KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Rabu, September 30, 2009

Di Pagi Hari Raya

Post aku yang kedua pasal raya ni lak nak cerita pasal perkara wajib yang kena aku sekeluarga buat..menziarahi pusara abang aku.. :( tapi kali nie tak semua dapat g kibur coz kakak sulung aku beraya kat Penang ngan keluarga mertua dia..abang kembar aku pun same gak..dia beraya kat umah mertua dia kat Terengganu :(

Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita

Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat

Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana


Allah Allah Allahu Akbar (2x)

Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan

Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan


Allah Allah Allahu Akbar (2x)

Selasa, September 29, 2009

MeNjElAnG HaRi rAyA :)

rrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...lame aku bercuti dari berblog..al-maklumlah sibuk beraye..& raya kali nie paling memenatkan coz 8 hari cuti beraya kesemua lapan hari tu aku beraya..dari Kedah sampai ke Johor semua nyer aku jelajah..memang penat giler..tapi untuk post pertama aku lepas raya nie aku nak cerita pasal malam menjelang ari raye :)

seronok betul tengok anak-anak buah aku nie main bunga api..memang macam suasana kampung walaupun kita orang duduk tengah bandar Kolumpo nie..sebab aku dah tua :( make nyer tugas aku candid gambar dia orang ajer la.. :)

ni la keadaan nyer bile beraye kat bandar nie..malam-malam raya tak ade pun permandangan orang orang bakar lemang ker..rebus ketupat ker..masak rendang ker..yang ader nyer budak-budak main bunga api macam nie ajer la... :( tapi tak per yang penting suasana hari raya tu ade gak la...:)

walaupun duduk kat bandar tapi Pelita nie tetap tak boleh tinggal..tapi yang tak best nyer aku tak dapat menikmati saat - saat hari raya nak tiba coz seminggu sebelum rai raya aku berkampung kat Putrajaya..jadi abang-abang aku yang pasangkan Pelita nie coz tiap tiap tahun pelita wajib di pasang kat sekeliling umah aku coz aura nyer lebih terasa berbanding lampu kelip - kelip yang orang pasang tu... :)

Jumaat, September 18, 2009

mInAl AiDiL WaL FaEzIn :)

korang dah bace tajuk dia kan? sebenar nyer kawan-kawan aku kat opis nie planning nak buke kat luar lame da..tapi disebabkan masing-masing sibuk dengan jadual berbuke ngan kawan-kawan..maka nyer semalam la baru kita orang leh buke same2..tapi dari ramai-ramai yang planning nak buke kat luar nie..kami berempat ajer yang jadi g..tapi best gak buke ngan diaorang nie coz kepala masing-masing macam orang giler jadi nyer happening gak kua buke ngan dia orang nie :) jadi nyer ni la ending of the Ramadhan punyer buke puase aku makan ngan kawan-kawan coz Jumaat ngan Sabtu dah jatuh status wajib buke ngan family..:)

nie aku la..minum ajer dulu..

nie lak Kak Effa..tengok pinggan dia..licin..coz perempuan nie memang hantu nasi :)

yang nie lak normie..pun same gak..licin pinggan minah sorang nie..

yang nie lak..untie sifa'..orang makan dia sibuk nak bergambar..sebab tu orang lain dak kenyang dia baru nak melantak :)


nie la makanan yang kita orang makan tu....sedapppp sangat :)


dah abis makan kena la senyum kan? huhuhu ...jumpa lagi Ramadhan taun depan..Insyaallah :)

Khamis, September 17, 2009

Mak Cik..sorry ek.. :)

semalam waktu tengah drive dari umah nak g Taman Melawati aku ikut MRR2..sampai ajer kat selekoh lepas persimpangan ke Karak tu..tetibe muncul satu kerete proton saga yang agak buruk pastu dipandu perlahan lak tu..aku yang tengah laju rase macam menyemak ajer kete tu coz dah la kereta lama pastu perlahan lak tu aku pun cucuk angin kereta tu..ingat dia nak ketepi tapi tak jugak..still duk releks kat line laju tu..aku pun high beam la kereta depan tu baru driver tu bagi signal ketepi..lepas dah dapat potong kereta tu aku pun tengok la siapa yang drive nyer..rupe-rupe nyer mak cik tua yang bawa..patut la aku cucuk angin pun dia tak ketepi coz ane la dia faham bahasa orang-orang mude nie bawa kereta kan?..kesian lak aku tengok mak cik tu coz tak pasal-pasal kena marah ngan aku..so kat mak cik tu..aku mintak maaf banyak2 o.k :( untuk mak cik tu sorang ajer aku nak wish..sElAmAt HaRi rAyE O.k.. ;)

