Pagi nie cuace kat Putrajaya sungguh nyaman dan syahdu coz awal-awal pagi bumi Putrajaya telah basah disirami hujan..masa ondaway nak g opis pun hujan rintik-rintik terus menyirami setiap inci ruang kat Putrajaya nie..masa aku on radio dalam kereta tengah ade tazkirah pasal kematian..rrrrr tetiba hati ni rase sayu sangat..aku pun tak tahu kenapa...tapi aku rasa memang kita wajib bersedia menerima kenyataan ini bahawa suatu hari nanti kita akan PULANG ke pada-Nya juga..cuma masa yang akan menetukan nyer..so untuk posting kali nie saje aku nak ajak korang yang baca blog aku nie menyengah sekejap soal KEMATIAN nie..
Hadith :
Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.”
Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745
Huraian
Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Dengan perkataan lain, walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan manusia. Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT dan segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita menemui ajal.
0 ulasan:
Catat Ulasan