KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Isnin, Ogos 31, 2009

Kemerdekaan Ini :)

sElAmAt mEnYaMbUt kEmErDekAaN NeGaRa Ke-52 TahUn

firstly nak ucap terima kasih banyak-banyak kat kengkawan yang wish pasal Hari Kemerdekaan Negara Ke-52 yang kita sambut pada hari nie..tapi dalam banyak-banyak message yang aku dapat ade satu nie yang agak menarik sikit..message nie kawan aku si Zahidy yang duk kat Pantai Dalam tu bagi..message dia berbunyi.."Salam Kemerdekaan..Cintailah Malaysia..Pada pejuang dahulu yang bergolok bergadai untuk kemerdekaan KAMI..kami amat menghargainya..Terima kasih kerana memberi kemerdekaan ini pada KAMI" agak sedap bunyi message nie..tapi sempat gak la aku balas message dia..antara lain aku tulis.."mereka jugalah yang menjajah atas nama kemerdekaan" sama-sama la kita renungkan :)
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj..Perdana Menteri Malaysia Pertama..Digelar Bapa Kemerdekaan Negara

Tun Abdul Razak..Perdana Menteri Malaysia Kedua..Digelar Bapa Pembangunan Negara
Tun Hussein Onn..Perdana Menteri Malaysia Ketiga..Digelar Bapa Perpaduan Negara

Tun Dr. Mahathir Mohammad..Perdana Menteri Malaysia Ke-Empat..Digelar Bapa Pemodenan Negara


Tun Abdullah Ahmad Badawi..Perdana Menteri Ke-Lima..Digelar bapa Pertanian Moden Negara

Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak..Perdana Menteri Malaysia Ke-Enam..belum mendapat gelaran coz masih berkidmat..huhuhu


Kelincicomel..Prime Minister In Waiting...huhuhu :)..bakal digelar bapa segala bapa kelinci yang ade kat dunia nie...huhuhu :)



Syukur padaMu
Bertandang kembali
Cahayamu dinantikan
Aku menjadi ahli Ramadhan
Memperhambakan diri padaNya
Untuk menelan nikmat

Setiap kali Ramadhan bertamu
Kenangan sering menerjah
Pipi haus akan air mata
Kesedihan lampau menutupi wajah
Bersama kenangan silam
Yang hadir bersama nafas ini

Satu pemergian
Tanpa ada kehadiran lagi
Masih tergulung kenangan
Kehangatan kasih masih terasa
Berpaut pada sanubari
Kasih yang bernilai

Aku hanya mampu
Menyambung tali-tali doa
Moga ALLAH mencucuri rahmat dan keampunan
dalam melayari kehidupan
yang pasti suatu hari nanti akan
terhenti di noktahnya

yang nie sotong goreng kicap :) memang feveret aku tahap gaban :)

yang nie pulak ayam masak kurma..memang orang lain tokleh celen kesedapan yang mak aku masak nie :)

yang ni beli kat bazar Ramadhan ajer sebagai penambah seri dengan lauk-lauk yang lain :)

semalam aku berbuka dengan penuh selera coz mak aku telah menunaikan hajat aku nak makan lauk yang dah lama aku tak makan..semua tu mak aku masak coz kelmarin mase buka puase aku dah bagi tahu kat mak aku yang aku teringin sangat nak makan lauk kegemaran aku tu..lauk-lauk tu gambar yang korang tengok tu la..buat pertama kali nyer..buka ajer aku terus makan nasi..selalu makan kuih atau bubur ajer lepas solat terawih baru makan nasi nie..tapi disebabkan ketagih & gian tahap giler aku sentap gak la nasi mase buka tu..:) t.q ek Pn. Mariam..nie yang wat aku sayang sangat kayt mak aku :)

Rabu, Ogos 26, 2009

Sahabatku... :)


persahabatan itu
augerah
persahabatan itu
persaudaraan
sesama insan

persahabatan itu
terjalin apabila terjadinya
pertemuan


persahabatan itu
adalah persaudaraan
yang akrab
atas dasar-dasar
ketulusan
keikhlasan
kejujuran dan erti persahabatan
yang tulus suci berpaksikan keimanan



dan persahabatan itu
adalah amanah
seorang sahabat
di dalam menjalinkan
persahabatan


Engkaulah sahabat,
engkaulah teman,

engkaulah kawan,
kasihku ini tidak pernah pudar,
engkaulah penyeri hidupku.


Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telh mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balik ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secara langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam


Kisah di atas hanya sebahagian Kisah kemenangan Umat Islam dalam menempuh perjuangan dalam menegakkan syiar Islam. Semalam juga merupakan kemenangan kepada perjuangan ini. Semoga dengan apa yang diperolehi ini meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam menegakkan syiar Islam.

Isnin, Ogos 24, 2009

SeGaLaNyA KuTeRiMa


Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayanganmu


Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Menyeretku ke syurga kita


Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat
Yang masih ada

Cerita silam ini
Menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara

Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup
Pun aku masih menantimu

Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri

Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya aku kesepian
Dan aku masih cinta

Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah


Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari'at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal'alamin.

Jumaat, Ogos 21, 2009

Renungan Di Ambang Ramadhan

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya:

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban.

Beliau bersabda:

"Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat) . Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Para Sahabat berkata:

"Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?!".

Maka bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga"

(At-Targhib, jld.II, 217-218 )


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah..sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Segala puji bagi Allah..Yang Awal sebelum penciptaan dan penghidupan..Yang Akhir setelah punah semua..Yang Maha Tahu..Yang Tidak Melupakan orang yang mengingatNya..
Yang Tidak Merugikan orang yang mensyukuriNya..Yang Tidak Mengecewakan orang yang memohon padaNya..Yang Tidak Memutuskan harapan orang yang mengharapNya

Ya Allah..Teguhkan aku pada agama-Mu selama Kau hidupkan aku..Janganlah gelincirkan hatiku setelah Engkau tunjuki aku..Karuniakan padaku rahmat dari sisiMu..Sungguh Engkaulah Maha Pemberi.

Bimbinglah aku untuk melaksanakan kewajiban Jum’at..yang Kau wajibkan atasku untuk aku taati dan Kau bagikan kurnia pada hari pembalasan pada orang yang layak menerimanya. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Gagah dan Maha Bijaksana

(kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci syurga, bab 1, pasal 3)

Khamis, Ogos 20, 2009

PeRjAlAnAn iNi


Perjalanan ini terlalu jauh
Langkah bagai meniti buih
Tak bisa menjanjikan
Antara kebahagian dan kedukaan
Terselit di kalbu

Begitulah antara dua jiwa
Nafas dan udara adalah jodoh
Antara kita tersua Dan akhirnya...
Itulah cinta kita
Adam dan Hawa

Namun kita ada kekurangan
Kau dan aku telah ditakdirkan
Terpaksa meleraikan pautan
Walau pun payah
Inilah realiti kita

Isnin, Ogos 17, 2009

Inilah Kelinci nyer :)

iNiLaH DiA KeLiNcI NyEr..DaLaM BahAsA MeLaYu..KeLiNcI IaLaH ArNaB..KeLiNcI Tu dAlAm bAhAsA iNdOnEsIa..jAdI KaWaN-kAwAn yAnG sElAlU taNYer aPa iTu kElInCi..hOpE LEpAs nIe kOrAnG FaHaM O.k..

PaStU iDeA UnTuK NaMaKaN BloG nIe sEbAgAi KeLiNcIcOmEl..mAsE Tu aKu kE BaNdUnG iNdOnEsIa..MaSe kAt sAnE Tu lA aKu tEnGoK BaNyAk oRaNg jUaL ArNaB nIe TePi jAlAn..aRnAb nIe kAn cOmEl-CoMeL SeBaB tU AkU NaMaKaN BlOg AkU NiE KeLiNcIcOmEl.. :)

cerita pasal tajuk kat atas nie aku post sebab sewaktu aku berPTD di Kampung Bukit Bulat, Alor Gajah Melaka..aku jumpa Pokok Pisang yang unik nie..Pokok Pisang nie sisir nyer bercantum antara satu sama lain..jadi bila dah bercantum..sisir pisang nie memang berbentuk kerang sebab tu name nyer dipanggil Pisang Kerang..so korang boleh tengok gambar pisang kat bawah nie.. :)

nie la Pokok Pisang Kerang tu..

