KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Khamis, April 15, 2010

mEnJeJaK SejArAh bUkIt kEpOnG (2)

nie jugak ole-ole yang aku dapat sewaktu ber"PTD" di Johor hari tu..yang nie paling best coz dah berpuluh tahun hidup & mak ayah asal Johor..nie kali pertama dalam hidup aku sampai ke tempat bersejarah nie..selalu tengok dalam TV ajer tapi kali nie dapat tengok betul-betul :) memula datang tgok sign bord kawasan Balai Polis Bukit Kepong nie ajer memang dah sayu hati..bagi mereka yang mempertahankan nyer pada waktu tu..memang mavlezzz semangot korang :)

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950..panjang cerita nyer..kalau korang nak tahu lagi clik kat sini


nie Sign Bord besar yang terpampang di hadapan Balaia Polis Bukit Kepong tu :)

nie lak aku & Aisyah..dah datang sini kn la berposing :) kalau tak cam ane nak masukkan dalam blog kan??

yang nie lak..bangunan baru yang di bina bagi mengantikan Balai Polis Bukit Kepong yang dibakar tu..bangunan nie dibina di atas tapak asal balai polis yang di bakar tu :)

Bot Polis yang terdapat di hadapan bangunan Balai Polis nie merupakan bot asal yang digunakan dalam pengambaran Filem Bukit Kepong tu :)

yang nie lak??? aku la..mesti kn tangkap gambar kan?? bukan senang nak datang sini lagi..jadi segala benda yang boleh dijadikan kenangan wajib di tangkap gambar :) hihihi

yang nie lak Sungai Lenga yang terdapat dibelakang Balai Polis Bukit Kepong nie..macam yang korang tengok dalam Filem Bukit Kepong tu..nie la sungai yang digunakan oleh salah seorang anggota polis yang sempat menyelamatkan diri walaupun telah di tembak oleh komunis..anggota polis tu dapat menyelinap untuk ke Balai Polis Lenga untuk mendapatkan bantuan..tetapi sewaktu bantuan tiba Balai Polis Bukit Kepong Telah dibakar :( dan ramai anggota balai tersebut yang gugur :( :( :(


sekadar selingan..kawasan nie dinamakan Bukit Kepong adalah berdasarkan bukit yang tedapat di hadapan Balai Polis Bukit Kepong nie..tu yang diceritakan oleh tok kampung tu kat aku..kalau dia tipu maka tipu la asal nama tempat nie :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)