanggal dari baju,
    Harimau kami cekap gelecek,
    Pertahanan lawan tumbang sederet,
    Bila turun padang berumahkan gelanggang,
    Kalau berani mari bersandang….

    Selamanya!!! Selamanya!!! Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
    Selamanya!!! Selamanya!!! Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

    Hey le le le le le le oohh!! oohh!!
    Hey le le le le le le aahh!! aahh!!
    2x

    HARIMAU MALAYA!!!
    HARIMAU MALAYA!!!

    (Joe)
    Semua berlari hingga tiada keringat,
    Gol pertama untuk negara kedua untuk pingat,
    Bila atas padang main tak ingat,
    Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat,
    Pernahkah ada harimau yang jinak?,
    Jawapannya tidak semestinya lincah,
    Penyokong ke stadium beranak pinak,
    Untuk mu MALAYSIA kami teriak….

    Selamanya!!! Selamanya!!! Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
    Selamanya!!! Selamanya!!! Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

    Hey le le le le le le oohh!! oohh!!
    Hey le le le le le le aahh!! aahh!!
    2x

    HARIMAU MALAYA!!!
    HARIMAU MALAYA!!!

    (Carleed Khaza)
    Hey, nari kita semangat,
    HITAM KUNING terpahat,
    Mari kita berjuang,
    Tempur berperang di padang,
    Sekali lagi,
    Maju lagi,
    Serang lagi,
    Gagah berani sebati,
    Tidak genat tenang,
    Dengar sorakan Gemilang,
    HARIMAU MALAYA PASTI MENANG!!!

    Selamanya!!! Selamanya!!! Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
    Selamanya!!! Selamanya!!! Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

    Hey le le le le le le oohh!! oohh!!
    Hey le le le le le le aahh!! aahh!!
    2x

    HARIMAU MALAYA!!!
    HARIMAU MALAYA!!!



    MALAYSIA..BOLEH!!!!!!!

    Sabtu, Disember 01, 2012

    DiSeMbEr 2012


    Disember 2012?????

    Kedatangan bulan nie nenunjukkan hanya tinggal 31 hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2013.. bererti juga kita telah meninggalkan 334 hari di tahun 2012. Di saat ini sepatutnya segala azam, cita-cita dan segala kehendak sudah di peringkat akhir untuk di capai..tapi sebaiknya apa yang di azamkan itu telah tercapai dan berbaki sebulan ini hanya masa untuk melihat kembali apa yang telah dilakukan itu.

    Tapi bagi aku, disember yang menjengah ini hanya sebagai pelangkap kitaran hidup bagi tahun 2012 coz azam bagi tahun 2012 sudah tercapai dan terlakasana walaupun tidak 100% dan sebagai manusia yang tidak pernah puas dengan apa ada aku akan teruskan usaha yang masih berbaki ini.

    O.k la kita tengok pulak Disember 2012 nie ade tarikh-tarikh yang macam best coz bulan nie banyak sangat kawan-kawan aku yang wat wedding.. tengok punye tengok memang dalam bulan 12 tahun 2012 ada tarikh-tarikh yang menarik J
    1) 12-12-12
    2) 20-12-2012


    Khamis, November 01, 2012

    Sabah i'm coming :)


    Alhamdulillah.. tu yang first aku ucapkan coz hasrat aku nak wat inspektorat Anugerah Ilham Desa @ AID Peringkat Zon Tahun 2012 bakal terlaksana coz bos aku luluskan untuk aku jadi urusetia AID untuk Zon Sabah :) . Kalau ikut pengalaman2 aku banyak cerita yang boleh dikongsi coz selain melihat projek yang bakal dinilai time nie la aku leh lihat kehidupan orang Sabah coz kalau wat inspektorat nie kita akan pusing seluruh Negeri Sabah. Apa yang best nyer kalau sebelum nie aku wat inspektorat di Sarawak, segala ceruk kat Sarawak tu aku jelajah dari bandar-bandar besar seperti Kuching dan Miri hinggalah bandar sekecil Lawas pun aku jejak gak.

    Dan kali nie untuk inspektorat Zon Sabah, seluruh negeri Sabah aku akan pusing coz kalau ikut jadual kampung-kampung yang bakal dinilai tempat nyer jauh-jauh, ada yang makan masa 2 hingga 6 jam perjalanan. So banyak yang boleh dikutip nie :)

    Nie jadual perjalanan aku di Sabah nanti..

    KL – KOTA KINABALU – PENAMPANG – KOTA BELUD - KUDAT – LAHAD DATU – SEMPORNA – TAWAU – KENINGAU – LABUAN – KL 

    *nantikan cerita-cerita aku di Sabah dalam post yang akan datang*

    Khamis, Oktober 25, 2012

    Aidil Adha Datang Lagi


    Sekali lagi antara hari besar Umat Islam bakal menjelma menghiasi langit 1433 Hijriah.. di saat ini seluruh Umat Islam yang berada di Tanah Suci sedang berhimpun di Padang Afarah iaitu perhimpunan kemuncak setiap kali ibadah haji bertandang. 

