KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Isnin, Jun 08, 2009

cahaya kasih QAISARA :)


"ANDAI PELANGI INGIN KAU MILIKI, REDAHLAH HUJAN YANG MENCURAH, NAMUN BELUM PASTI PELANGI ITU AKAN MENJADI MILIKMU YANG ABADI DI DUNIA INI"

Qaisara Nur, seorang gadis yang luhur dan terpelajar. Terpateri cintanya dengan Zamani yang berbeza darjat mengundang benci ibu. Benci bukan sebarang benci tapi benci disulam luka lama, luka yang tidak pernah sembuh ditelan zaman.

Salahkah jejaka pilihan hatinya jika ibu yang bermusuhan?Rasional Qaisara Nur menyangkal. Biar perit meniti kasih, cinta tidak mungkin berakhir tanpa bersimpul mati janji yang terpateri. Begitu nekad yang tersemat kukuh di sanubari Qaisara Nur.

Namun, takdir Tuhan tiada yang dapat menghalang. Hadirnya Hairi Bagai jelatang membawa bencana. Hilang cahaya berganti gelita. Bukan salah Zamani, bukan hilang cinta di hati, tapi hidupnya kini telah berubah. Demi kasih, Qaisara Nur menjauhi Zamani, membiarkan hati mereka terluka.
Mampukah mereka berpisah?Tegakah Zamani membiarkan Qaisara Nur derita sendiri? Bakal terungkaikah janji yang terpateri? Tertaut kembalikah kasih suci bila di hati ada cinta yang abadai?

Novel ni hasil nukilan wAnIs SoFfYa ini didukung oleh Qaisara Nur dan Zamani dan dibantu oleh Hairi,Melissa, Rafiqah, Hajjah Sharifah Hasiah, dan Siti Zubaidah :)

Best baca novel ni..yang paling geram bila cinta Hairi ditolak..dia bertindak nekad meragut kesucian Qaisara Nur..namun hati Qaisara tetap untuk Zamani. Demi mendapatkan Qaisara, Hairi sanggup menfitnah Qaisara namun cinta Qaisara dan Zamani tetap utuh..akhirnya maut yang memisahkan penderitaan yang di tanggung Qaisara Nur..kalau kat alam realiti aku cincang-cinang mamat yang pegang watak Hairi nie :) :) :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)