ISTIADAT pertabalan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, akan diadakan pada hari ini, Rabu, 11 April 2012 ini di Balairong Seri, Istana Negara jalan Duta, diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.
Istiadat pertabalan diraja itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Yang Dipertuan Agong ke-13, yang juga Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011 lalu.
Ini merupakan pertabalan kali kedua baginda Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah 83 tahun. Sebelum ini, baginda pernah diisytihar menjadi Yang Dipertuan Agong ke-5 antara tahun 1970 hingga 1975. Sekaligus perlantikan baginda telah mencipta satu sejarah dalam pelantikan Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957. DAULAT TUANKU.
0 ulasan:
Catat Ulasan