KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Jumaat, Mei 18, 2012

Terubat Rindu

aku, Kak Ina, Kak J, Kak Za, & Cik Wani

MMM..akhirnya dapat gak jumpe Kak J..memang dah set if outing ke Melaka memang nak cari Kak J nie coz nak jumpe sangat2 coz tak tau la kenapa..tp Alhamdulillah mase outing ke Melaka 15-17 Mei 2012 kebetulan tempat nyer kat Jasin n Masjid Tanah n tempat kije baru Kak J tu kat Jasin so memang tekad nak cari gak Kak J nie n dipermudahkan urusan pertemuan nie n sempat la kitaorang g minum2 n sembang2 :)

Khamis, Mac 29, 2012

Seorang Lagi Melangkah Pergi

Seorang lagi teman merangkap kawan merangkap sahabat melangkah pergi memburu cita-cita demi kerjaya yang mendatang..Us. Nadzri b. Mustakim seorang yang selalu menceriakan opiz aku nie dengan sikap yang gila-gila..seorang bagi aku ilmunya terlalu banyak dan xlokek untuk dikongsi bersama-sama teman yang lain..kalau ada ilmu2 atau perkara2 baru yang dia dapat dia akan bagi tau kat kawan2 yang lain..memang payah nak cari kawan macam nie..lagi satu apa yang aku kagum dengan kawan aku sorang nie..dia xpernah nak mengata orang n kalau pun ada kawan2 yang mengata dia hanya mendiamkan diri ajer..kawan aku nie la menjadi peneman setia aku g Solat Jumaat..n lepas Solat Jumaat dia akan membahaskan kutbah yang dibaca..:) memang terbaek kawan aku yang sorang nie..semoga lepas nie aku dipertemukan dengan kawan yang mampu membimbing aku macam Us. Nadzri nie bimbing aku SeLaMaT BeRjAyA SaHaBat..TeMaN DaN KaWaN yang aku sayangi....

Biarkan kerinduan di lautan memori
mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat

Rabu, Disember 28, 2011

Baru Sekarang Aku Dapat

Puas hati nie coz nak snap pic ngan kawan2 opiz dgn pakaian korporat baru akhir nyer tercapai..aritu sewaktu nak wat pengambaran Video Korporat jabatan.. semua staff dikehendaki memakai pakaian nie..so dapat la aku snp pic2 nie..

Kalau yang sangat mengerti erti persahabatan..persamaan dalam persahabatan nie lah yang sangat2 dicari..termasuklah dalam berpakaian pun sama jugak coz dari pakaian tu akan menimbulkan keserasian..dari keserasian tu lah akan mengeratkan ukhwah n timbul keseronokan utk bekerja :) peaaacceeeee (="."=)


Jumaat, Ogos 26, 2011

hILaNg LaGi :(

Hari nie 26 Ogos 2011 aku bakal kehilangan seorang lagi teman, sahabat dan kawan yang hampir 3 tahun menemani perjalanan karier kerjaya aku sekarang nie.. satu persatu mereka yang pernah menjalinkan ukhwah selama nie akhirnya berpisah demi meneruskan kerjaya untuk kehidupan yang mendatang..

Selama mengenali seorang yang bernama Nazli Amil Ali memang banyak kenangan yang agak sukar aku lupakan.. banyak benda yang dapat aku belajar darinya banyak juga pengajaran yang boleh aku jadikan tauladan dari persahabatan ini.. mungkin atas persamaan ideolagi menyebabkan aku rapat dengan dia..

Dan hari ini segalanya akan berakhir..walaupun bukan untuk selamanya tapi jarak bakal memisahkan persahabatan ini.. tidak ada apa yanag dapat aku katakan hanyalah nukilan bait-bait puisi nie yang mampu aku titipkan.. KHAS UNTUK MU SAHABATKU..nAzLi aMiL aLi

Waktu telah pertemukan kita..
Waktulah yang menjalin begitu banyak rangkaian kisah diantara kita..
Dan kini,… Waktu juga yang akan memisahkan kita..

