KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Rabu, Ogos 31, 2011

31 Ogos 2011

Tahun nie kita menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-54 tahun.. sambutan kali ini tidak sesemeriah tahun2 lalu coz wat pertama kalinya sambutan ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini jatuh bersama dengan Perayaan Aidilfitri.. maka sambutan rasminya ditunda dengan perayaan Hari Penubuhan Malaysia pada 16 September 2011.

Bagaimanapun ambang 31 Ogos tahun nie dikejutkan dgn polimik tuntutan kemerdekaan. Tapi apa yang aku lihat isunya tidak sebesar mana.. tapi biasalah media-media arus perdana baik media elektronik mahupun media cetak yang sengaja mensensasikan & membesar2kan isu ini demi meraih populariti politik pihak berkepentingan :(

Tapi apa-apa pun aku bangga jadik anak Malaysia.. walaupun tuntutan politik masa ini membuat aku agak tersimpang dgn arah pemerintah tapi aku yakin apa yang diharap golongan muda pada masa ini yang bakal mencorakkan masa depan negara akan tercapai.. :)

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Isnin, Ogos 31, 2009

Kemerdekaan Ini :)

sElAmAt mEnYaMbUt kEmErDekAaN NeGaRa Ke-52 TahUn

firstly nak ucap terima kasih banyak-banyak kat kengkawan yang wish pasal Hari Kemerdekaan Negara Ke-52 yang kita sambut pada hari nie..tapi dalam banyak-banyak message yang aku dapat ade satu nie yang agak menarik sikit..message nie kawan aku si Zahidy yang duk kat Pantai Dalam tu bagi..message dia berbunyi.."Salam Kemerdekaan..Cintailah Malaysia..Pada pejuang dahulu yang bergolok bergadai untuk kemerdekaan KAMI..kami amat menghargainya..Terima kasih kerana memberi kemerdekaan ini pada KAMI" agak sedap bunyi message nie..tapi sempat gak la aku balas message dia..antara lain aku tulis.."mereka jugalah yang menjajah atas nama kemerdekaan" sama-sama la kita renungkan :)
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj..Perdana Menteri Malaysia Pertama..Digelar Bapa Kemerdekaan Negara

Tun Abdul Razak..Perdana Menteri Malaysia Kedua..Digelar Bapa Pembangunan Negara
Tun Hussein Onn..Perdana Menteri Malaysia Ketiga..Digelar Bapa Perpaduan Negara

Tun Dr. Mahathir Mohammad..Perdana Menteri Malaysia Ke-Empat..Digelar Bapa Pemodenan Negara


Tun Abdullah Ahmad Badawi..Perdana Menteri Ke-Lima..Digelar bapa Pertanian Moden Negara

Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak..Perdana Menteri Malaysia Ke-Enam..belum mendapat gelaran coz masih berkidmat..huhuhu


Kelincicomel..Prime Minister In Waiting...huhuhu :)..bakal digelar bapa segala bapa kelinci yang ade kat dunia nie...huhuhu :)



Isnin, Ogos 03, 2009

Ogos


Kedatangan Ogos pada setiap tahun sememang nyer di tunggu-tunggu oleh setiap rakyat Malaysia kerana pada 31 Ogos setiap tahun kita merayakan Hari Kemerdekaan negara kita. Kebebasan, kemerdekaan, kemakmuran, dan keharmonian yang kita kecapi pada hari ini adalah titik peluh atas perjuangan orang-orang terdahulu..Wan Mat Saman, Ibrahim Yaacob, Burhanuddin Al-Helmi, Dol Said, Dato' Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lok, Tun Sambanthan merupakan antara tokoh kemerdekaan negara.


Dengan penuh muhasabah diri, marilah kita bersama mengekalkan kemerdekaan ini kerana mengekalkan kemerdekaan amat sukar berbanding mendapatkan kemerdekaan. Hargailah apa yang telah kita kecapai ini..dan tanyalah kepada diri kita..ApAkAh JaSa YaNg tElAh kItA LaKuKaN KePaDa nEgArA MaLaYsIa yAnG kItA CiNtAi InI :


Kepada seluruh rakyat Malaysia SELAMAT menyambut BULAN kemerdekaan NEGARA ke 52 TAHUN

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)