MMM.. post kali nie nak cer pasal Ladang Tebu Chuping lak.. Ladang Tebu Chuping ini terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.Di sini terdapat 22,000 hektar kawasan penanaman tebu bagi tujuan pembuatan gula. Permandangan nie di rakam masa aku ondaway nak balik KL dari Padang Besar :).. memang cantik Ladang tebu nie..sAuJaNa mAtA MeMaNdAnG..
keluasan tanaman tebu di sini lebih kurang 22 000 hektar.. memang tersangatlah luas nyer ladang tebu nie.. keadaan kawasan tanaman yang berbukit bukau akan wat korang terkesima melayan permandangan yang memang cantik nie..
tengok pic nie pulak.. dengan langit yang terbentang luas di atas ditambah pulak dengan ladang yang terhampar.. memang mengasyikan.. hujung langit dan hujung ladang nie yang sayup-sayup kelihatan bercantum dipenghujung nyer :)
TAPI....Separuh daripada keluasan ladang tebu Chuping di sini bakal bertukar wajah menjadi ladang getah dan usaha menanamnya secara berperingkat telah bermula. Ini berikutan pengambilalihan ladang tebu milik PPB Group Bhd seluas 5,700 hektar oleh Felda Global Ventures Perlis Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Felda.
Felda membuat keputusan menukar tanaman tebu kepada getah di kawasan seluas 7,000 hektar kerana tanaman itu lebih menguntungkan dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan 447 peserta Felda Chuping
0 ulasan:
Catat Ulasan