KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Tarikh Tayangan : 27 April 2012

Masa : 8.30 Malam

Tempat : Black Box ASWARA

Arahan : Engku Nor Zalifah Engku Abd Rased

Sejak dah jadi student ASWARA nie banyak la jugak aktiviti2 yang ader kat sini yang aku join walaupun persembahan tu dari fakulti lain coz ape2 aktiviti yang dijalankan di maklumkan kat semua student ASWARA nie coz banyak poster-poster yang di letakkan kat papan kenyataan n meja2 kat kantin ASWARA nie..n salah satu yang aku join is tayangan teater Rumah Kedai Di Jalan Seladang.. aku ingatkan cerita nie tentang Jalan Seladang kat Kampung Pandan rupa-rupa nyer teater nie berkisar tentang sekumpulan penarai di Happy Park yang tinggal di sebuah kedai di Jalan Seladang di Singapura semasa zaman Jepun


Penari-penari kabaret ni iaitu Leha, Nani, dan Tina tinggal bersama Mak Nah Bee @ Mak Wan, mereka terpaksa memilih kerjaya sebagai anak joget demi mencari sesuap nasi untuk mengisi perut. Bagaimanapun, pendapatan daripada pepekerjaan yang dilakukan setiap malam itu masih tidak mencukupi. Keperitan yang menghimpit kehidupan telah mendorong mereka memikir sumber lain yang dapat membantu meringankan beban dan penderitaan.
 

Ketika itulah, Leha memilih untuk menjadi perempuan simpanan Datuk Maaruf, seorang Pegawai Kastam dan Nani menjadi kekasih Takahashi, Pegawai Awam Jepun. Bagaimanapun, peperangan yang tercetus membuatkan mereka terpaksa mengubah haluan hidup.


Tina yang mengidap penyakit lelah tidak mapu bertahan dan akhirnya meninggal dunia sebulan selepas Mak Wan lumpuh. Nani pula keluar dari rumah kedai tersebut untuk mencari rezeki di tempat lain. Akhirnya Leha turut berpindah dan khabarnya akan mendirikan rumah tangga dengan usahawan muda dari Johor. Selepas itu, tiada siapa yang mengetahui kemana mereka pergi...TAMAT :)
 

Nie antara barisan pelakon yang menjayakan teater Rumah Kedai Di Jalan Seladang bergambar bersama-sama dengan Dato' Johan Jaafar, Dato Azad Khan ngan Engku Nor Zalifah


Nier lak pic aku, Kak Effa, ngan Kak Guy lepas abis tayangan aritu..memang best teater nie walaupun suasana n prop xsetanding Istana Budaya tapi apa yang dipersembahkan memang terbaekkk :)

2 ulasan:

kak jay berkata...

Assalam,

patutla dah lama tak dengar berita. Rupa2nya dah jadi student Aswara. Ambik coz apa ye?
Akak minat juga dengan teater. Zaman bujang dulu selalu gak pergi tengok kat Auditorium DBKL.
Anyway...selamat belajar.

KeLiNcICoMeL berkata...

part time ajer kak J..kn attend class tarian melayu utk student2 skm..tp kije masih kat opiz lama lg :)

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)