KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Sabtu, Februari 27, 2010

Lain Padang Lain Belalang

LAIN TEMPAT LAIN RAGAMNYA..tu yang dapat aku katakan coz sewaktu ke Kelantan 19-21 Feb 2010 aritu satu lagi pengalaman baru yang aku dapat..lepas dah habis Bengkel PTD petang sabtu tu..Tok Ketua Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan tu ajak geng-geng PTD aku.. Tuan Haji Azri, En. Nasa & En. Maliki ke Tok Bali.. ade satu-satu nyer kedai ikan bakar kat Kelantan nie yang bakar ikan lain dari yang lain..sebab baca kat bawah



nie..tokey kedai ikan bakar tu la..:)..seronok dapat g jalan-jalan tempat orang nie..makin banyak yang tersingkap tentang apa-apa yang kita tak tahu..



ini lak bos besar ikan tu..Tuan Haji Azri.. berjalan dengan bos besar nie seronok betul coz macam-macam yang dia tahu..kalau bab makanan nie jangan cakap la..cakap ajer semua dalam kpale dia..dia jugak la yang menghabiskan makanan yang terhidang depan mate :)

nie la cerita nyer...lepas ambil ikan-ikan dalam box nie..terus basuh ikan-ikan atau seafood yang kita pilih tu..


nie yang lain dari yang lain nyer..korang tengok tempat nak bakar ikan tu..korang pernah tengok cara bakar yang macam nie??? setahu aku tungku yang diaorang wat bakar ikan tu digunakan untuk bakar kertas masa orang cina mati kan??? tapi kat sini dibuat untuk bakar ikan...menarikan???


bertambah menarik..lepas-lepas siang ikan tu..terus diaorang bakar..tak payah nak lumur kunyit ke, garam ker, so on n so on ke..pastu tak payah nak susah-susah balut daun pisang :).. tapi dah siap bakar tu makan memang sedap sangat rasa ikan betul-betul

cube koran tengok tuuuu...ppppeeeerrrrrgggghhhh memang mavlezzz :) jom makan sekali :)

Jumaat, Februari 26, 2010

SaLaM mAuLiDuR RaSuL 1341H / 2010M


MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH

Khamis, Februari 25, 2010

MENYINGKAP SEJARAH MAULIDUR RASUL

esok sekian kalinya Umat Islam seluruh dunia akan mengingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W Bagi Tahun 1431 Hijriah 2010 Masihi..obar cahaya yang di bawa Baginda menyinari keseluruh pelusuk dunia dengan Nur Islam..sebagai mengingati hari besar ini..kali ini saya bawakan sedikit sejarah Maulidur Rasul ini.. :)


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti bermunajat, bertahmid, ceramah agama dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya

Rabu, Februari 24, 2010

JIKA...tapi inilah hakikatnya :)

jika aku leh jadi macam Badang sebelah aku tu..aku akan menjaga keamanan dunia nie..huhuhu

Jika Kamu...


Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu
kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.....
:(
T.Q NAZRI ek..mendalam maksudnya tu.. :)

Sabtu, Februari 20, 2010

MAHAL BETUL HARGANYA :(

di saat orang betul-betul nak jual..aku main-main
masa orang jual main-main aku pulak yang beriya-iya nak beli :(
nie la agaknya....

MaHaL BeTuL HaRgAnYa :(

Khamis, Februari 18, 2010

TiNgGaL kEnAngAn

Mulai hari nie wajah blog aku bertukar lagi..coz ramai kawan-kawan yang tengok blog aku diaorang cakap background tu shaining sangat susah nak baca tulisan nyer :( so untuk kepuasan pembaca blog aku nie..maka nyer wajah blog lama HaNyA TiNgGaL KeNaNgAn :( sebagai kenang-kenangan aku amik jugak 1st page lama blog aku untuk tatapan korang supaya korang yang melayari blog aku tak terperanjat dengan wajah baru blog aku nie..huhuhu...so kat korang yang selalu melayari blog aku di jemput untuk terus menjenguk blog aku nie :)

Rabu, Februari 17, 2010

thanks ek kawan-kawan

14 Feb aritu cam yang korang semua dah tau ialah Valentine's Day..jadi nyer banyak la wish2 pasal benda nie yang masuk ke inbox fon aku..sampai ade orang tu marah coz layan msg2 yang tak putus-putus masuk ke inbox aku tu :(.. ade yang aku sempat balas ade yang aku terdelete coz inbox full..so kat korang-korang yang wish tu thaks bebanyak ek..kat blog aku nie ajer la yang leh aku ucapkan..yang tak baca blog aku tu leh g mam..... :) bukan nyer aku xcited pun dgn hari nie tapi dah orang bagi aku pun layan la coz diz day is not in my diary :(

kesempatan nie jugak aku nak wish TQSM to Kak J coz dia perasan dgn perubahan yang berlaku kat aku nie..dengan muram nyer dengan moody nyer ngan segala macam yang kurang kat aku la..thanks ek Kak J coz prihatin & siap bagi KeK bUaH lagi..sedap kek tu :)

Thanks gak kat Mohd Irwan coz slalu baca blog aku n bagi feed back kat aku slalu tanya khabar aku & slalu tolong aku.. :)

Tak lupa kat kawan aku sorang nie..Mohd Helmi..skunk nie dia slalu lak msg aku..bukan aku lupakan ko Mie tapi aku sendiri sibuk ngan kije aku..thanks coz slalu tanya khabar aku & selalu ingat kat aku :)

dan yang paling best kat Lawrance, Mohd Nazri, ngan Syah :) thanks banyak-banyak gak coz ari-ari msg aku..dah korang selalu anta msg kat aku bila korang diam terasa lak kehilangan korang :(

WAT EVER PUNG T.Q SO MUCH TO ALL MY FRENZZZ :)

kali nie nak post pasal air mata lak..coz 2-3 hari nie aku tengok depan mata aku sendiri terlalu banyak air mata yang mengalir..tapi kesemua nya kerana KESEDIHAN..bermula pada 9 Februari aritu pastu Jumpa kawan kat Tangkak, Jumpa Mak long, Jumpa Mak Teh..memang mengalir ajer air mata insan-insan nie..murah betul harga air mata ini kan? so aku pun search la pasal air mata nie..so jumpa la entry nie.. :)


Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki? Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki

Air mata yang termahal siapa yang punya?

