KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Khamis, Oktober 01, 2009

GeMpA BuMi :(

korang mesti dah baca paper n wat ever news la pasal gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala richter yang menggegarkan Sumatera Barat lewat petang semalam kan? gegaran turut dirasai di di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia..korang nak tahu aku pun terlibat dalam gempa tersebut..sewaktu tu aku berada di Presint 9 Putrajaya..memang terasa bergegar flat yang aku duduk tu..pastu mula la dengar orang menjerit..so aku pun pergi kat koridor flat aku tu untuk tengok keadaan sekeliling..memang dah ramai yang turun berkumpul kat bawah..sebagai langkah keselamatan aku pun turun gak..dah la time tu aku puasa masa bergegar tu terasa loya tekak aku nie..pastu terasa pening-pening..nasib baik tak jadi apa-apa :(..hari nie datang pejabat semua kawan-kawan yang tinggal di Putrajaya menceritakan pengalaman yang sama..kawan-kawan kata KL yang kerja kat CIMB & AEON Jalan Tun Perak ngan Menara Alpa Wangsa Maju pun sama gak..walaupun dah biasa terasa bergegar bila gempa nie..tapi apa yang berlaku semalam adalah antara yang kuat gegaran nyer :(..BERITA GEMPA BUMI DI PADANG INDONESIA AKAN DISUSULI COZ BANYAK CERITA AKU DISANA :(

Gempa Padang: 200 orang disahkan maut


JAKARTA: Sekurang-kurangnya 200 orang disahkan mati dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di wilayah Sumatera Barat, Indonesia setakat ini.

Priyandi Kardono, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan berkata jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini adalah dari kawasan Padang.

Jumah angka korban dijangka meningkat di kawasan-kawasan lain kerana sistem perhubungan dan komunikasi di kawasan Sumatera barat terputus.

Kardono berkata hampir 500 bangunan runtuh di Padang yang menempatkan kira-kira 900,000 penduduk.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. AP

BERITA TERDAHULU

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 75 orang disahkan mati dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di wilayah Sumatera Barat, Indonesia setakat malam tadi.

Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata jumlah sebenar kematian belum dapat dipastikan tetapi laporan awal yang diterimanya daripada Datuk Bandar Padang menyebut semua mangsa mati di hospital. "Mungkin angka kematian akan bertambah kerana masih banyak dipercayai terperangkap dalam runtuhan bangunan termasuk hotel," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Kabinet di kediamannya di sini, malam tadi.

Mesyuarat itu, menurut laporan media massa tempatan online dihadiri beberapa menteri kabinet yang berkaitan dengan pengurusan bencana.

Jusuf berkata ketika ini Kota Padang gelap gelita akibat terputus bekalan elektrik dan hujan lebat yang masih turun.

Sementara itu, enam pegawai kedutaan besar Malaysia di sini tidak dapat berangkat ke Padang malam ini kerana Lapangan Terbang Minangkabau ditutup akibat kerosakan yang dialami dalam kejadian gempa pada pukul 5.16 petang Rabu.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar berkata mereka akan berangkat dengan kapal terbang pertama yang dibenarkan terbang dari sini ke Padang esok untuk membantu 330 pelajar Malaysia di Padang, yang walaupun selamat tetapi kehilangan tempat tinggal kerana rumah-rumah mereka runtuh. BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)