KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Jumaat, Julai 06, 2012

Kelebihan Syaaban Menuju Ramadhan

Tarikh : 4 Julai 2012
Tempat : Surau Al-Falah, Presint 9, Putrajaya
Tajuk Ceramah : Kelebihan Sya'ban Menuju Ramadhan
Penceramah : Ustazah Syarifah Hayati Syed Ismail


Dalam mengisi ruang Sya'aban yang semakin merangkak pergi, AJK Surau Al-Falah, Presint 9, Putrajaya telah menganjurkan wacana ilmu bertajuk "Kelebihan Sya'ban Menuju Ramadhan" yang disampaikan oleh Ustazah Syarifah Hayati Syed Ismail. Aku memang minat giler kat ustazah nie coz dia ader karekter tersendiri N tutur katanya penuh kelembutan, raut wajahnya memang terpancar ketenangan. Walaupun dah 3-4 kali ustazah nie datang kat tempat aku tapi nie 1st time aku dapat attend program dengan ustazah nie.

Pada permulaan tutur bicaranya ustazah nie menyentuh tentang jemaah yang hadir coz dalam sibuk dan lelah bekerja di siang hari jemaah masih mampu menapak ke rumah ALLAH untuk turut serta dalam majlis ilmu yang dianjurkan..itu yang dikatakan sebagai hidayah yang ALLAH bagi pada hamba-hambanya yang terus taat dalam mencari keredhaan-Nya, walaupun banyak dugaan di luar sana kerana kebetulan masa program ceramah nie, berlangsung juga konsert di tapak Floria Putrajaya 2012 yang lebih kurang 10 minit dari surau aku nie :)

Antara intipati ceramah yang disampaikan berkisar dengan hidayah yang ALLAH kurniakan kepada hamba-hambanya kerana manusia yang hidup dizaman nabi sendiri terlalu sukar untuk mendapat hidayah seperti bapa saudara nabi, Abu Talib yang begitu akrab dengan nabi tetapi sehingga akhir hayat tidak mendapat hidayah Islam. Begitu juga dengan Abu Lahab dan Abu Jahal yang bukan sahaja tidak mendapat hidayah tetapi antara yang kuat menentang ajaran yang dibawa oleh nabi kita Muhammad S.A.W. 

Susungguhnya Sya'ban ini penuh dengan kemuliaan yang tersendiri. Kita sebagai insan yang kerdil dan daif manfaatkan segala ruang yang ada ini demi menjadi mukmin yang sejati :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)