Pada 3-5 April aku terlibat dengan Bengkel PTD untuk kesekian kali nya..kali ni di Kampung Desa KEDA Dingin, Kulim Kedah Darul Aman..group aku kali ni ialah Saiful, En. Zulkifli, En. Zainorin dan Hamzah..
Outstation kali ni ade satu lagi misi yang perlu dilaksanakan..merapatkan Ukhwah yang semakin jauh :( jauh kerana aku di K.l kawan aku yang sorang ni menetap di Kedah :).. awal-awal lagi bila ditugaskan ke Kulim ni memang aku dah plan nak jumpa dengan member aku ni Zunnuryam bt Ramli kawan satu kelas masa tingkatan 4&5 dulu..last jumpa minah ni kira-kira 2 tahun lepas tu pun jumpa kat KL Sentral aje..memandangkan Yam tinggal di Kulim jadi sebelum aku datang ke Bengkel PTD ni aku dah bagi tau Yam awal-awal yang aku teringin sangat nak jumpa dengan dia..
Alhamdulillah..apa yang diimpikan menjadi kenyataan..setelah lebih 2 tahun aku dapat jumpa semula dengan Yam..susah juga nak cari rumah Yam ni..dah la hujan lebat..kami sampai pun hari dah malam tapi jumpa gak la rumah dia setelah pusing-pusing lebih setengah jam..Terima Kasih Yam ko jamu kita orang dengan Bihun Sup..save la budget kami malam tu :) terima kasih gak ko nak jumpa aku..siap bawa balik rumah lagi :) aku memang happy kerana sekali lagi aku dapat berjumpa dengan orang-orang yang pernah mengembirakan hidup aku :) Insyaallah lepas ni kalau tak jumpa di K.L leh jumpa di Kulim :)
0 ulasan:
Catat Ulasan