Ibu
Ayah
Remaja
Orang yang dizalim

ShAz, IzZaH, kAk sHiFa, nOrMs & aKu :)

entah la..sejak 2menjak nie hati memang gundah gulana, jiwa pun tak tenteram ngan macam-macam lagi la yang kurang enak, kurang sedap, kurang gula, kurang garam..huhuhu..jadi nak relezz kan tension nie kawan-kawan kat opiz aku..Norm's, Shaz, Kak Shifa, Izzah & the only male dalam group tu ialah AkU..best gak la trip kali nie..walaupun orang yang selalu nampak cool kat opiz leh naik angin kat tempat sejuk-sejuk tu..releks ek kak sifa' .. hampir sehari kita orang berkampung kat genting aritu.. naik selero, naik kapal, naik buai, masuk umah hantu, & macam-macam lagi la..sampai tak larat kita orang berfoya-foya kat genting aritu coz masing-masing fening-fening :( ..ppppppssss pastu ade orang tu sampai muntah-muntah :) tu la sape suruh naik angin kat atas genting tu..hahaha


kAt bAwAh NiE GaMbAr-gAmBaR KiTa oRaNgh KaT GeNtInG.. sebenarnya banyak lagi tapi yang nie ajer yang kawan-kawan bagi kat aku :(

Selasa, Februari 09, 2010

Kopi Yang Dihirup Semakin Pahit :(

perjalanan terakhir cukup sampai disini..segala susah payah, jerit perih akan ternoktah disisi..sisa-sisa perjuangan yang masih dipertahankan walaupun serangan musuh bertambah hebat kita masih mempertahankan hak dan maruah kita..tak kala badan tertusuk panah, badan penuh luka terkaman sang pedang namun semangat juang yang tinggi kita masih mampu mempertahankan tangan untuk mengibarkan PANJI PERJUANGAN ini..

Walau bagaimanapun keputusan penghakiman pada pagi ini, bukan penentuan akhir kalah menang, tetapi permulaan perjuangan yang lebih tersusun, progresif dan agresif. Mulakan langkah pada pagi ini di Putrajaya dengan keyakinan, kesabaran, ketabahan dan tawakkal kepada Allah swt. Pasrah bulat-bulat hati kita semua kepada Allah swt. Kalah hari ini bukan bermakna kita kalah dalam perjuangan, menang hari ini juga bukan bermakna kita menang segala-galanya. Kekalahan dijadikan proses muhasabah untuk kemenangan akan datang, kemenangan pula dijadikan proses untuk kemenangan yang lebih besar lagi

Namun pejuang seperti aku yang tidak punyai kekuatan sang perwira menyebabkan Badan terasa lemah dan letih. Otak terasa sebu dan tepu. Mulut seperti tidak berupaya berbicara lagi. Pandangan menjadi separuh kelam. Bebanan terasa tidak tertanggung lagi..

KOPI YANG KU HIRUP SEMAKIN HARI SEMAKIN TERASA PAHITNYA :(

Isnin, Februari 01, 2010

perjalanan ini....

hari nie dah 1 Feb 2010..melangkah lagi kita ke hari baru bulan baru dan tahun baru..dalam perjalanan yang penuh dengan pancaroba dan dugaan ini banyak betul ujian yang kita tempuhi..makin kita mengagahkan diri untuk melangkah makin banyak duri yang berserabut mengait kaki kita..nasib baik la ade teman, ade kawan, ade sahabat, ade insan-insan yang sentiasa menemani perjalan yang penuh berliku ini... :(

KEHIDUPAN adalah SATU PERJUANGAN dijalan Allah s.w.t dimana KEMATIAN adalah PENAMAT PERJUANGAN ini.. kehidupan dipenuhi suka dan duka, suka dan duka itulah yang membentuk pengalaman bagaikan sebuah roda yang berputar kadangkala kita berada diatas dan kadangkala kita berada dibawah. Maka bersyukurlah dengan segala nikmat Allah s.w.t

Dalam perjuangan ini kita memerlukan teman dan kawan yang ditemui melalui pertemuan yang membentuk ikatan silaturahim. Namun SETIAP PERTEMUAN mesti ADA PERPISAHAN. Ini adalah SUNNAHTULLAH. Seperti juga HIDUP yang DIAKHIRI KEMATIAN. Sesungguhnya perpisahan itu pahit dan menyedihkan.

Walaupun perpisahan itu pahit, namun segala memori dan pengalaman yang tercipta melalui suka dan duka yang telah dilalui sepanjang perkenalan akan kekal manis sehingga kita dipanggil mengadap yang Maha Esa. Ingatlah BERTEMU PENCIPTA yang Maha Esa LEBIH MANIS daripada segala-galanya.

MaNfAaTkAnLaH PeRtEmUaN InI uNtUk mEncArI KeSeTiAnYa :)

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)