Novel hasil karya Qaira Qasidah ini setebal 467 m/s. Syed Khaled, Sharifah Junaidah, Normala, Syed Adam, Syed Aqil, & Dayang Suhana merupakan antara watak utama yang mendokong jalan cerita novel nie :)
Novel ini menyorot kisah kasih dipersimpangan antara 2 isteri yang dicintai dan terpaksa dicintai :(. Perebutan harta yang ditinggalkan juga menghiasi novel ini :)
Kerana kasih yang mendalam, Syed Khaled sanggup melarikan Normala daripada dipaksa berkahwin dengan lelaki tua. Mereka sanggup menempuh perjalanan panjang semata-mata untuk membuktikan cinta mereka cinta sejati. Mungkin jodoh telah tersurat, Normala dan Syed Khaled berjaya diijabkabulkan. Dalam manisnya mengecap bahagia, Normala dikejutkan dengan berita yang benar-benar mencabar emosi wanitanya. Dia kini bergelar madu!
Bagi Syed Khaled, walaupun ada dua suri dalam hatinya, nama Normala tetap bertakhta di tempat paling atas. Tiada siapa pun yang dapat memisahkan mereka kecuali maut. Normala adalah cinta pertama yang akan dikenang sampia bila-bila. Tanpa Normala, hidupnya ibarat malam tanpa siang. Tiada arah tujuan dan tiada sebarang harapan.
Sayangnya, panas yang disangka berpanjangan bertukar gerhana sekelip mata. Berita kematian Syed Khaled bagai langit menimpa kepala. Apatah lagi rahsia yang tersimpan rapi sebelum ini terbongkar satu persatu. Anak-anak yang diharap menjadi penyambung kasih antara dua keluarga kini bertelagah. Semuanya gara-gara harta. Madu yang selama ini begitu dingin, mula menunjukan taringnya. Normala sedih bukan kepalang.
Tapi, sampai bila dia dapat bertahan jika hatinya sering terusik? dan, mampukah wasiat itu mendekatkan kembali jurang yang semakin luas? baginya, duka di hatinya siapalah tahu..
Cerita ni memang best tapi ending of the story dia banyak yang tergantung..
1) Hubungan Normala & Junaidah masih diawangan
2) Siapa Dayang Suhana masih misteri
3) Hubungan Syed Aqil masih dipersimpangan
4) Jenayah yang dilakukan Syed Adam masih belum terungkai
* tak boleh komen banyak-banyak coz hak cipta terpelihara :(
0 ulasan:
Catat Ulasan