yang nie pulak..Buah Pisang tu..cube tengok betul-betul..sisir nyer bercantum antara satu sama lain..tu yang buat Buah Pisang nie berbentuk seperti Kerang..:)

Jumaat, Ogos 14, 2009

Renungan Jumaat : Dunia Kita


resah gelisah menjelma
jelmaan yang tidak dijangka
gerhana dijiwa melingkari maya
terserlah punca dunia

dunia mana kalau bukan dunia kita
sana sini penuh cerita
arahan dan skrip yang berbeza
kita tetap masih berada didunia

entah betul atau tidak
jawapan yang bukan kita hendak
dunia sekarang penuh gelodak
manusia harapan yang tonggak

tonggak mungkin jadi punca
punca yang tidak disangka
usah leka dalam dunia
kita manusia bertanggungjawab sepenuhnya

jagalah dunia....dunia siapa?
kalau bukan dunia kita..........
harian hidup manusia semuanya
dipengaruhi dunia........

Khamis, Ogos 13, 2009

Hati & Perasaan..


Mungkin Tuhan Sengaja Mahu Kita
Berjumpa Dengan Orang Yang Salah
Sebelum Menemui Insan Yang Betul
Supaya Apabila Kita Akhirnya Menemui
Insan Yang Betul, Kita Akan Tahu
Bagaimana Untuk Bersyukur Dengan
Nikmat Pemberian Dan Hikmah Di Sebalik
Pemberian Tersebut.

Apabila Salah Satu Pintu Kebahagiaan
Tertutup, Yang Lain Akan Terbuka Tapi
Lazimnya Kita Akan Memandang Pintu
Yang Telah Tertutup Itu Terlalu Lama
Hinggakan Kita Tidak Nampak Pintu Yang
Telahpun Dibukakan Untuk Kita

Kebahagiaan Seseorang Manusia Tidak
Semestinya Dalam Memiliki Segala Yang
Terbaik. Mereka Hanya Membuat Yang
Terbaik Dalam Hampir Apa Saja Yang
Datang Di Dalam Perjalanan Hidup Mereka

Cinta Bermula Dengan Senyuman, Mekar
Dengan Ciuman Dan Berakhir Dengan
Tangisan. Masa Depan Yang Cerah
Sentiasa Berteraskan Kehidupan Yang
Lalu Yang Telah Dilupakan. Anda Tidak
Boleh Meneruskan Kehidupan Dengan
Sempurna Sehingga Anda Melupakan
Kegagalan Dan Kekecewaan Masa Silam

hari nie..nie ajer yang aku leh post dalam blog aku nie coz memang sibuk giler :( semalam pun kul 4 pagi baru leh tidur..pastu kat pejabat memang tak buat kerja lain menaip ajer..dari kul 9 pagi sampai kul 5.30 petang baru habis..tapi Alhamdulillah..siap jugak kerja aku tuu :) kat bawah nie korang leh tengok hasil kerja nyer :)..tak banyak pun tapi kena perah otak nak buat soalan dan penjelasan nyer :(

nie la hasil kerja nyer..yang pening nyer nak wat benda nie kene perah otak tahap giler Ba aLIF Ba Ya :(

