KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Selasa, Februari 12, 2013

Anak Kampung :)


Bila aku PK2 balik lirik lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat wat aku ketawa sendiri coz apa yang dinyanyikan tu memang ada benarnya.. melihat kehidupan masyarakat sekeliling bukan semua dapat menikmati kehidupan yang mewah dan senang.. tapi bagi mereka “anak kampung” apa yang dinikmati itu sudah cukup sempurna dalam kehidupan ini.


Tu jugak la pengalaman aku kat Semporna tempoh hari.. walaupun kehidupan mereka xmcm kehidupan masyarakat moden di bandar tapi melihat riak wajah anak-anak ini cukup mengambarkan mereka cukup selesa dengan kehidupan yang di lalui ini.


walaupun dilihat serba kekurangan tapi Inilah syurga bagi mereka dalam mendepani kehidupan mendatang.. Syurga ini juga yang menjadi pelindung tiap kali hujan dan panas dan malamnya menjadi singah sana untuk beradu.. bukan semua dapat menikmati kehidupan seperti ini..


Waktu aku pusing2 kampung terlihat pulak “anak kampung” nie menghabiskan waktu petang ada yang bermain bola tampar, ada yang main getah, ada yang berlari-lari.. memang menghidupkan suasan kampung coz aku jugak pernah lalui situasi yang macam nie coz rumah yang aku duk sekarang nie juga bekas kawasan perumahan setinggan J


Apa yang lagi menarik dalam kehidupan “anak kampung” nie anak-anak kecil yang usianya xsampai belasan taun dah pandai mencari rezeki, walaupun ada yang bagitau mereka nie foreigner tapi yang aku kagum melihat usaha mereka mencari sesuap nasi walaupun hanya bekerja sebagai pengangkut barang J 


Sekadar selingan J jom nyayi same2 J
.
.
.
Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bha kau itu banyak yang tergoda
Lagi orang kaya

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun teda ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiadalah guna


Tindakan seorang murid berusia lapan tahun berteduh daripada panas terik di bawah lori seberat 10 tan sementara menunggu ketibaan bas sekolahnya berakhir tragedi apabila badannya hancur digilis tayar kenderaan berat itu selepas pemandunya dikatakan tidak menyedari kehadiran kanak-kanak berkenaan.
Dalam kejadian jam 11 pagi di Jalan Kastam Baru di Lahad Datu,Sabah semalam, mangsa Syarif Junior Langbas Jul Husin ditemui dengan masih berpakaian seragam dan menggalas beg dengan hampir seluruh badannya hancur digelek tayar kenderaan itu.
Pemandu yang menyedari menggilis sesuatu kemudian melakukan pemeriksaan sebelum terkejut apabila mendapati badan murid Sekolah Kebangsaan Pekan III itu hancur sebelum melarikan diri.
Difahamkan, mangsa dikatakan menunggu bas untuk ke sekolah dan berteduh di bawah lori berkenaan.
Pemandu lori berkenaan dipercayai cuba mengundurkan kenderaan itu untuk membantu seorang lagi rakannya membaiki kenderaan.
Akibat tragedi itu, mangsa mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Samsudin Mat ketika dihubingi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut dijalankan. 
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan polis masih memburu pemandu lori yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kejadian itu.
“Polis giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.10 pagi sebelum mengarahkan sebuah jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba, kami mendapati mangsa berada di bawah tayar lori dalam keadaan badan dan otak bersepai. “Mayat mangsa yang masih menggalas beg dan berpakaian sekolah dikeluarkan selepas mengalihkan tayar lori itu,” katanya. [sumber]


Seekor anak gajah pigmi Borneo berusia tiga tahun cuba menggerakkan bangkai ibunya di Hutan Simpan Gunung Rara di Sabah.
KOTA KINABALU: Sesuatu yang menyayat hati bagi pakar veterinar, Dr Sen Nathan apabila melihat seekor anak gajah pigmi Borneo cuba menggerakkan ibunya yang sudah mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau di Sabah.
Pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah itu menyaksikan sendiri detik berkenaan ketika melakukan siasatan berhubung misteri kematian sepuluh ekor gajah terdiri daripada tujuh gajah betina dan tiga gajah jantan di Unit Pengurusan Hutan (FMU) 23, kawasan konsesi Yayasan Sabah di hutan simpan berkenaan iaitu kira-kira 130 kilometer dari Tawau.
"Saya berasa sangat sedih, tiada perkataan untuk menggambarkan perasaan saya," katanya, sambil menambah bahawa anak gajah jantan berusia tiga bulan bernama Kejora itu telah dihantar ke Zoo Hidupan Liar Lok Kawi untuk dijaga termasuk bagi memberi susu botol.
Sepuluh ekor gajah berumur antara empat hingga 20 tahun ditemui mati antara 29 Disember dan 24 Januari lalu di kawasan Lembah Danum dan Lembangan Maliau.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata keracunan mungkin punca utama kematian gajah berkenaan.
"Post mortem yang dilakukan mendapati tiada kesan kecederaan akibat tembakan sebaliknya bahagian organ dalaman gajah-gajah berkenaan rosak teruk. Selain bahagian usus, mulut dan anus mereka turut didapati berdarah.
"Kami mengesyaki terdapat unsur keracunan daripada bahan makanan yang mereka makan (toksin semulajadi atau racun perosak) tetapi kita masih menunggu laporan makmal analisis kimia," kata Dr Ambu.
Menurut Ambu, laporan pertama diterima pada Selasa ketika pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjalankan kajian hidupan liar dimaklumkan oleh seorang pekerja mengenai kematian gajah kira-kira 5 kilometer dari pintu Syarikat Empayar Kejora Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Sabah.
Katanya gajah berkenaan mungkin termakan racun di tempat lain dan berjalan beberapa kilometer sebelum rebah di kawasan berhampiran Empayar Kejora.
"Kami percaya bahawa kematian semua gajah ini ada kaitan antara satu sama lain," katanya.