Selasa, September 15, 2009

BaCa bEtUl-BeTuL :)


SAW wrong PAR pan TAR right PAR pan
boo ARGHH crank-g DULL arm PEAR raw HOO
SARROW mark CANT deer MARK cant
sarrow MEE nga GHEE deer TALK tar WOO


BOO i LARGE u LARGE u
same PEI pork COOK sir NEAR
UPPER dull ARM barge U
sir COME tomb BOO near CHIN near


boo WRONG car CARD two ARE
HANG up THEY gent THEY law
none NEXT saw DARE two ARE
G-G near THINK all DO are

Isnin, September 14, 2009

mmmm ... :(


semalam kawan aku yang duk JB tu turun KL coz dia excited sangat nak tengok cam ane orang KL nak sambut raye..jadi aku la yang kene entertain dia orang semalam :( walaupun mase yang aku ade sangat kritikal tapi disebabkan kawan aku nie memang mengharapkan aku dapat bawa diaorang merayap kat KL nie make nyer aku redah gak dalam celah-celah waktu yang tengah nazak nie..jadi nyer dalam keadaan nie kondisi aku pun tak berape stabil..kegembiraan & keseronokan yang kita orang harapkan memang out of sevices :( banyak benda yang tak best berlaku semalam..ape bende tu biar kita orang bertiga ajer yang tau

SEVENTEEN..sElAlU MeNGaLaH

Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Pertengkaran Yang Terjadi
Seperti Semua Salahku
Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu

Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu

AKIM AF7..bEnGgAnG

Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Biarkan ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri

Ku tak sanggup engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu

Khamis, September 10, 2009

Kenanganku (Part 15) : d' SiNgApOrE

PeRmAnDaNgAn sEkItAr bAnDaR SiNgApOrE

Memandangkan dah lama aku tak cerita pasal kenangan aku nie..jadi nyer kali nie aku nak cerita pasal kenangan aku mase g Singapore aritu..kali nie aku g Singapore coz kena eskot mak aku yang tak sihat tu coz dia follow jiran aku g melawat sedara dia yang duk kat Woodland tu..mak aku teringin sangat g Singapore nie coz rase nyer dekat 10 tahun dulu last dia g negara Di Langgar Todak tu..:) jadi nyer aku pun kene la g same..apa yang menarik..aku g Singapore kali nie bukan g makan angin tapi ibarat menjejak sejarah yang pernah di tinggalkan oleh ayah aku semasa berkhidmat di Singapore dulu..kalau korang nak tahu ayah aku & Hj. Ahmad yang bawa aku g Singapore nie pernah jadi askar kat Singapore nie..jadi aku akan cerita berdasarkan gambar yang aku boh kat blog aku nie ek..korang bace la.. :)

IsTaNa kAmPuNg gLaM & ResToRaN TePak sIrEh

Kampung Glam atau nama asalnya "Kampung Gelam" terletak di Singapore, menjadi penempatan awal masyarakat Bugis dan Jawa dari Indonesia.Kampung Glam mendapat nama sempena nama ‘Pokok Glam’ yang terdapat diseluruh Singapura hingga kini .Terdapat pelbagai lokasi menarik di sini. Masjid Sultan, Istana Kampung Glam, Taman Warisan Melayu dan perkampungan tradisional Melayu Kampung Glam antara lokasi menarik yang menyimpan 1,000 rahsia khazanah sejarah awal pembentukan Singapura. Semua tempat ini, yang dibina ketika zaman pemerintahan British, dibaik pulih dan diselenggara dengan baik oleh kerajaan Singapura dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura (STB) selepas dikenalpasti dapat menjadi produk pelancongan. Restoran Tepak Sireh yang pada awalnya dikenali sebagai Gedung Kuning sebenarnya tempat tinggal Bendahara Singapore pada zaman pemerintahan British, dikenali sebagai Haji Yusof Tali Pinggang sehingga 1950. Restoran Tepak Sireh bukan sekadar menjadi tempat orang ramai dan tetamu khas yang bertandang ke majlis perkahwinan bersantap, malah muzium khas yang mempamerkan sejarah dan latar belakang pemilik restoran itu.