Tak lama lagi..
Kau tak akan ada lagi disini…
Meninggalkan senyum mu…

Meninggalkan tawa mu…

Namun aku berikrar…
tak kan meninggalkan kenangan bersamamu…
Tak akan ada yang dapat membuat saat2 kita bersama hilang di hati ku…

Selamat jalan sahabatku..
Maafkan atas segala salah dan khilaf..
Bersinarlah menjadi bintang..
Terima kasih untuk persahabat yang telah kau tawarkan..
Selamat jalan sahabat..
Sungguh bukan perpisahan yang kuharapkan tapi teruskanlah untuk kehidupan mu :(

Selasa, Mac 22, 2011

K@k Liz@

Setiap yang bertemu pasti akan berpisah & setiap yang bermula pasti akan berakhir memang keadaan nie wajib utk kt tempuhi agak nyer.. nak2 yang kije kat jabatan2 gomen coz opizzmate nie slalu bertukar ganti.. macam Kak Liza nie jugak la.. padahal baru ajer transfer kat opizz aku tup tap..tup tap dah nak pindah lak padahal baru 4 bln pindah kat opizz aku nie.. wat ever pung..walaupun xlama dgn ktorg tp kenangan dgn Kak Liza nie ttp ader.. dalam waktu yang singkat tu sempat la kua lunch ngan borak2 ngan dia.. :)

dapat gak la ole2 dr opizzmate sebagai tanda kenang-kenangan :) hope ukhwah yang terjalin tu terus berkekalan coz opizz baru dia xjauh pun dari opizz aku still in radius PuTrAjAyA :)

makan time.. :)acara wajib setiap event kat opizzz aku :)

Rabu, Januari 12, 2011

Haji Azri dalam kenangan

Adat dunia setiap yang BeRtEmU pAsTi aKaN BeRpIsAh.. setiap yang BeRmULa PaStI AKaN BeRaKhIr.. nie jugaklah perjalanan kerjaya ayahanda tercinta kat opizz aku nie.. Tuan Haji Azri b. Hashim.. setelah menaburkan khidmat bakti selama 56 tahun dalam sektor awam nie maka pada 29 Disember 2010 aritu sampailah ke noktah nya.. coz pada tarikh tu Haji Azri pencen wajib.. rrrrrrrrr hilang lagi kawan merangkap ayah yang sangat rapat ngan aku kat opizz nie.. sedih gak coz sorang demi sorang kawan kat opizz nie ilang depan mata :(

nie memula Haji sampai.. tengoklah berpeluk2 bagai coz sebelum pencen nie Haji Azri dah bercuti..kalau xsalah aku 2 minggu so rindu dibuat nyer :)

nie kawan2 kat opizz yang bertungkus lumus menyiapkan makanan untuk jamuan nie.. Haji Azri la yang banyak pelopor benda-benda nie.. gotong royong, masak-masak, jamuan itu jamuan ini semua idea yang Haji Azri mulakan dulu samapailah skunk.. ader event ajer xpayah nak order2 sume ktorang masak sendiri :) so Haji Azri dah xder nie rasa lain mcm ajer :(

tgok nie.. sebab Haji Azri nie permata yang sangat beharga banyak gak hadiah yang dia dapat.. sebagai KeNaNgAn tErInDaH sepanjang terjalinya ukhwah nie :)

nie antara makanan nyer la.. walaupun xseberapa tapi nie lah hasil kerja tangan kawan-kawan kat opizz nie..
.
.
.
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Jumaat, Disember 24, 2010

Nasihat @ Sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

KAU SAHABATKU.. KAU TEMAN SEJATI :)

Jumaat, Oktober 29, 2010

Kak Jay Dalam Kenangan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Kau Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama.
Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Terus
kan Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu.....

