KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Nie satu lagi catatan yang dapat aku ceritan sepanjang berada di Cambodia aritu..salah satu nyer melawat ke Muzium Tual Sleng tempat yang dijadikan penjara yang tersimpan 1001 kekejaman yang dilakukan oleh rejim Pol Pot.

Nak masuk sini dikenakan bayaran USD2 atau 16,000 Riel tapi duit Cambodia lah. Seronok dapat melihat tinggalan sejarah Rejim Khmer Rouge.. tp sedih kerana tindakan yang amat kejam terhadap rakyat jelatanya..

Inilah dia Muzium Tuol Sleng atau dikenali sebagai S-21, bekas sekolah tinggi sebanyak 3 tingkat ini ditukar fungsi sepenuhnya oleh pemimpin rejim Khmer Rouge @ Pol Pot ketika berkuasa dari 1975 hingga 1979 menjadi pusat penyeksaan.

Menjenguk sendiri bilik seksaan dan peraturan yang tertera untuk dipatuhi banduan yang menyebabkan benar-benar faham mengapa sehingga kini rakyat Kemboja masih tidak mampu memaafkan pegawai rejim Khmer Rouge. Sebab bile berbual dengan masyarakat di Kemboja nie rata-rata penduduk nya amat membenci rejim zalim nie.

(gambar mangsa kekejaman dan juga orang ramai yang dipaksa menjadi tentera kerahan)

Pol Pot tidak mengenal mangsa.. baik lelaki, wanita, orang tua dan kanak-kanak malah antaranya masih bayi semuanya menjadi habuan kerakusan rejim nie. Mangsa Pol Pot selalunya di kalangan golongan berpendidikan tinggi dan memiliki tapak tangan halus sebagai tanda tidak pernah melakukan kerja kasar.

1 - Gambar-gambar mangsa yang menjadi mangsa kekejaman Pol Pot.
2- Kawasan seluas 2.5 hektar menjadi kubur kepada kira-kira 11,000 mayat. Mengikut apa yang ditulis.. kawasan ini merupakan kawasan tanaman sawah padi.
3 - Gambar mangsa kekejaman dan orang awam yang dipaksa menjadi tentera paksa.

Katil yang digunakan untuk mengikat mangsa sebelum diseksa sehingga mati manakala
Gari digunakan untuk mengari mangsa untuk diseksa

1 - 14 kubur yang dikatakan mangsa terakhir daripada kira-kira 17,000 banduan.
2 - Tempayan yang diisi dengan air najis dan kepala mangsa direndan didalam tempayan ini.

Mereka diseksa dengan pelbagai cara termasuk dengan cara merejam kepala mangsa ke dalam tong drum sehingga mati.

selain itu mangsa juga diseksa dengan cara mengari kaki dan tanggan mangsa diatas tempat khas seperti didalam gambar kemudian disiram dengan air sehingga lemas

mangsa juga direndam seperti gambar diatas sehingga mati

Bukti kekejaman Khmer Rouge di Muzium Pembunuhan Beramai-ramai Tuol Sleng

Selasa, November 30, 2010

CeRiTa cAmBoDiA Part 3 : pAsAr

Dah jalan tempat orang macam-macam karenah dan ragam yang kite leh tengok.. macam kat pasar nie jugak.. walaupun nampak biasa ajer tapi terselit luar biasa nyer coz cara kite kat Malaysia nie memang berlainan terutama kebersihan pasar basah dia nie.. kalau nak di bandingkan dengan Pasar Chow Kit memang jauh lebih bersih berbanding dengan Pasar Phnom Penh nie.. kalau tak percaya tengok pic-pic kat bawah nie :)

tengok tempat boh ikan, daging ngan barang jualan dia.. boh atas pankin ajer.. kalau kat Malaysia siap wat pasar moden lagi.. tempat boh ikan pun siap ader paip air lagi :)

satu lagi yang lain nyer peniaga kat pasar basah nie semua nyer perempuan.. macam kat Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu lak kan??? mungkin yang lelaki nyer g wat kije lain agak nyer :)

tengok lah persekitaran nyer.. nie la yang seronok g tempat orang coz leh mengenali cara hidup tempat orang :)

tapi yang nie paling best.. di celah2 orang lain berniaga ikan, daging, sayur ader lak yang meniaga binatang nie.. diorang bercampur peniaga islam ngan peniaga bkn islam..

nie la mentor aku ms kat Cambodia nie.. kami slalu g jalan sendiri2 coz kalau nak follow group payah sikit coz ader time2 nyer so ms yg terluang tu kami g merayap sendiri :)

nie lak tuan punyer blog.. tapi mmg best dapat g sinie coz lain cara hidup lain budaya lain persekitaran yang kite dpt tengok :)

Nie antara pengalaman paling beharga dalam hidup aku.. pada usia seawal 26 tahun (jgnkan ayah aq yg dah 72 tahun..kawan2 aq yg dah berumur kat opiz nie pun xpernah sembelih lembu) telah diberi kesempatan untuk menyembelih lembu pada Eidul Adha yang lepas semasa mengikuti Amal Ansar Malaysia (AMAN) melakukan ibadah korban di Cambodia pada 18-22 November 2010 yang lepas :) ... bukan mudah tugas nie.. walaupun nampak senang tapi masa nak menyembelih tu dada memang berdebar2.. tapi Alhamdulillah dalam takut2 tu dapat jugak aku sembelih 3 ekor lembu :)

nie hirisan pertama ke leher lembu yg aku wat.. memang mendebarkan tapi berkat keyakinan dan tunjuk ajar Us. Azuan akhirnya berjaya gak aku sembelih lembu nie :)

nie la hasil nyer.. mengalir jugak darah suci ternakan yang dikorbankan hasil sembelihan aq.. :)

nie lembu ke-2 yang aq sembelih.. lepas dah sembelih yang pertama tu teringin lak nak sembelih lagi.. lagi pun lembu nie nampak baik ajer coz lepas orang dah tambat kaki lembu nie.. lembu nie duk diam ajer xmeronta langsung tu yang aq teringin nak sembelih.. dan Alhamdulillah lembu nie pun aq dpt sembelih nyer :)

yang nie lembu ke-3 yg aq sembelih.. time nie memang dah gian nak sembelih coz yang 2 ekor sebelum nie aq dpt sembelih dgn baik :)

PENGALAMAN NIE MMG ANTARA YANG BEHARGA COZ KAT MALAYSIA JANGANKAN LEMBU.. AYAM PUN AKU TAK PERNAH SEMBELIH SEBELUM NIE :)

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)