nie jugak ole-ole yang aku dapat sewaktu ber"PTD" di Johor hari tu..yang nie paling best coz dah berpuluh tahun hidup & mak ayah asal Johor..nie kali pertama dalam hidup aku sampai ke tempat bersejarah nie..selalu tengok dalam TV ajer tapi kali nie dapat tengok betul-betul :) memula datang tgok sign bord kawasan Balai Polis Bukit Kepong nie ajer memang dah sayu hati..bagi mereka yang mempertahankan nyer pada waktu tu..memang mavlezzz semangot korang :)
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas
komunis semasa keadaan darurat selepas
Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut
balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada
23 Februari 1950..panjang cerita nyer..kalau korang nak tahu lagi clik kat
sini

nie Sign Bord besar yang terpampang di hadapan Balaia Polis Bukit Kepong tu :)

nie lak aku & Aisyah..dah datang sini kn la berposing :) kalau tak cam ane nak masukkan dalam blog kan??

yang nie lak..bangunan baru yang di bina bagi mengantikan Balai Polis Bukit Kepong yang dibakar tu..bangunan nie dibina di atas tapak asal balai polis yang di bakar tu :)

Bot Polis yang terdapat di hadapan bangunan Balai Polis nie merupakan bot asal yang digunakan dalam pengambaran Filem Bukit Kepong tu :)

yang nie lak??? aku la..mesti kn tangkap gambar kan?? bukan senang nak datang sini lagi..jadi segala benda yang boleh dijadikan kenangan wajib di tangkap gambar :) hihihi

yang nie lak Sungai Lenga yang terdapat dibelakang Balai Polis Bukit Kepong nie..macam yang korang tengok dalam Filem Bukit Kepong tu..nie la sungai yang digunakan oleh salah seorang anggota polis yang sempat menyelamatkan diri walaupun telah di tembak oleh komunis..anggota polis tu dapat menyelinap untuk ke Balai Polis Lenga untuk mendapatkan bantuan..tetapi sewaktu bantuan tiba Balai Polis Bukit Kepong Telah dibakar :( dan ramai anggota balai tersebut yang gugur :( :( :(

sekadar selingan..kawasan nie dinamakan Bukit Kepong adalah berdasarkan bukit yang tedapat di hadapan Balai Polis Bukit Kepong nie..tu yang diceritakan oleh tok kampung tu kat aku..kalau dia tipu maka tipu la asal nama tempat nie :)
KISAH kali nie ole-ole dari Bukit Kepong, Johor waktu aku ber"PTD" di daerah Ledang dan Tangkak.. menarik GAK tempat nie coz banyak tempat-tempat sejarah yang aku dapat tengok salah satu nyer ialah MAKAN DATO' TEMENGGONG PADUKA TUAN ENGKU MOHD SALEH IBNI TEMENGGONG PADUKA TUAN ENGKU ISMAIL. Aku dah cube search maklumat pasal Dato' Temenggong nie tapi tak dapat. Tapi kalu ikut apa yang tok kampung nie cerita kat aku..Dato' Temenggong nie merupakan Dato' Temenggong yang berasal dari Muar..dan ader bersangkutan dengan Sultan Johor yang ada sekarang :)..sebab tu setiap tahun Sultan Johor sekarang sewaktu menjadi Tengku Mahkota Johor akan melawat tempat nie..dan sekarang kawasan ini sedang di baik pulih sebagai kawasan perlancongan :)

nie sign board kawasan
Makam Dato' Temenggong Paduka Tuan Mohd Saleh Ibni Temenggong Paduka Tuan Engku Ismail

nie pulak Makan Dato' Temenggong tu..persekitaran nyer sedang di baik pulih..kalau ikut cakap tok kampung nie..ramai pengkaji sejarah yang dah datang untuk mengkaji salasilah keturunan Dato' Temenggong nie :)

selain Makan Dato' Temenggong..keturunan dia jugak dikebumikan disekitar kawasan pemakaman nie..difahamkan isteri, dan juga anak-anak beliau turut dimakamkan di sini.. :)

untuk pengetahuan batu yang menjadi tapak kepada tiang makam nie diambil dari batu-batu istana yang menjadi tempat bersemayam Dato' Temenggong..

nie pulak merupakan kawasan istana Dato' Temenggong tersebut..sekarang kawasan nie memang dah terbiar..tetapi masih terdapat banyak kesan tinggalan yang membuktikan ini kawasan istana bersemayam Dato' Temenggong tersebut :) dan batu yang menjadi tapak kepada makam Dato' Temenggong di ambil di kawasan ini.

nie salah satu bukti kewujudan istana tersebut iaitu sepihan atap genting yang menjadi atap istana tersebut.. :)
PrInSiP Ku...
bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)