KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Bukan lagi kecaman, bukan masa nya untuk bermesyuarat jauh sekali hanya melahirkan kekesalan. Semuanya itu langsung tidak menganggu nyenyak tidur Israel. Apa yang dimahukan kini ialah TINDAKAN !!! TINDAKAN!!!. 16 nyawa bukan sedikit. Kematian mungkin telah bertambah jika dikira bilangan yang cedera.

Konvoi ini bukan konvoi tentera. Ia konvoi damai. Ia bukan membawa alatan senjata. Ia konvoi menyambung nyawa manusia. Jangan diharap pada Amerika! jangan diharap pada PBB. Umat Islam mesti mengembelingkan tenaga membina kegerunan Yahudi yang bermaharajalela dan membabi buta!

Umat Islam telah jemu mendengar kekesalan dari mulut pemimpin mereka. Telinga ini sudah tidak mampu menndengar kesedihan disebalik wajah hipokrit dan dayus! Mereka yang ditahan mesti dibebaskan. Dengan apa cara sekalipun. Mereka yang dibunuh mesti dituntut bela.!

Masih terlintas ingatan apabila rombongan Rasulullah cuba ditahan dalam perjalanan untu umrah. Rombongan Rasulullah ialah rombongan damai. Tiada senjata atau tujuan membuat serangan selain ibadah kepada Allah. Namun apabila berita Saidina Usman dibunuh, para sahabat lantas berbaiah menuntut bela. Namun akhirnya kuffar itu mengalah setelah mendengar semangat dan daya juang para sahabat.

Sedikit persamaan boleh difahami dari kisah rasulullah, ia tak serupa...hakikat pengajarannya tetap besar nilainya..iaitu merapatkan ukhwah dan bersama-sama berganding bahu megambil tindakan menyekat kezaliman ini dari terus bermaharajalela!!!

FREE GAZA!!! SAVE GAZA!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)