Macam yang aku dah post sebelum nie pada 14-16 Oktober 2011 aritu aku terlibat dengan aktiviti "XPDC Berakit 1 Malaysia 1 KETENGAH Sungai Dungan". Aktiviti anjuran salah satu agensi di bawah kementerian aku iaitu KETENGAH. Pada kali nie 40 buah rakit terlibat dengan aktiviti ini yang melibatkan penyertaan seramai 200 orang. Sepatutnya aktiviti dwi tahunan ini dilaksankan pada bulan kemerdekaan tetapi disebabkan hari kemerdekaan bertembung dengan perayaan Aidilfitri, makan program ini ditunda ke bulan Oktober.
Antara objektif aktiviti ini antara lain ialah untuk mengenang perjalanan Mat Kilau yang menggunakan Sungai Dungun ini untuk ke Kuala Terengganu untuk berjumpa dengan To' Ku Paloh untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Sememang nya perjalanan ini amat susah macam mana yang aku sertai ini. Nak mendayung rakit nie memerlukan tenaga yang cukup banyak coz kita terpaksa bertarung dengan aliran air yang kadang kala deras kadang kala tidak berarus dan kadang kala terpaksa berlawan dengan pusaran air @ lubuk yang cukup ganas. Akibat aliran air ini jugaklah aku tengok ader rakit yang berlanggar antara satu sama lain dan ader yang terbalik. Tetapi aktiviti nie cukup menyeronokan.

Nie pulak persediaan kita orang sebelum bearkit coz setiap rakit perlu di hias mengikut kretiviti masing-masing coz ade kategori Rakit Paling Menarik. Tapi disebabkan perlatan yang cukup terbatas nie ajer la hasil yang dapat kami buat pada rakit kitaorang nie.
Nie lak majlis penutup yang disempurnakan oleh Y.B Mutulidi b. Jusoh selaku Ahli Parlimen Dungun, Terengganu. Antara intipati ucapan beliau ialah kepentingan kita untuk mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi hari nie coz terlalu banyak penat lelah orang dulu-dulu yang berjuangan untuk menuntut kemerdekaan sebelum kita memperoleh kemerdekaan melalui rundingan.
Selain itu aktiviti ini dibuat untuk mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan di kalangan agensi-agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah nie. Aktiviti kali nie memang menyeronokan dan nie lagi salah satu pengalaman yang amat beharga :)

0 ulasan:
Catat Ulasan