KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Isnin, Oktober 12, 2009

Allah itu Maha Adil.. :)

Dalam aku meneruskan kehidupan yang masih berbaki ini berbagai ujian yang yang datang menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya dimuka bumi ini..peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak dua tiga ini memang benar-benar menguji aku..tetapi aku yakin Allah punya sebab untuk menjadikan sesuatu itu..dan keyakinan aku itu memang benar..Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya sentiasa berasa sedih :)

Jumaat
9 Oktober 2009
Peristiwa Sedih
(1)

Hari Jumaat nie aku memang sibuk dari pagi hingga petang..ditambah pulak tolong Kak Ina g repair Avanva nyer breakdown, dapat jemputan g rumah terbuka kata KEMAS HQ, g wat urusan bank lagi hingga aku rase aku jumpa jiran sebelah partition aku hari tu hanya untuk bersalam ajer waktu pagi mase memula sampai kat opis aritu..semua benda yang aku selalu buat dengan jiran sebelah partition aku..g breakfast sama-sama, bersembang sama-sama, g lunch sama-sama, g solat Jumaat kat An-Nur sama-sama, solat Asar sama-sama tapi disebabkan aku sibuk sangat aritu benda-benda yang aku selalu buat aku tak buat wat kali pertamanya ari Jumaat aritu..aku hanya bercakap semula dengan jiran sebelah partition aku masa dah nak balik lebih kurang kul 5 petang..tapi memang memeranjatkan aku coz dia hanya serahkan surat ajer kat aku.."Surat Pertukaran" rrrrrrrrrrrrr macam nak tercabut jantung nie coz aku akan hilang seorang kawan, teman, sahabat yang selalu berkongsi cerita dengan aku..lagi nak tercabut jantung nie coz surat tu berkuat kuasa 15 Oktober nie..lebih kurang 2 hari ajer lagi :( memang sedih beb..aku nie memang leh jadi gila bila hilang kawan yang dah rapat ngan aku ;(

Yang belah kiri nie lah jiran sebelah partition aku tu..Ust.K..akan berpindah ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi Putrajaya


Ahad
11 Oktober 2009
Peristiwa Sedih
(2)

Seperti yang korang semua dah tahu terutama yang mengikuti perkembangan politik tanah akhir..PAS gagal merampas DUN Bagan Pinang dari BN..kekalahan ini lagi terasa perit dah pedih kerana tewas dengan majoriti yang sangat besar..bagi mereka yang mengharapkan PAS menang di DUN tersebut memang rasa sedih sangat coz kondisi semasa hari penamaan calon, sepanjang masa berkempen sehinggalah hari pengundian memang memihak kepada PAS..tetapi apabila keputusan dikeluarkan amat memeranjatkan hingga terpancar rasa sedih dan dukacita dengan keputusan tersebut..ramai petugas yang pulang awal apabila kiraan undi seawal jam 6.30 petang menunjukan PAS tertinggal dengan majoriti lebih 4000 undi dan muktamad sekitar jam 7.00 malam PAS tewas dengan majoriti lebih 5000 undi..sedih nyer :(

Isnin
12 Oktober 2009
Peristiwa Gembira

Macam yang aku cakap tadi..Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya terus berasa sedih :) setelah 2 kejadian yang buat aku jadi letih, sedih & penat..tapi hari nie ade jugak berita gembira yang leh buat aku bangkit dari terus di rundung perasaan yang tak best tu..pertama aku ke Maybank Bandar Baru Bangi untuk bayar ansuran bulanan rumah mak ayah aku tu..bila bank in kat mesin..mesin tolak n aku pun berjumpa dengan Customer Services kat bank tu..dia cakap ansuran bulanan rumah tu telah habis di bayar..pppppeeeerrrrrgggghhh lepas nie selamat la duit aku RM 450 ooooooo :) senag hati aku 1 beban hutang dah habis..pastu aku g pejabat Celcom untuk bayar bil berukband aku..masa g kat kaunter nak wat payment dia check payment aku dah sattle untuk bulan nie & kat akaun masih ade balance yang terlebih bayar...yahooo lagi aku suke hati..coz jimat duit aku untuk bulan nie..tu yang aku cakap dalam sedih-sedih tu ade jugak perkara yang mampu wat aku tersenyum :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)