KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Khamis, April 09, 2009

Muhasabah

Pagi ni dalam kelam-kabut nak siapkan tugasan yang masih belum siap kat office ni..aku sempat juga surfing beberapa blog..saja nak cari maklumat berhubung perkembangan selepas Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai..ada satu artikel yang bagi aku memang menyentuh perasaan..kerana kita memang tak pernah untuk MUHASABAH..sebalik nya benang yang basah tu juga la yang kita nak tegakkan walaupun secara terang dan nyata kesalahan, kekhilafan, dan segala kelemahan tu datang dari kita sendiri..walaupun kemenangan dan kegembiraan yang kita kecapai ada pihak yang meratapi dan menangisinya..maka perlu lah kita bermuhasabah dalam diri sepanjang menjalani kehidupan di muka bumi Allah ni..artikel tersebut berbunyi ....

"Menikmati kemenangan menghilangkan segala penat lelah sepanjang kempen dilaksanakan. Biarpun hujan membasahi sepanjang perjalanan, namun hujan itu ibarat siraman yang menambahkan kesegaran dan semangat perjuangan.

Penyokong dan pendokong kembali dengan dua kemenangan. Dunia dan akhirat InsyaAllah. Bagi yang tersasar dalam niat dan keikhlasan moga berkesempatan memohon keampunan. Bagi yang terlanjur dalam semangat dan kehangatan kempen moga dapat memikirkan keterlanjuran. Apa pun kemenangan adalah dari Allah yang menguji kesyukuran hamba terhadap anugerahnya. Jangan terleka..jangan terlupa dan bangga di atas usaha kita semata.

Hakikatnya muhasabah paling perlu sepanjang apa yang kita lalui. Muhasabah untuk membina kembali iman yang tercalar, akhlak yang tersingkir. Muhasabah terhadp sokongan yang dimiliki, bagaiman untuk diisi, mengatur menagih sokongan lebih 19,000 yang membenci, Ribuan yang tak peduli soal mengundi dan komposisi kaum bagi memastikan kerusi yang bakal dimiliki dalam pilihanraya akan datang"

Dipetik dari anaksengat.blogspot.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)