KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Jumaat, Julai 27, 2012

aHlAh wA-sAhLaN Ya rAmAdHaN 1433 H


Alhamdulillah..Ramadhan yang kita tinggalkan hampir setahun yang lalu akhirnya menjelmakan wajahnya untuk sekelian kalinya.. bulan yang ALLAH janjikan 1001 rahmat dan kenikmatan di dalamnya ini  menyengah sekali lagi untuk terus menawarkan hadiah-hadiah yang tidak ternilai harganya untuk diraih umat manusia yang beriman.. Rasulullah S.A.W selalu memberikan beberapa nasihat dan pesanan tatkala memasuki Ramadhan..antaranya :)

"Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu ALLAH dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya"

Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang"

"Dialah bulan yang permulaannya rahmat pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka"


Ramadhan yang makin tirus

Mempersiapkan diri dengan kelengkapan
Mulai mengangkat sauhnya dari pelabuhan
Sambil melambai menyelamat tinggal
Pada pendukung setia
Penuh syahdu dan sayu
Seorang hamba yang alpa
Tersedu kecamuk pilu
Dalam enggan melepasnya pergi
Dia adalah kekasih
Mencuri hati dan pergi
Betapa luluhnya jiwa
Tidak pasti berkesempatan
Ramadhan akan kembali
Atau dirinya terlebih dahulu pergi.

Semarak Ramadhan
Dengan gemersik azan
Dengan jamaah beriftar di anjung surau
Bersaf-saf para jamaah bersolat
Bertakbir dengan kebesaran
Bertahmid dengan keagungan
Bertasbih dengan kekudusan
Bersalawat pada Junjungan
Bertadarrus dalam kumpulan
Bertahajjud di perut malam
Akan berlalu dari pandangan
Terngiang-ngiang mengetuk kepiluan
Menghiris perasaan.

Ramadhan berpulang
Datang dengan tawaran
Ibadat dan berkebajikan
Tapi kesempatan terluang
Lebih terabai dari pengisian
Sesungguhnya diri seorang Shafie
Tergolong kalangan yang rugi
Abai dari peringatan
Lalai dari amalan.

Ramadhan berlalu
Di tubir waktu
Dan diri termangu
Menzikiri dalam syahdu
Kembali menunggu dalam rindu.
by: Dr. Syafie Abu Bakar


Setiap kali melepasmu pergi terdetik di hati
Dengan usia bersisa kembalikah kita bermesra
mengisi Ramadhan al-Mubarak dengan ibadat
Kini di hujung saat-saat sarat kerinduan
Dengan wajah bersih berhilal kau datang
Menggugurkan daun-daun rindu diperjalanan.

Ramadhan yang datang
Di sebalik mesra itu ada kesayuan

Mungkinkah ini khidmat terakhir

Atau lebih dari itu

Inikah peluang terakhir beribadat bersama
Ramadhan al-Mubarak ?


Ramadhan dirindui kembali menemui
Tengadah kesyukuran peluang dilanjutkan

Mohon kesihatan meneruskan ketaatan

Segalanya biarlah dalam keredhaan-Mu Rabbi

Meneruskan ketaatan dalam menyelusuri jalan-MU

SeLaMaT MeNjAlAnI IbAdAh rAmAdHaN

Rabu, Ogos 11, 2010

"Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan"

Marhaban Ya Ramadhan.. sering diucapkan untuk bulan suci ini kerana mengharapkan agar hati dan jiwaraga kita diasah dan diasuh.. dilatih dan ditarbiyyah serta dinaiktaraf dan diiktiraf. Selamat memasuki madrasah Ramadhan ini dan semoga setelah keluar darinya segala dosa-dosa kita diampuni oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita semua. Demi sesungguhnya “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.” Ramadhan Kariim dan selamat beribadah dengan penuh keikhlasan saya ucapkan buat semua tetamu ziarah yang budiman sekalian!

Jumaat, September 18, 2009

Last Kopek Berbuke :)

korang dah bace tajuk dia kan? sebenar nyer kawan-kawan aku kat opis nie planning nak buke kat luar lame da..tapi disebabkan masing-masing sibuk dengan jadual berbuke ngan kawan-kawan..maka nyer semalam la baru kita orang leh buke same2..tapi dari ramai-ramai yang planning nak buke kat luar nie..kami berempat ajer yang jadi g..tapi best gak buke ngan diaorang nie coz kepala masing-masing macam orang giler jadi nyer happening gak kua buke ngan dia orang nie :) jadi nyer ni la ending of the Ramadhan punyer buke puase aku makan ngan kawan-kawan coz Jumaat ngan Sabtu dah jatuh status wajib buke ngan family..:)

nie aku la..minum ajer dulu..

nie lak Kak Effa..tengok pinggan dia..licin..coz perempuan nie memang hantu nasi :)

yang nie lak normie..pun same gak..licin pinggan minah sorang nie..

yang nie lak..untie sifa'..orang makan dia sibuk nak bergambar..sebab tu orang lain dak kenyang dia baru nak melantak :)


nie la makanan yang kita orang makan tu....sedapppp sangat :)


dah abis makan kena la senyum kan? huhuhu ...jumpa lagi Ramadhan taun depan..Insyaallah :)

Isnin, September 07, 2009

Rembang Ramadhan Menjengah Nuzul Al-Quran


Hari ini 7 September bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq:1-5)

Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syukur padaMu
Bertandang kembali
Cahayamu dinantikan
Aku menjadi ahli Ramadhan
Memperhambakan diri padaNya
Untuk menelan nikmat

Setiap kali Ramadhan bertamu
Kenangan sering menerjah
Pipi haus akan air mata
Kesedihan lampau menutupi wajah
Bersama kenangan silam
Yang hadir bersama nafas ini

Satu pemergian
Tanpa ada kehadiran lagi
Masih tergulung kenangan
Kehangatan kasih masih terasa
Berpaut pada sanubari
Kasih yang bernilai

Aku hanya mampu
Menyambung tali-tali doa
Moga ALLAH mencucuri rahmat dan keampunan
dalam melayari kehidupan
yang pasti suatu hari nanti akan
terhenti di noktahnya


Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telh mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balik ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secara langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam


Kisah di atas hanya sebahagian Kisah kemenangan Umat Islam dalam menempuh perjuangan dalam menegakkan syiar Islam. Semalam juga merupakan kemenangan kepada perjuangan ini. Semoga dengan apa yang diperolehi ini meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam menegakkan syiar Islam.

Isnin, Ogos 24, 2009

Iktibar Perjalanan Ramadhan


Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari'at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal'alamin.

Jumaat, Ogos 21, 2009

Renungan Di Ambang Ramadhan

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya:

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban.

Beliau bersabda:

"Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat) . Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Para Sahabat berkata:

"Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?!".

Maka bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga"

(At-Targhib, jld.II, 217-218 )

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)