KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN


Seekor anak gajah pigmi Borneo berusia tiga tahun cuba menggerakkan bangkai ibunya di Hutan Simpan Gunung Rara di Sabah.
KOTA KINABALU: Sesuatu yang menyayat hati bagi pakar veterinar, Dr Sen Nathan apabila melihat seekor anak gajah pigmi Borneo cuba menggerakkan ibunya yang sudah mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau di Sabah.
Pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah itu menyaksikan sendiri detik berkenaan ketika melakukan siasatan berhubung misteri kematian sepuluh ekor gajah terdiri daripada tujuh gajah betina dan tiga gajah jantan di Unit Pengurusan Hutan (FMU) 23, kawasan konsesi Yayasan Sabah di hutan simpan berkenaan iaitu kira-kira 130 kilometer dari Tawau.
"Saya berasa sangat sedih, tiada perkataan untuk menggambarkan perasaan saya," katanya, sambil menambah bahawa anak gajah jantan berusia tiga bulan bernama Kejora itu telah dihantar ke Zoo Hidupan Liar Lok Kawi untuk dijaga termasuk bagi memberi susu botol.
Sepuluh ekor gajah berumur antara empat hingga 20 tahun ditemui mati antara 29 Disember dan 24 Januari lalu di kawasan Lembah Danum dan Lembangan Maliau.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata keracunan mungkin punca utama kematian gajah berkenaan.
"Post mortem yang dilakukan mendapati tiada kesan kecederaan akibat tembakan sebaliknya bahagian organ dalaman gajah-gajah berkenaan rosak teruk. Selain bahagian usus, mulut dan anus mereka turut didapati berdarah.
"Kami mengesyaki terdapat unsur keracunan daripada bahan makanan yang mereka makan (toksin semulajadi atau racun perosak) tetapi kita masih menunggu laporan makmal analisis kimia," kata Dr Ambu.
Menurut Ambu, laporan pertama diterima pada Selasa ketika pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjalankan kajian hidupan liar dimaklumkan oleh seorang pekerja mengenai kematian gajah kira-kira 5 kilometer dari pintu Syarikat Empayar Kejora Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Sabah.
Katanya gajah berkenaan mungkin termakan racun di tempat lain dan berjalan beberapa kilometer sebelum rebah di kawasan berhampiran Empayar Kejora.
"Kami percaya bahawa kematian semua gajah ini ada kaitan antara satu sama lain," katanya.

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Recent Posts

    PrInSiP Ku...

    bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)