KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Khamis, April 09, 2009

Alhamdulillah :)

Ni DaLaM FlIgHt

Alhamdulillah..itu kata-kata yang dapat aku rasa wajib aku ucapkan kerana dipermudahkan perjalanan aku ke Padang, Indonesia kali ni..ini kali ke-4 aku ke sini atas urusan kerja dan urusan pribadi @ jalan-jalan makan angin :)..ini kerana banyak kesulitan yang aku hadapi dapat diselesaikan dengan mudah :)

Sebelum bertolak ke airport lagi banyak kekangan nyer :(.. flight AK 474 KL - Padang akan terbang pukul 2.45 petang tetapi pukul 1.05 petang aku masih di office Putrajaya..sepatut nyer waktu ini aku sudah berada di airport..tetapi banyak kerja yang masih tertangguh memaksa aku menyelesaikan nyer dahulu sebelum terbang kerana aku hanya masuk semula ke office ni pada 3 Mei depan :)..aku hanya tiba di airport 30 minit sebelum penerbangan..memang aku rasa dah terlewat sangat..seperti yang aku jangka daftar masuk telah ditutup bermakna kalau ikut prosedur aku akan terlepas penerbangan ini..tapi Alhamdulillah seorang staff Air Asia telah menolong aku ke Customer Services Counter tapi sorry la aku terlupa nak ambil nama dia :)..memang kelam kabut jadi nyer kerana untuk ke bahagian penerbangan antarabangsa memakan masa hampir 10 minit dengan berjalan kaki kerana bahagian in telah di tukar ke posisi lain di LCCT..mak aii..jauh juga nak jalan nyer..akibat nyer tinggal aku seorang sahaja yang di iring ke pesawat kerana penumpang yang lain telah menaiki pesawat :)..dah la terlewat satff tadi tu suruh aku cepat..rupa-rupa nyer penerbangan telah di percepatkan penerbangan nyer dari 2.45 petang ke 2.30 petang :( nasib baik aku tidak terlepas penerbangan ini :)

Penerbangan ini memakan masa 1 jam sahaja..tapi di sebabkan kepenatan naik je kapal terbang ni aku dah terlelap..sedar-sedar aje bila announcement bila flight nak landing..sampaikan nasi goreng yang aku tempah pun tak sempat nak di makan..terpaksa la aku tapau makanan tu..di sebabkan kali ni aku hanya bawa satu beg sahaja aku hanya hand laggage..turun sahaja dari flight aku terus ke kaunter kastam..Alhamdulillah sekali lagi dipermudahkan lagi perjalanan aku kerana petugas kastam yang bertugas hanya check pasport aku sahaja..kerana pengalaman lepas kastam Indonesia ni cerewet..semua dokumen mereka nak..dari pasport, boarding pass, booking tiket kena print out..semua kastam Indonesia ni nak..kalau kurang salah satu nyer siap la.. "ongkos nya pak" sebab kastam kali ni tak cerewet tak sampai 5 minit kat kaunter kastam tu dah selesai urusan aku :)

Sepanjang di Padang pun memang seronok kerana pelajar-pelajar Malaysia di Universitas Andalas dan Universitas Negeri Padang memang happy go lucky siap bagi pinjam motorsikal lagi..terima kasih banyak-banyak buat Nadia, Farha, dan Zeha..korang memang best :)Alhamdulillah lagi kerana sewaktu ke Plaza Minang aku terlupa nak ambil kunci motorsikal..nasib baik satpam plaza tu jujur orang nyer dia tolong simpankan kunci motorsikal aku tu :) kalau tak..tak tahu la apa nak jadi kerana di Padang ni payah sikit banyak maling dan pencopet :(

Tapi trip kali ni memang beeessssttt :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)