KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Selasa, Januari 08, 2013

Tagal @ Babagon, Penampang, Sabah

Nama Kampung : Kampung Babagon
Nama Projek : Sistem Tagal

Catatan pertama yang aku nak cerita untuk inspektorat yang aku kat Sabah tu.. projek pertama yang dilawati ialah Projek Tagal Babagon.. Kampung Babagon terletak di Daerah Penampang, lebih kurang 45 minit dari bandar KK. Majoriti penduduk di sini berbangsa Kadazandusun.

O.k berbalik kat Tagal tu.. Tagal (dusun) bermaksud TAK PERLU atau JANGAN. Amalan kuno masyarakat dusun mengelak diceroboh (curi) dengan memasang pancang kayu yang ditirus hujungnya (tonduk). Secara dasarnya Tagal merupakan satu sistem perkongsian pintar di antara masyarakat tempatan dengan pihak kerajaan dalam hal perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sungai di Sabah. Dalam hal ini banyak keadaan alam sekitar sungai yang tercemar berjaya dipulihkan.


Kaedah tersebut dihormati oleh masyarakat kerana mereka faham maksud dan hukumnya yang sudah ditetapkan. Penguatkuasaanya diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Mahkamah Daerah, Ketua Kampung, JKKK serta mendapat restu daripada masyarakat setempat. Tetapi sekarang pelaksanaan sistem ini hanya menggunakan undang-undang untuk melarang sebarang aktiviti tangkapan dijalankan di Sungai Babagon ini.



Peta di atas menunjukkan kawasan tuaian ikan mengikut zon yang ditetapkan.

Zon berwarna Merah = Kawasan yang tidak boleh dituai bertujuan untuk konservasi, untuk sukan memancing (tangkap&lepas) dan mandi bersama ikan.

Zon berwarna Kuning : Hanya boleh dituai 2-3 setahun

Zon berwarna Hijau : Boleh dituai sepanjang tahun.

Kaedah perlaksanaan sistem tagal di Kampung Babagon ini penguatkuasaan pengawalan penangkapan ikan ialah tidak boleh sama sekali menangkap sebarang hidupan dikawasan sungai  yang ditagal selama 2 tahun. Dan peraturan ini dipatuhi oleh semua penduduk kampung dan juga orang luar yang datng ke kampung ini. Sekiranya ada komuniti yang melanggar undang-undang ini pesalah akan dibawah ke ketua kampung dan akan dikenakan hukuman sogit (berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan semasa penubuhan) iaitu tunai RM300 dan seekor ternakan yang berharga RM200 sekiranya pesalah melawan akan dibawah ke Mahkamah Anak Negeri dengan hukuman yang lebih berat. Jika kesalahan melibatkan racun atau bom pesalah boleh dibawah terus kepada polis.


 

Apa yang menarik lagi di kampung ini ialah, kawasan ini menjadi tumpuan pelancong untuk menjalankan pelbagai aktiviti riadah seperti menangkap ikan dan melepaskan semula, mandi,-manda serta aktiviti kebudayaan. Semasa tiba masa hari menuai ikan, semua ahli akan dijemput untuk menangkap ikan yang dijalankan secara bergotong royong, dengan hanya menggunkan jala dan pukat sahaja. Hasil tangkapan akan dibahagi sama rata.


Pic kat bawah nie ialah semasa penilaian panel.. HaBiS… J




0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)