Selasa, Ogos 11, 2009

angkara Ba Alif Ba Ya

seperti yang korang sedia maklum bahawa negara kita sedang berada dalam keadaan kritikal ekoran serangan penyakit binatang ciptaan ALLAH yang satu nie iaitu..Ba Alif Ba Ya..Babi :( yang digelar sebagai H1N1..impak nyer sampai kat opis aku pun kena serang gak..pppeeerrrgghhh hebat betul penyakit binatang haram jadah sekor nie :(..nasib baik memula opis aku kene serang nie aku ade kat Cherating..jadi bile masuk opis tengok-tengok semua dah kn pakai perisai idung ngan mulut nie..so kat bawah nie korang leh tengok la kawan-kawan aku yang terpaksa mencari perlindungan dari serangan penyakit Ba Alif Ba Ya nie.. :)

tak faham aku dengan dioarang nie..dah kene serang dengan Ba Alif Ba Ya pun nak suke gak..tengok siap buat peace lagi..tak per la yang penting layanzzz :)

Isnin, Ogos 10, 2009

HiTaM PuTiH KeHiDUpAn

DALAMmenyusuriHARI-hariYANGmendatangNIE.. makinBERATdanMAKINberserabutFIKIRANnie..
TAKtahulaKATmanaYANGkurangDANtersilapNYER..
langkahKAKInieYANGmembawaSALAHhaluan ATAUsalahPERASAANiniYANGterlaluMENURUTkataHATI..
akuMAKINkeliruDENGANarahTUJUANakuSENDIRI apakahAKUharusKELUARdariKEPOMPONGini atauAKUterusHANYUTDENGANduniaAKUsendiriINI


Lihatlah sekitar alam Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Ahad, Ogos 09, 2009

TREAT OTHERS WITH RESPECT

Peace be upon u...

Have a nice day!!!

Treating people with respect makes your world a nicer place to live in..whether it's at home,, at school or out in your.And it's easy.. all you have to do is treat people the way like to have them treat you..


Here are few Ideas...

* Don't insult people or make fun of them...

*Listen to others when they speak...

* Value other peoples opinions...

* Be considerate of people's likes and dislikes...

* Don't mock or tease people...

* Don't talk about people behind their backs...

*Be sensitive to other people's feelings...

Don't pressure some one to do something,

he or she doesn't want to do...

Jumaat, Ogos 07, 2009

CaNtIk tArIkH NiE..

aku tak der idea hari nie nak post cite pasal aper-aper..tapi yang menarik nyer hari nie ialah TARIKH dia.. :)

07.08.09

DIAMBIL DARI..www.iluvislam.com

Khamis, Ogos 06, 2009

menyingkap Nisfu Sa' ban : Keinsafan

Dinihari yang hening
Pintu lena di buka
Menggapai keinsafan
BagiMu segala puji
Menghampar jiwa raga
Bersujud padaMu
Penegak langit dan bumi
Seluruh isi alam semesta

Engkau penguasa langit bumi
Kau memancarkan kebahagian
Dari rintihan hati yang tercalar
Menyerah diri tanpa curiga
Mencari petunjuk abadi
Larutkan segala keresahan

Di sisiMu jua
Tersusur jalur-jalur doa
Agar terpadam yang tercela
Samada yang sembunyi
Mahu pun yang nyata
Engkau ALLAH Rabbul’aalamin
Mohon keampunan dan perlindungan

Rabu, Ogos 05, 2009

It's so easy...


It's so easy,

To think about Love,

To talk about Love,

To Wish for Love,

But it's not always easy,

To recognize Love,

Even when we hold it....

In our Hands...

Selasa, Ogos 04, 2009

SePuLuH K dAlAm pErSaHaBaTaN :)

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah) .

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

"
Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"

di hadapan HO CHI MINH'S VESTIGE IN THE PRESEDENTIAL PALACE AREA

untuk kali ini aku nak cerita tentang kenangan aku sepanjang 2 minggu berada di Vietnam :)..memang best waktu g negara orang nie..coz dapat tengok negara orang, adat orang & budaya orang :)..untuk pengetahuan korang..Vietnam mempunyai 4 musim..iaitu musim Luruh, musim Bunga, musim Sejuk dan musim Panas..apa yang best nyer sewaktu aku datang nie tengah musim sejuk..memang sejuk giler coz turun flight ajer bernafas dah kua asap..yang lagi best sampai satu hari tu sejuk nyer mencapai 6 ' celcius..memang sejuk..pakai jaket 2 lapis & glove 3 lapis pun menggigil lagi sampai terpaksa duduk depan unggun api..