HANYA LAGU NIE YANG DAPAT MENGAMBARKAN PERASAAN AKU MASA NIE.. NIE SEMUA GARA-GARA OPIZZZ MATE AKU.. KAK JAY AKAN DIPINDAHKAN KE MELAKA BERKUAT KUASA 1 NOV NIE.. SEDEY GAK DENGAN PERPISAHAN NIE.. IALAH DAH HAMPIR DUA TAHUN BERKAWAN.. DAH RAPAT.. SEKEPALA LAK TU.. SELALU BERGURAU SENDA.. PASTU LEPAS NIE DAH TAK DAPAT NAK TENGOK DEPAN MATE FUUHHH MEMANG TOUCHING LAA.. :( PIC2 KAT BAWAH NIE MAJLIS YG OPIZZ BUAT SEMPENA PERPINDAHAN KAK JAY KE MELAKA :(

Yang tudung unggu tu la Pn. Jariah bt. Sharif.. start minggu depan 1 November 2010 maka hilanglah wajah ceria Kak Jay dari pandangan mata kawan2 kat opizzz nie :(

nak tengok popular ke x Kak J kat opizz nie.. dari bos sampai ke anak buah semua bagi hadiah.. tapi hadiah tu sebagai tanda kenangan saje.. InsyaALLAH hampir 2 tahun menjalinkan persahabatan nilai persahabatan itu sendiri lebih bernilai dan beharga :)

sElAmAt mAjU JaYa kAk jaY :)

Rabu, Oktober 06, 2010

secawan "Hot Choclate"

mmmm... dah lama tak jumpa kawan aku sorang nie.. Helmie.. last jumpa dia rase2 nyer 3-4 bln lepas.. so ader kesempatan semalam nak balik kL dari putrajaya aku call la dia N dia free lak so lepak la ngan dia sambil berbual sambil pekena secawan "Hot Choclate" kat entah ape name cafe tu pun aku x tau..memang sedap air nie.. deco dia pun cantik siap ader bintang2 kat atas air nie.. bertambah pulak ms lepak nie ujan turun renyai-renyai mmg mengasyikan.. thanks ek Mie temankan aku.. mmg seronok smlm.. tu yg sampai terbabas tu ek mie.. :)

nie la deco atas air tu.. siap ader bintang bagai :)

Jumaat, Julai 09, 2010

eRTI sEBUAH pERSAHABATAN :)

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memer
lukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?


Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang ma
nusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

Rabu, Jun 23, 2010

kAwAn-kAwAn Ku (>_@)



nie lak pasal kawan-kawan aku..sajer gak nak post cerita pasal diaorang coz kat opiz nie diorang la yang selalu menyerikan kehidupan aku kat opis nie..dulu masa memula kije kat sini diaorang yang banyak memberi tunjuk ajar kat aku..tapi bile kije dah bertambah & kawan-kawan kat opis pun dah bertambah kadang-kadang terpaksa tinggalkan kawan-kawan aku nie..sampai Kak Chik pernah cakap "mentang-mentang dah ader kawan baru dah jarang berborak ngan dia" sedih gak kan? :( tapi percayalah Aisyah, Kak Farah, Kak Zaini, Ust. Nazri korang tetap KaWaN, tEmAn dan SaHaBaT yang terbaik :)

dari kiri..KaK ChIk, KaK FaRaH, AiSyAh, kAk zAiNi, uSt. NaZrI

Isnin, Mei 24, 2010

Langkah Kaki Ini....

Alhamdulillah..ALLAH memberi aku utk bernafas untuk meneruskan perjalanan di muka bumi-Nya..

Perjalananku….Perjalanan ini terlalu jauh…Perjalanan ini menuntut pengorbanan yang tinggi..Mampukah aku melalui perjalanan ini…?Perjalanan ini terlalu jauh…Perjalanan ini membuat ku lelah dan letih…Mampukah aku bertahan dengan perjalanan ini…?Perjalanan yang sukar untuk kulalui..perjalanan yang penuh getir..perjalanan yang penuh duri..Namun harus kuteruskan jua perjalananku ini..Karena perjalanan ini menuntut pengorbanan..pengorbanan yang tinggi..Pengorbanan yang menjanjikan ganjaran..ganjaran yang aku sendiri lakukan atas pengorbanan ini……Adakah aku berseorangan dalam perjalanan ini…?Adakah aku bersendirian dalam perjalanan ini…?Adakah aku berteman dalam perjalanan ini…?Adakah aku dipimpin dalam perjalanan ini….?Perjalananku yang penuh ranjau..adakah yang akan bersamaku…?