    Jumaat, Januari 18, 2013

    Padamu Ku Bersujud

    Assalamualaikum….
    Semoga hari Jumaat yang kita lalui ini penuh dengan keberkatan dan redha ALLAH J..tidak ada yang istemewa  yang aku nak coretkan pagi nie.. macam hari-hari yang terdahulu aku lalui.. Cuma apa yang menyentuh hati pagi nie tentang persolan hidup.. doa yang aku pinta disetiap solatku seakan tidak pernah yang ALLAH tolak..rezki yang diberikan tidak pernah putus malah bertambah.. ALHAMDULILLAH..

    ..tapi  aku bimbang dan gusar andai ini yang yang membuat aku terus lalai dan leka dalam menjalankan amanah sebagai hambamu di muka bumi ini..

    ..aku takut dengan kesenangan ini mencampakkan aku ke lembah kehinaan..

    Aku pohon pada-MU Ya ALLAH.. kukuhkan imanku untuk aku terus bersujud pada-MU Ya ALLAH..


    Ku menatap dalam kelam
    Tiada yang bisa ku lihat
    Selain hanya nama-Mu ya Allah
     Esok ataukah nanti
    Ampuni semua salahku
    Lindungi aku dari segala fitnah

    Kau tempatku meminta
    Kau beriku bahagia
    Jadikan aku selamanya
    Hamba-Mu yang slalu bertakwa
    Ampuniku ya Allah
    Yang sering melupakan-Mu
    Saat Kau limpahkan karunia-Mu
    Dalam sunyi aku bersujud


    Selasa, Januari 08, 2013

    Tagal @ Babagon, Penampang, Sabah

    Nama Kampung : Kampung Babagon
    Nama Projek : Sistem Tagal

    Catatan pertama yang aku nak cerita untuk inspektorat yang aku kat Sabah tu.. projek pertama yang dilawati ialah Projek Tagal Babagon.. Kampung Babagon terletak di Daerah Penampang, lebih kurang 45 minit dari bandar KK. Majoriti penduduk di sini berbangsa Kadazandusun.

    O.k berbalik kat Tagal tu.. Tagal (dusun) bermaksud TAK PERLU atau JANGAN. Amalan kuno masyarakat dusun mengelak diceroboh (curi) dengan memasang pancang kayu yang ditirus hujungnya (tonduk). Secara dasarnya Tagal merupakan satu sistem perkongsian pintar di antara masyarakat tempatan dengan pihak kerajaan dalam hal perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sungai di Sabah. Dalam hal ini banyak keadaan alam sekitar sungai yang tercemar berjaya dipulihkan.


    Kaedah tersebut dihormati oleh masyarakat kerana mereka faham maksud dan hukumnya yang sudah ditetapkan. Penguatkuasaanya diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Mahkamah Daerah, Ketua Kampung, JKKK serta mendapat restu daripada masyarakat setempat. Tetapi sekarang pelaksanaan sistem ini hanya menggunakan undang-undang untuk melarang sebarang aktiviti tangkapan dijalankan di Sungai Babagon ini.



    Peta di atas menunjukkan kawasan tuaian ikan mengikut zon yang ditetapkan.

    Zon berwarna Merah = Kawasan yang tidak boleh dituai bertujuan untuk konservasi, untuk sukan memancing (tangkap&lepas) dan mandi bersama ikan.

    Zon berwarna Kuning : Hanya boleh dituai 2-3 setahun

    Zon berwarna Hijau : Boleh dituai sepanjang tahun.

    Kaedah perlaksanaan sistem tagal di Kampung Babagon ini penguatkuasaan pengawalan penangkapan ikan ialah tidak boleh sama sekali menangkap sebarang hidupan dikawasan sungai  yang ditagal selama 2 tahun. Dan peraturan ini dipatuhi oleh semua penduduk kampung dan juga orang luar yang datng ke kampung ini. Sekiranya ada komuniti yang melanggar undang-undang ini pesalah akan dibawah ke ketua kampung dan akan dikenakan hukuman sogit (berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan semasa penubuhan) iaitu tunai RM300 dan seekor ternakan yang berharga RM200 sekiranya pesalah melawan akan dibawah ke Mahkamah Anak Negeri dengan hukuman yang lebih berat. Jika kesalahan melibatkan racun atau bom pesalah boleh dibawah terus kepada polis.


