Banyak hal yang kami borakkan..al-maklumlah dah lama tak jumpa kawan aku budak Myanmar ni..rasa nyer dah dekat tiga bulan tak jumpa diaorang :(.. tapi yang agak menyedihkan ialah Aung Ka Twe ni akan di hantar pulang ke Myanmar 16 Mei ni kerana melawan cakap boss..hilang lagi la kawan aku kat kilang ni :( dalam minggu ni sahaja 3 berita menyedihkan aku terima..semua nyer pasal kawan-kawan foreigner aku yang kehilangan kerja :( Lwin di buang sebab kecuaian nyer mengendali mesin menyebabkan kerugian ratusan ribu..Foe Zaw yang telan mendapat status UNHCR akan di hantar ke Amerika..dan yang terbaru ni Ka Twe..kalau ikut apa yang dicerita kan..Ka Twe tak bagi Q.C check pipe yang under progress kerana melambatkan kerja diorang..aku faham kerana Q.C bila dah wat check kurang-kurang ambil masa sampi 15 minit kerana banyak yang perlu di tengok..dah nama pun Quality Controller kan? kesian juga dengar kisah Ka Twe ni..tapi nak buat macam mana dah arahan :(
Aku memang faham dengan kawan-kawan foreigner ni terutama kawan-kawan dari Myanmar mereka menganggap Malaysia ni macam syurga kalau nak bandingkan dengan negara diaorang kerana segala kemewahan, kesenangan dan segala yang ada di Malaysia memang mustahil dapat di nikmati di negara diaorang..banyak yang kami borakkan selama hapir 3 jam ni..tapi yang cerita pasal Aung Ka Twe ni memang menyedihkan..Insyaallah aku akan lapangkan masa aku 8 Mei ini untuk ke jamuan perpisahan Ka Twe ni :(
0 ulasan:
Catat Ulasan