MaSjId SuLtAn - TeRlEtAk dIsEbElAh iStAnA kAmPuNg gLaM

MaKaM YuSuF IsHaK - PrEsIdEn SiNgApOrE yAnG PeRtAmA

Encik Yusof bin Ishak (12 Ogos 1910 - 23 September 1970) adalah Presiden Singapore yang pertama. Beliau dilahirkan di Padang Gajah, Trong, lebih kurang 18 batu dari Taiping, Perak. Bapanya, seorang keturunan Minangkabau, berasal daripada Sumatera Barat dan ibunya dari Langkat. Mereka berhijrah ke Pulau Pinang dan setelah itu ke Perak, Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, apabila Singapura berpisah dari Malaysia dan menjadi negara yang berdaulat, Encik Yusof dilantik sebagai Presiden yang pertama Republik Singapura. Beliau dilantik sekali lagi untuk empat tahun dari 4 Disember 1967.Presiden Yusof Ishak meninggal dunia pada 23 November 1970 di Singapura dan disemadikan di Perkuburan Negara Kranji.

MaKaM hABiB NoH

Habib Noh was born in Penang. He settled in Singapore in 1819. He was revered as a holy man and credited with supernatural powers; he could be present in more that one place at the same time. Habib Nor showed compassion to the poor and it is said that he would pick up coins from money-changers and distribute them to the poor with no protest from the money-changers. He loved the company of children and was quite often seen surrounded by them The holy man died in July 1866 and the tombstone was built by Syed Mohamed bin Ahmad Alsagoff about 1890. The Keramat is maintained by the Alsagoff family.

ChAnGi aIrPoRt sInGaPoRe

Lapangan Terbang Changi (IATA: SIN, ICAO: WSSS) adalah salah sebuah pusat penerbangan yang utama dalam Asia. Ia terletak di kawasan Changi di bahagian timur Singapore, sekitar 20 km (12 batu) dari Singapura pusat. Dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapore (CAAS), Lapangan Terbang Changi merupakan pengkalan untuk Singapore Airlines dan mengendali 78 sistem penerbangan yang lain. Ia merupakan pusat kepada empat ribu penerbangan setiap minggu yang menuju ke 177 destinasi di seluruh dunia. Changi Airport mempunyai sekitar 13,000 orang kakitangan. Selain daripada menjadi pusat trafik penumpang yang penting, ia juga merupakan salah satu lapangan terbang kargo yang tersibuk di dunia dengan pengendalian 1,780,000 tan kargo.

SeKiTar OrChArD rOaD

Jalan Orchard (Orchard Road) adalah jalan di Singaporemenempatkan pusat retail dan hub hiburan. Jalan ini merupakan tempat pariwisata. Semasa pidato tahun 2005, perdana menteri Lee Hsien Loong mengatakan beliau akan mendirikan lebih banyak bangunan landmark untuk menarik lebih perhatian

NeE SoOn cAMp - Kat tempat nie la ayah aku bertugas dulu :)

When the Singapore Armed Forces Training Institute (SAFTI) was set up in 1967 as the first military training institute to train officer and non-commissioned officers (now Speciallists), an Engineer Training Wing was incorporated into the set-up. Two young officers, 2LT Gurcharan Singh and 2LT Chng Teow Hua, were selected to attend a basic engineer officer's course in Fort Belvoir, Virginia, USA. Upon completion of their course, these two officers, with the Commanding Officer, MAJ George Mitchell, conducted the first Engineer Commanders' Course from April to August 1968. The graduate officers and NCOs from the course formed the nucleus of the SCE As her role became more defined and her responsibilities expanded, the Engineer Wing was renamed the School of Field Engineers and moved from SAFTI (now Pasir Laba Camp) to new premises on Pulau Blakang Mati (now Sentosa) that same year and subsequently branching out to other camps which have come and gone like Gillman Camp and Loyang Camp. In April 1970, the Engineer Headquarters (EHQ) was established with MAJ Mitchell as the Senior Engineer Officer. The EHQ was renamed HQ Singapore Combat Engineer in 1974 and the commander's designation was changed to Chief Engineer Officer.