Perjalananku..Sesungguhnya Kau mendengar setiap keluh kesahku dalam perjalanan ini…Sesungguhnya Kau melihat onak duri ketikaku dalam perjalananku…Sesungguhnya Kau merasai hatiku dalam mengharungi perjalanan ini…Dan Kau memandangku dengan penuh kasih..kasih yang tidak bisa diperoleh dari sesiapa pun di dunia ini…Dan Kau menyambut tanganku dengan sambutan yang tidak bisa kuperoleh di dunia ini…Dan Kau memberi senyuman yang tidak bisa aku peroleh di dunia ini….Dan Kau memberi hadiah-hadiah kecil untukku...Hadiah-hadiah yang cukup bermakna bagiku….teman…

Perjalananku…Aku bangkit dan semangatku mendidih untuk meneruskan perjalananku…Karena ku tahu..Kau selalu memandangku…Karena ku tahu…Kau selalu hadiahkan ku dengan hadiah-hadiah kecil-Mu…Karena ku tahu…perjalananmu ini menjanjikan ganjaran yang cukup lumayan…tidak bisa dibandingkan dengan mana-mana ganjaran yang ada….SUBHANALLAH….
Maha Agung…akan aku teruskan perjalananku ini bersama teman-temanku…perjalanan bertemu-Mu Maha Agung….Moga perjalananku bersama teman-temanku ini…Kau berkati..Redhakanlah kami wahai Maha Penyayang…Restuilah kami wahai Maha Pengasih…
Perjalananku terlalu jauh….masih jauh…jauh yang tidak bisa dilihat…

Wahai teman..pimpinanlah aku yang minta dipimpin ini…moga kita berpimpinan menuju Syurga-Nya…Amiiinnn…Amiinn Ya Rabbal 'Alamiin...

Khamis, April 01, 2010

April Datang Lagi :)

APRIL datang lagi..bulan yang mengembirakan aku coz 20 hari lagi aku akan menjadi semakin tua.. semakin ke penghujung perjalananku kat dunia nie.. walaupun masa yang berlalu makin pantas tapi makin banyak yang aku perlu laksanakan demi mencapai hasrat dan cita-cita ku..semoga hari-hari yang mendatang nie akan membuatkan aku semakin cekal dan tabah dalam menjalani kehidupan yang semakin banyak cabaran nyer nie.. semoga dengan bertambah nyer nyer usia aku kat muka bumi nie menjadikan aku semakin matang :)

Kat kawan-kawan yang lahir dalam bulan April nie pun aku ucapkan SeLaMaT UlaNg tAhUn kElAhIrAn..sEmOgA PaNjAnG UmO MuRaH ReZkI dI RaHmAtI dAn dIrEdHaI SePaNjAnG mEnJaLaNi kEhIdUpAn dImUkA BuMi nIe :)

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas To All My Frenzzz :)

umie kalsum, FARAH KARTIKA, mazli bonit, my twin oyie, SEETHAH, kak chik, MANIWANAN, ishak, SITI ZALEHA, hj. syafie, NAZRI YUSUF, all ashari, KHALIJAH SULONG, amli, RASHIDAH YAHYA, pok ya, SURAYU, faizal ismail, SYAZANA, suhaimi, FARHANA, ust.azhar, KHAFIZI SAAD, faridah, ROHAYA, effa, ngan semua-semua yang lahir bulan ApRiL :)


Rabu, Mac 24, 2010

kawan-kawan

dari kiri..Shahrizal, Rahman, Hafizun, Aku, Iqbal, Jakaria, Zulfadli & Suryanti

Yang namanya sahabat ke teman ke kawan ke memang amat bermakna dalam hidup kita..mereka antara pelengkap dalam kitaran hidup kita disamping keluarga tersayang :) nie jugak la yang berlaku kat aku..dan aku rasa dah banyak kali aku posted pasal kawan-kawan nie..dan hari nie skali lagi aku post cerita pasal kawan-kawan aku nie..sewaktu aku kemas-kemas pc kat opiz aku tu aku buka satu fail gambar terjumpa gambar yang kat atas nie..kalau tak salah aku nie masa kita orang induksi kat UUM dulu..sejuk ajer mate pandang gambar nie..dari pertemuan nie la kita orang jadi rapat..walaupun ader yang di sarawak & sabah tapi kita orang masih berhubung :) dan bila aku outing ke sana kawan-kawan nie la yang selalu entertain aku kat sana..T.Q ek frenzzzz :) hope hubungan nie terus berkekalan :)