     

    Apa yang menarik lagi di kampung ini ialah, kawasan ini menjadi tumpuan pelancong untuk menjalankan pelbagai aktiviti riadah seperti menangkap ikan dan melepaskan semula, mandi,-manda serta aktiviti kebudayaan. Semasa tiba masa hari menuai ikan, semua ahli akan dijemput untuk menangkap ikan yang dijalankan secara bergotong royong, dengan hanya menggunkan jala dan pukat sahaja. Hasil tangkapan akan dibahagi sama rata.


    Pic kat bawah nie ialah semasa penilaian panel.. HaBiS… J




    Khamis, Januari 03, 2013

    2 ThUmBs uP 4 SaBaHaN :)

    Macam yang aku pernah post sebelum nie aku akan ceritakan pengalaman aku menjelajah ke seluruh Negeri Sabah..walaupun dah 2-3 bulan berlalu tapi baru sekarang aku berkesempatan untuk coretkan pengalaman aku kat sana..

    Walaupun aku dah banyak kali ke Negeri Di Bawah Bayu nie tapi pengalaman kali nie agak berbeza skit coz selain menempuh perjalanan yang panjang dah jauh yang memakan masa 3 hingga 9 jam untuk sampai ke sesuatu check point, kali nie juga aku dapat melihat kehidupan masyarakat di sini walaupun tidak secara dekat J

    Apa yang sangat menarik untuk aku post ialah semangat & jati diri orang Sabah memang sangat tinggi if nak dibandingkan dengan orang-orang di semenanjung..

    Lets I story about that.. sepanjang perjalanan aku menjalankan inspektorat di sini dari bandar hingga ke luar bandar, dari pekan hingga ke dalam belantara, dari rumah yang dah nak roboh hingga rumah banglo yang kaya raya, dari kedai-kedai kecil ke kilang-kilang besar hampir 60-70% orang di negeri ini mengibarkan Bendera Sabah bersama Bendera Malaysia.. coz masa aku kesini kita baru 2 bulan menyambut Hari Malaysia.. sebab tu aku cakap jati diri mereka memang tinggi coz aku rasa mereka sangat menghargai kemakmuran dan kemerdekaan yang dikecapi ini.. 



    Ini sebahagian pic-pic yang sempat aku snap.. memang Orang Sabah nie terbaek.. 
    Jsemangat nie boleh diawa pulang ke semenanjung untuk dipraktikanJ 



    Apa yang best gak.. g aje mana-mana kat Sabah nie korang akan jumpe makhluk ALLAH yang kat bawah nie..hahahaha sajer aku snap pic2 nie coz anjing-anjing nie xmacam yang orang selaku cakap..garang la..ganazzz la.. suka gigit orang la..tapi bila aku g kat anjing-anjing nie binatang nie xwat ape2 pun tu yang leh snap tungeee J


    Rabu, Januari 02, 2013

    2013


    Akhirnya muncul jugak tahun 2013.. yang sangat pasti hari, masa, detik dan saat akan terus silih berganti menghiasi 2013 ini. Seluruh dunia menyambut dengan penuh meriah kedatangan 2013 dengan harapan mampu membawa cahaya yang lebih terang dan bahagia kepada seluruh alam. 

    Sekali lagi seluruh isi alam menanam azam dan cita-cita baharu untuk tahun baru ini. Tapi bagi aku permulaan tahun aku cuba untuk muhasabah diri ini, terlalu banyak kekhilafan, kejahilan dan kekurangan yang sangat-sangat dituntut untuk dibaiki. Mungkin sebab itu, semalam sebaik jer aku "on" radio kereta lagu yang berkumandang ialah lagu Opick.. Tafakur.. lirik yang penuh bermakna yang jelas dengan mengambarkan akan kekuasaan ALLAH. Terlalu kerdil untuk kita membanga diri dengan kejayaan yang kita kecapi.. bagi aku cukup untuk aku bersyukur dengan apa yang ada semoga ALLAH akan terus memberkati kehidupan aku di muka bumi-Nya ini.

    TAFAKUR..Opick 

    Sejauh-jauh mata memandang
    Sedalam-dalam hati merasakan
    Hanya setitik debu yang tertuang
    Dalam syair pujian

    Lepas hati memandang lautMu
    Terheran diri pada langitMu
    Berjuta kata tak cukup untuk
    Melukis indahMu

    Melihat bintang alangkah jauhnya
    Melihat biru alangkah dekatmu
    Melihat hutan melihat gunung
    Siapa menjagamu (Allah)
    Mendengar tangis dalam deritamu
    Rasakan luka dihari-harimu
    Pada siapa air mata ini ‘kan mengadu

    Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
    Haa..ha..ha..haa…ha..ha..

    Bumi akan sepi
    Bangga sementara
    adakah tempat kembali
    adakah selain Allah

    Recent Posts

    PrInSiP Ku...

    bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)