KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Nie satu lagi catatan yang dapat aku ceritan sepanjang berada di Cambodia aritu..salah satu nyer melawat ke Muzium Tual Sleng tempat yang dijadikan penjara yang tersimpan 1001 kekejaman yang dilakukan oleh rejim Pol Pot.

Nak masuk sini dikenakan bayaran USD2 atau 16,000 Riel tapi duit Cambodia lah. Seronok dapat melihat tinggalan sejarah Rejim Khmer Rouge.. tp sedih kerana tindakan yang amat kejam terhadap rakyat jelatanya..

Inilah dia Muzium Tuol Sleng atau dikenali sebagai S-21, bekas sekolah tinggi sebanyak 3 tingkat ini ditukar fungsi sepenuhnya oleh pemimpin rejim Khmer Rouge @ Pol Pot ketika berkuasa dari 1975 hingga 1979 menjadi pusat penyeksaan.

Menjenguk sendiri bilik seksaan dan peraturan yang tertera untuk dipatuhi banduan yang menyebabkan benar-benar faham mengapa sehingga kini rakyat Kemboja masih tidak mampu memaafkan pegawai rejim Khmer Rouge. Sebab bile berbual dengan masyarakat di Kemboja nie rata-rata penduduk nya amat membenci rejim zalim nie.

(gambar mangsa kekejaman dan juga orang ramai yang dipaksa menjadi tentera kerahan)

Pol Pot tidak mengenal mangsa.. baik lelaki, wanita, orang tua dan kanak-kanak malah antaranya masih bayi semuanya menjadi habuan kerakusan rejim nie. Mangsa Pol Pot selalunya di kalangan golongan berpendidikan tinggi dan memiliki tapak tangan halus sebagai tanda tidak pernah melakukan kerja kasar.

1 - Gambar-gambar mangsa yang menjadi mangsa kekejaman Pol Pot.
2- Kawasan seluas 2.5 hektar menjadi kubur kepada kira-kira 11,000 mayat. Mengikut apa yang ditulis.. kawasan ini merupakan kawasan tanaman sawah padi.
3 - Gambar mangsa kekejaman dan orang awam yang dipaksa menjadi tentera paksa.

Katil yang digunakan untuk mengikat mangsa sebelum diseksa sehingga mati manakala
Gari digunakan untuk mengari mangsa untuk diseksa

1 - 14 kubur yang dikatakan mangsa terakhir daripada kira-kira 17,000 banduan.
2 - Tempayan yang diisi dengan air najis dan kepala mangsa direndan didalam tempayan ini.

Mereka diseksa dengan pelbagai cara termasuk dengan cara merejam kepala mangsa ke dalam tong drum sehingga mati.

selain itu mangsa juga diseksa dengan cara mengari kaki dan tanggan mangsa diatas tempat khas seperti didalam gambar kemudian disiram dengan air sehingga lemas

mangsa juga direndam seperti gambar diatas sehingga mati

Bukti kekejaman Khmer Rouge di Muzium Pembunuhan Beramai-ramai Tuol Sleng

2 ulasan:

UcU berkata...

Eee..... menakutkan!

KeLiNcICoMeL berkata...

tgok ajer dah menyeramkan tp kalau bc sejarah nyer mmg geram giler kat Pol Pot nie!!!!

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)