Jumaat, Mac 12, 2010

KaWaN-KaWaN :)


nie kumpulan aku masa g BTN kat D'Village Ayer Keroh, Melaka aritu..seronok join kursus nie coz bertambah lagi kawan-kawan aku ade cikgu, ade doktor, ade pegawai imigresen, ade pegawai JKR, ade warden penjara, ade pegawai DBKL & macam2 lagi r..memang menyeronokan :)

Gambar nie pun bebetul bernilai bagi aku..coz sepanjang kursus BTN nie sepatutnya kamera tak boleh digunakan tapi aku curi-curi guna..pastu masa nak upload gambar tu kat PC aku xleh coz memory full..so kn delete some file tapi masa nak delete tu aku terlupa nak unmark gambar-gambar yang aku nak upload tu..so semua gambar aku kat kursus tu terdelete..nak demam aku aritu coz rasa sayang giler kat gambar-gambar tu sampai mati pun dah xleh nak dapat suasana yang sama tu..nasib baik ader FB & Cikgu Linda upload gambar kumpulan kita orang kat pintu nak masuk ke Zoo Melaka tu..walaupun sekeping tapi amat bermakana & beharga :)

KaT KoRaNg-kOrAnG YaNg G kUrSuS KenEgArAaN BTN kAt d'ViLlAgE aKu rIndU KaT KoRaNg sEmUa :)

Rabu, Februari 17, 2010

thanks ek kawan-kawan

14 Feb aritu cam yang korang semua dah tau ialah Valentine's Day..jadi nyer banyak la wish2 pasal benda nie yang masuk ke inbox fon aku..sampai ade orang tu marah coz layan msg2 yang tak putus-putus masuk ke inbox aku tu :(.. ade yang aku sempat balas ade yang aku terdelete coz inbox full..so kat korang-korang yang wish tu thaks bebanyak ek..kat blog aku nie ajer la yang leh aku ucapkan..yang tak baca blog aku tu leh g mam..... :) bukan nyer aku xcited pun dgn hari nie tapi dah orang bagi aku pun layan la coz diz day is not in my diary :(

kesempatan nie jugak aku nak wish TQSM to Kak J coz dia perasan dgn perubahan yang berlaku kat aku nie..dengan muram nyer dengan moody nyer ngan segala macam yang kurang kat aku la..thanks ek Kak J coz prihatin & siap bagi KeK bUaH lagi..sedap kek tu :)

Thanks gak kat Mohd Irwan coz slalu baca blog aku n bagi feed back kat aku slalu tanya khabar aku & slalu tolong aku.. :)

Tak lupa kat kawan aku sorang nie..Mohd Helmi..skunk nie dia slalu lak msg aku..bukan aku lupakan ko Mie tapi aku sendiri sibuk ngan kije aku..thanks coz slalu tanya khabar aku & selalu ingat kat aku :)

dan yang paling best kat Lawrance, Mohd Nazri, ngan Syah :) thanks banyak-banyak gak coz ari-ari msg aku..dah korang selalu anta msg kat aku bila korang diam terasa lak kehilangan korang :(

WAT EVER PUNG T.Q SO MUCH TO ALL MY FRENZZZ :)

Sabtu, Januari 09, 2010

mmmmm...PrIhAl bAjU MeLaYu

SEBENARNYA ARI JUMAAT SEMALAM aku, kak effa & kak shifa DAH PLANNING NAK PAKAI BAJU COLOUR BIRU..TAPI MASE NAK G KIJE SEMALAM TENGOK DALAM ALMARI BARU MELAYU HIJAU NIE AJER YANG DAH GOSOK YANG LAIN TAK GOSOK LAGIII..SEBAB BANGUN PUN DAH LEWAT MALAS AKU NAK GOSOK SO PAKAI AJER LA BAJU MELAYU COLOUR HIJAU NIE..SAMPAI KAT OPIS TENGOK kak shifa ngan kak effa PAKAI BAJU BIRU MUDA..aku AJER YANG TAK IKUT TEMA YANG DIRANCANG..SEBAB MARAH KAT aku PUNYALAH PAYAH NAK AJAK DIAORANG NIE BERGAMBAR..PASTU DAH PENAT-PENAT POSING BATERI KAMERA LAK HABIS..TAPI NASIB BAIK DAN JUGAK TANGKAP GAMBAR SEKEPING NIE..SO aku BOH LA DALAM BLOG aku NIE.. :)

