KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Jumaat, April 17, 2009

kursus lagi :)


13-16 April 2009 aku terlibat lagi sebagai secretariat Kursus Asas Pelan Tindakan Desa siri 1/2009..ini kali pertama di tugaskan semula ke kursus ni sejak di pindahkan ke Unit Antarabangsa kira-kira setahun tiga bulan yang lepas..kursus ni lebih kurang macam Kursus Pelan Tindakan Pembangunan Kampung..aku pernah di tempatkan di unit ni masa mula-mula bertugas dulu..tapi tak lama cuma 3 bulan saja..

Best juga kursus ni kerana aku dapat bercampur semula dengan orang-orang kampung..aku memang suka dengan suasana seperti ni kerana sejak di lahirkan sampai ke hari ni aku di besarkan di Kuala Lumpur..sekolah pun di K.L gak..masuk U pun area K.L gak sampai kerja pun main area K.L gak..sebab tu masa belajar dulu kalau masa cuti sekolah gan cuti semester aku suka ikut kawan-kawan aku balik kampung saja nak merasai hidup di kampung ni..:) sebab tu bila aku outstation banyak rumah yang aku boleh singgah..tu semua rumah kawan-kawan aku..sampaikan kawan-kawan yang outstation gan aku naik pelik kerana ada sahaja orang yang aku kenal..tu penting nyer kita ramai kawan :) jangan lak kita buang kawan :)

Kursus kali ni aku pergi gan orang-orang yang sekepala dengan aku..En. Zainorin, Saiful, Kak Z, gan Pak Din..jadi nyer memang happening..habis jer kelas memang kita orang ronda-ronda bandar Kuantan ni..pergi Shopping Mall, pergi Teluk Cempedak, Tanjung Lumpur, n macam macam lagi la..sebelum balik siap singgah Tanjung Api beli ikan, sotong gan udang :) sambil kursus sambil makan angin..yahoooooo :)

Ni kawan-kawan aku la...

d' Tanjung Api..Fresh lagi niii...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)