KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Isnin, Februari 20, 2012

Novel : Kalam Cinta Daripada Tuhan

Setelah sekian lama terpaksa menumpukan kat kerja hakiki akhirnya dapat jugak aku masa dan kesempatan untuk menkhatamkan sebuah lagi novel yang best jalan cerita nyer..

Kalam Cinta Daripada Tuhan :) Novel dari novelis Indonesia Ali Sobirin El Muannatsy dan terbitan PTS Letra Utama Sdn. Bhd setebal 475 m/s mmg padat dengan kisah kehidupan suka duka Mahasiswa Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah (UIN). Mahasiswa bukan sahaja berdepan dengan cabaran dalam menyiapkan tesis, malah masalah kewangan, keluarga dan cinta juga mewarnai kehidupan mereka.

Jalan cerita ini didokong oleh Jony@Alim@Dany muda, Revy@Tari, Rita, Betty, Maesyaroh, Sana, Suci, Dany, Shofi, Dzul & ramai lagi la..nak cerita lebih2 xleh coz xdpt permission dari owner buku nie..tapi diakhir cerita nie memang buat aku berkobar2 nak sambung belajar semula coz jalan ceritanya mengingatkan aku masa nak konvokesyen dulu..ayat dia...

"Barisan jubah hitam baru keluar dari pintu lobi Rektorat. Ditangan kepala barisan, terdapat sebuah tongkat keemasan mirip tongkat biara Shaolin. Mereka memasuki bangunan. Lalu berhenti di sebuah tempat tidak jauh dari barisan kerusi tetamu undangan"

"Perarakan Konvokesyen Universiti Islam Negeri Jakarta tahun..akan dimulakan. Hadirin diminta berdiri!"

"Senat Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta Memasuki Dewan"

dan seperti biasa..aura yang sentiasa membuatkan aku xleh lepaskan untuk baca novel nie ialah baris-baris ayat dalam novel yang cukup puitis n memberi 1001 makna kat aku :)

"Satu perkara yang kamu harus ingat.Sesuatu hasil itu ditentukan oleh kaki dan tangan sendiri. Bukan oleh orang lain. Orang lain hanya petunjuk jalan. Kamu harus menentukan jalan hidupmu. Kamu harus kuat. Kamu harus berusaha dan jangan berhenti belajar."

"Ada banyak jenis lampu. Ada lampu picit, ada pelita. Ada lampu elektrik, ada neon. Orang memilih untuk menggunakan salah satunya. Kita tidak boleh memaksa orang menggunakan lampu yang kita suka. Begitu juga dalam menentukan kehidupan. Ada orang puas dengan lampu elektrik. Walaupun tidak terlalu terang, tetapi sinarnya membias luas. Ada orang puas dengan lampu picit. Walaupun tidak membias luas, tetapi terang pada satu titik."

"Solat Tahajud untuk menjernihkan hati, Solat Hajat untuk menyampaikan keluh kesah dan permintaan, dan Solat Isthikharah untuk meminta petunjuk"

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)