yang nie pulak kat HOAN KIEM LAKE WITH NGOC SON TEMPLE

kat tasik nie ade sebuah muzium yang mencerita tentang hubungan Vietnam dan China..pastu ade seekor kura-kura yang berusia ratusan tahun yang telah diawet..menurut sejarah nyer kura-kura tersebut yang menbawa segala pertukaran berita antara Vietnam dan Maharaja China

sekitar KILANG MEMPROSES TEH

sewaktu ke Vietnam nie..aku jugak dibawa ke kilang memproses teh..kalau korang nak tahu..masyarakat kat sini memang suka minum teh untuk menyejukan badan..ala..yang macam orang cina kat Malaysia biasa minum tu..

gaMbAr-GaMbAr KaT BaWaH NiE SeKiTaR AkU BeRaDa Di vIeTnAm sElAmA 2 mInGgU..:)

NIE LA AKU NYER :)

Isnin, Ogos 03, 2009

Ogos


Kedatangan Ogos pada setiap tahun sememang nyer di tunggu-tunggu oleh setiap rakyat Malaysia kerana pada 31 Ogos setiap tahun kita merayakan Hari Kemerdekaan negara kita. Kebebasan, kemerdekaan, kemakmuran, dan keharmonian yang kita kecapi pada hari ini adalah titik peluh atas perjuangan orang-orang terdahulu..Wan Mat Saman, Ibrahim Yaacob, Burhanuddin Al-Helmi, Dol Said, Dato' Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lok, Tun Sambanthan merupakan antara tokoh kemerdekaan negara.


Dengan penuh muhasabah diri, marilah kita bersama mengekalkan kemerdekaan ini kerana mengekalkan kemerdekaan amat sukar berbanding mendapatkan kemerdekaan. Hargailah apa yang telah kita kecapai ini..dan tanyalah kepada diri kita..ApAkAh JaSa YaNg tElAh kItA LaKuKaN KePaDa nEgArA MaLaYsIa yAnG kItA CiNtAi InI :


Kepada seluruh rakyat Malaysia SELAMAT menyambut BULAN kemerdekaan NEGARA ke 52 TAHUN

Kesibukan sering kali membuatkan aku selalu kena marah dengan kawan-kawan aku coz selalu bila ajak aku lepak @ hangup malam-malam minggu kadang-kadang aku tak dapat join coz selalu hujung minggu aku kena outstation :)

Walaupun aku sibuk tapi kawan-kawan yang selalu dengan aku tak pernah lupakan aku..seronok betul dapat kawan-kawan macam nie..1 Ogos aritu pun sama jugak..tengah-tengah aku BeRpEsTa kat Jalan Tunku Abdul Rahman tu tetiba ade sorang mamat nie peluk bahu aku dari belakang aku ingat aku dah nak kena AnGkUt sekali rupa-rupa nyer kawan aku si Mohd Ridwan yang sama-sama kerja kilang dulu yang peluk bahu aku..dah dekat setahun lebih tak jumpe dia..tak sangka Allah jumpakan aku dengan dia masa kami sibuk berpesta kat sini..tak sangka lak dalam puluh ribu tu dia leh perasan kat aku :)

nie la budak Ridhwan tu..setelah setahun lebih nie baru jumpe semula :)

Malam tu lak dah penat-penat berpesta aku jumpa kawan aku Helmie yang duk kat BTP tu tengah borak-borak ngan dia dapat lak massage dari kawan aku anak cina mualaf si Firdaus @ Fido yang duk kat Petaling Jaya tu..yang ni pun rase nyer 2 bulan lebih tak massage @ jumpe dia..nak tak nak terpaksa gak la tengah hari ahad semalam aku jumpe dia coz dia yang sibuk nak belanja aku lunch..:) tu yang wat aku sayang kat korang semua :)

gambar baru takde..so aku scan ajer gambar lama aku ngan kawan aku si Fido (tengah) & Atan..mase nie kita orang kat Zoo Negara..:)

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)