Jumaat, Oktober 16, 2009

Ust.K dAtAnG LaGi :)

Hari nie macam yang aku dah bagi tahu..akan diadakan Majlis Perpisahan untuk Ust. K..jadi kat bawah nie aku boh gambar sekitar majlis tu..aku dah tak reti nak karang cerita panjang-panjang coz kepala nie tengah blurrrr..so korang tengok la gambar yang kat bawah nie jer ek.. :)

time nie la Ust. suke coz makin nak tinggalkan opis lame nie..makin banyak hadiah yang kawan-kawan kat opis nie bagie....

nie lak kawan-kawan kat opis..kita orang wat kat bahagian kita orang ajer coz Ust. nie duk kat bahagian kita orang..so tak yah la nak wat kat tempat-tempat yang grand.. :)

yang nie lak..bos-bos yang ade kat opis kita orang..dia orang memang sporting coz sebagai tanda penghargaan atas jasa Ust. sepanjang berada kat sini.. :)

yang nie lak kawan-kawan kat opis nie..semua sibuk nak tangkap gambar ngan Ust. coz nak wat kenang-kenangan... :)

WAT EVER PUNG..UNTUK UST..WE WISH 4 U GooD LucK

Khamis, Oktober 15, 2009

dan..hari itu pun tiba.. :(

dan..15 Oktober 2009 pun tiba..hari ni masuk ajer opis rase lain macam ajer coz selalu kalau masuk opis nie mesti Ust. K dah ade..tapi keadaan nyer dah berubah hari nie..mungkin kembali macam aku memula masuk kije dulu..masuk ajer opis aku kene suis onkan lampu ngan ekon kat opis nie coz aku yang datang awal..coz walaupun masuk kije kul 8 pagi tapi kul 7.30 pagi aku dan sampai kat opis nie..& mase Ust. K pindah ke sini dia datang lagi awal kul 7.20 pagi so dia la yang hidupkan lampu & ekon kat opis nie..

tapi hari nie masuk ajer opis tengok partition-partition kosong..masuk ajer kije terus duduk kat meje coz dah takde kawan yang nak ditegur & disalam..rrrrrrrrrr sedih nyerrrrr :( hari nie paling ajer kat partition sebelah aku yang ader hanya meje yang tak berpenghuni & kerusi kosong ajer.. :( :( hope suasana ini akan cepat hapus..tapi Aji Azri cakap memang "yang patah tumbuh yang hilang berganti tapi tak sama yang patah dan tak sama macam yang hilangggg" :( :(

yang nie gambar semalam..14 Oktober 2009..datang ajer kije toleh kanan ader Ust. K..leh la bertegur n bersembang :)


tapi..hari nie..15 Oktober 2009..toleh ajer kanan yang ade meje & kerusi kosong :( takde kawan yang nak ditegur & bersembang :(

Rabu, Oktober 14, 2009

Makin Terasa Hibanya :(



lagu nie ditujukan khas untuk Ust.K

Hari nie memang aku rase letih sangat coz hari nie merupakan hari terakhir Ust. K berada kat opis nie..memang rase lain macam ajer nak berpisah gan Ust. K nie..bertambah aku rase sedih coz dah 2-3 hari nie kawan-kawan kat opis nie asyik mengusik aku ajer yang aku akan hilang seorang kawan...sedihhhh nyerrr...pastu hari nie masuk ajer opis Aji Azri leh lak suruh aku wat poster untuk majlis perpisahan untuk Ust. K yang kita orang rancang nak wat hari Jumaat nie..dah la hati nie tengah gundah gulana aku gagahkan jugak la poster yang tak seberape nie..hasil nyer ape yang korang tengok kat bawah nie..memang takde mood langsung nak wat poster nie..tapi kawan-kawan cakap cantik..happy la sikit hati nie.. :)


Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)