    KOTA MEKKAH

    Kota Mekah Kota Sejarah
    Bumi Tandus Penuh Barokah
    Bumi Terpilih Adanya Baitullah
    Lambang Kebesaran Dan Keagungan Allah

    Setiap Kali Zulhijjah Menjelma
    Kota Mekah Tambah Meriah
    Berduyun Manusia Berbilang Bangsa
    Datang Beribadah Mencari Keredhaannya

    Labbaikallahumma Labbaik
    Labbaikala Syarikala Kalabbaik
    Innal Hamda Wanni'mata
    Laka Wal Mulk
    La Syarikalak

    Ibadah Haji Suatu Perintah
    Bagi Yang Mampu Wajib Menunaikan
    Untuk Melengkapkan Rukun Islam Kelima
    Kemuncak Ibadah Ummat Semua

    Di Mekah Juga Quran Di Turunkan
    Mukjizat Terbesar Nabi Muhammad
    Kitab Yang Suci Anugerah Ilahi
    Penunjuk Jalan Menuju Allah

    Tersergam Berdiri Baitullah
    Di Setiap Musim Dihias Indah
    Tempat Mengadap Semua Wajah
    Lambang Perpaduan Seluruh Ummat




    Selasa, Oktober 02, 2012

    Roselle @ RoMpIn

    Tempat : Kampung Parit Raja, Rompin, Pahang
    Produk : Roselle

    Nie lagi pengalaman baru.. masuk kampung ajer banyak cerita yang boleh dikongsi.. kali nie pasal Roselle lak..walaupun dah banyak kali minum kordial, n jeruk Roselle nie tp nie 1st time dapat tengok real punyer dari penanaman, tuai hinggalah ke kehidupan orang-orang kampung yang mengusahakan tanaman nie. Meh aku cite sket pasal Roselle nie :) 

    Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok yang bersaiz renik dan boleh tumbuh pada ketinggian 205 sm. Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga sepuluh bulan. 

    Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat. Daunnya berwarna hijau dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur ke bentuk tiga jari. Pokok mula berbunga pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun. 

    Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik. 


    1- Pokok Roselle
    2- Pisau untuk meneluarkan biji Roselle
    3- Bunga Roselle
    4- Roselle 


    Nama ajer pisau tapi penggunaannya hanya menyocok bunga Roselle dari bawah untuk mengeluarkan biji Roselle. Sebatang pisau nie leh boh dalam 6-7 Roselle nie then baru boh dalam bakul pulak untuk di basuh. 


    Nie lak antara penduduk kampung yang mengusahakan tanaman Roselle nie.. kalau ikut apa yang diorang bagi tau permintaan Roselle nie memang tinggi sampai permintaan melebihi pengeluaran. Ada di kalangan penduduk kampung memperolehi RM 800 - RM 1000 hasil pendapatan mengusahakan tanaman Roselle nie.  Tapi apa yang menjadi masalah kat diorang nie ialah benih untuk tanam Roselle nie susah nak dapat, & Jabatan Pertanian jugak susah nak supply coz banyak sangat orang yang nak. Masalah lain is ada juga pengusaha yang xleh nak catch up kutipan Roselle nie coz tanah luas, hasil banyak tapi xcukup orangnya yang nak kerja n kutip hasil tanaman nie.. maka banyak juga Roselle yang gugur n rosak. 


    The ending is..orang2 yang ke Kampung Parit Raja, Rompin, Pahang.. Jauh Perjalanan Luas Permandangan & Banyak Pengalaman... :) 

    Jumaat, September 28, 2012

    kUcInG @ RoMpIn

    MMMMM.. kali nie nak cite pasal kucing lak coz rase nyer dah lame xpost pasal binatang2 nie.. tapi macam biase r my priority is KUCING :) entah la memang nampak makhluk ALLAH nie ati tetibe jer leh jadi happy :). Pic nie pun aku snap kat Rompin gak ms outing aritu.. tapi aku lupe lak ape name tempat nie..tp betul2 kat tepi pantai.. :)

    Banyak gak kucing2 yang berkeliaran kat sini tapi yang aku snap nie yang jinak sket.. yang lain ms kite panggil dia datang rrr pastu nak tangkap dengan sepantas kilat kucing2 tu menghilangkan diri.. ngeee :) xpe r tgok ajer la pic2 kucing nie k :) layanzzzz

                                       

    Selasa, September 25, 2012

    MaCaM-mAcAm @ RoMpIn

    Tempat : Kedai Makan kat Rompin
    Tarikh : 24 September 2012
    Masa : lebih kurang Jam 5.30 petang 


    Kali nie nak cerite pasal kedai makan lak..yang menariknya pasal nama2 makanan yang disediakan kat kedai nie.. cube baca satu persatu menu yang kat atas nie.. TOMYAM SARDIN ANAK RAMAI, MINUMAN HERBA DAN KONCO-KONCONYA, ROTI CANAI DAN KETURUNANNYA, CUCUR KODOK DAN ADIK BERADIKNYA, KEROPOK GORENG DAN SUKU SAKATNYA & PISANG GORENG DAN SAUDARA MARANYA.. nama memang gempak tp rase nyer biase2 jer.. leh dapat 4/10 :] coz nie pun 1st time aku sampai Rompin nie pusing2 cari kedai makan utk minum petang last2 jumpe yang nie ajer..so ktorg bedal ajer la :)


    tgok kueh2 n keropok lekor kat atas nie lak..dah sejuk n mmg liat :( pastu makan Kueh Pulut Inti nie pedas lak..so masa on the way balik ke KL dah xsinggah kedai nie utk minum petang coz xder ape2 yang best :( .... kat tokey kedai bukan nak kondem kedai encik tapi just nak kongsi cerita ajer coz ader sesuatu yang menarik kat name2 menu yang di paparkan... ngeeee layanzzzzzzzzzzzzzz :) 

    Recent Posts

    PrInSiP Ku...

    bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)