APABILA MALAIKAT MAUT BERTANDANG .. Takdirnya esok hari terakhir ALLAH pinjamkan nyawa kepada kita untuk bernafas dimuka bumi adakah kita sudah cukup bekalan menempuh alam seterusnya? memang tiada siapa yang dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan menanti saat kematian mereka.
ALLAH berfirman "setiap yang hidup akan merasai mati, dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan. Dan kepada KAMILAH kamu akan kembali (Surah al-Anbia' ayat 35)
Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? andai manusia sedar tentang hakikat itu nescaya mereka tidak akan lalai untuk mengigati saat-saat akhir itu.
AJAL tidak MENGENAL sesiapa SAMA ada MEREKA tua MUDA kecil BESAR sihat SAKIT miskin KAYA..MAKA BERINGAT LAH..
Takziah kepada Pak Ngah Dauh atas kembali nyer ke Rahmatullah Allahyarhamah Mak Ngah Azizah, Mohd Irwan atas kembali nyer ke Rahmatullah ayahanda tercinta Allahyarham Zainal Abidin dan Mohd Syafiq atas kembali ke Rahmatullah isteri yang dikasihi Allahyarhamah Azura Abd. Aziz..semoga kalian di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan mendapat syafaat ALLAH s.w.t
0 ulasan:
Catat Ulasan