KaLlAnG RiVeRsIdE PaRk - Tempat nie lak Hj. Ahmad bertugas mengawal kawasan jambatan kat Kallang nie semasa berlaku rusuhan di Singapore

Kallang Riverside Park, the official waterskiing & wakeboarding site of the Singapore Waterski & Wakeboard Federation. This competition proven site has hosted the 1993 World Water Ski Championships, and all international and local wakeboarding and waterskiing competitions held in Singapore

Nie LaK TemPaT AYaH AkU & Hj. AhMaD Tu dI TemPaTkAn sEpANjAnG BeRtUgAs dI SiNgApOrE

JaLaN-JaLaN Di sInGaPoRe

jAlAn-JaLaN Di sInGaPoRe

JaLaN-jAlAn dI sInGaPoRe

Gambar Atas : AkU, hJ. aHmAd & bUsU HaMzAh (tuan rumah)

Gambar Bawah : BuSu bIbAh (tuan rumah), MaK, KaK FiDa, HjH ZahAlIa

kAWaSaN PeRuMaHaN YaNg aKu tInGgAl SeMasA AkU Ke sInGaPoRe aRiTu..:)

oNdAwAy bAcK To KuAlA LuMpUr FrOm sTeSyEn kErETa ApI TaNjUnG pAgAr sInGaPoRe

Rabu, September 09, 2009

09-09-09


kesibukan sekali lagi membataskan aku terus memblogkan diri aku kat blog aku nie..tapi disebabkan tarikh hari nie aku gagahkan jugak untuk log in sekejap kat blog aku nie untuk post pasal tarikh hari nie... 09-09-09

Selasa, September 08, 2009

Nie Best Nyer Ade Kawan-Kawan :)

Hari nie walaupun kat opis nie aku blur skit coz ade kije yang sepatut nyer aku selesaikan tak dapat aku wat kerana ade sesuatu yang menghalang nyer..tapi dalam blur-blur tu tetibe Shaz PA boss aku bagi kuih raye kat semua staff bahagian aku nie..kuih nyer ade tige jenis..Coklat Chip, Sugi Kacang ngan Compleks..aku dapat Biskut Compleks..sebab puase nie kan nafsu makan pun meluap2 la..kalau leh tiga2 biskut tu kita orang nak..tapi kouta nyer sorang satu..jadi sebagai inisiatif nyer aku, Normy, ngan Kak Effa bertukar-tukar la biskut raye tu coz kita orang dapat biskut raye yang berlainan..dapat la kita orang rase ketiga2 jenis biskut raye yang boss kita orang bagi tu..tu yang best ade banyak kawan nie..salah satu faedah nyer macam kes nie laaa :)

Isnin, September 07, 2009

Rembang Ramadhan Menjengah Nuzul Al-Quran


Hari ini 7 September bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq:1-5)

Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jumaat, September 04, 2009

Untukmu Teman :)

Assalamualaikum kepada semua sahabat yang dikasihi semua..dah lama aku tak post ape-ape kat blog nie coz terlalu sibuk dengan urusan kerja yang terlalu banyak kat opis nie..jadi dengan Hari Jumaat yang mulia ini ditambah dengan Bulan Ramadhan yang penuh berkah ini aku hanya nak mohon maaf pada semua teman-teman aku..sebab tu aku boh poster kat atas tu..aku ambil poster tu kat blog I Luv Islam..so pada semua teman-teman sekian aku mohon maaf atas segala ketelanjuran ku selama ini :) sayang kat korang semua :)

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)