iKhLaS DaRi..KeLiNcIcOmEl.bLoGsPoT.CoM
Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Sembahyang berjamaah
Tawaf saei dan umrah
Terdengar suara ( panggilan bergema )
" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "
Tiba masanya kini
Wuquflah di Arafah
Terdengar sayup sampai
Tahmid tazkir dan tasbih
Putih bersih berseri
Abdi pada Ilahi
Terbayanglah di sini
Tempat berhimpun nanti
(tempat.. berhimpun... nanti)
Dari padang Arafah
Lalu ke Muzdalifah
Bermalam di Mina
Melontar tiga jumrah
Syarat rukun haji sempurnalah sudah
Mogalah ibadah haji mabrurah
(haji.. mabrurah...)
Masjidil Nabawi terletak Makam Rasul
Taman Raudhah tempat himpun doa
Padamu pinta Wahai Junjungan
Selawat dan salam mohon syafa'at
(Selawat dan salam mohon syafa'at.... )
Ya sofwatAllah....
Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Best jalan cerita novel nie coz merupakan lumrah dalam kehidupan kita..bila perasaan hasad dengki menguasai diri, sifat tamak mengatasi segalanya, nilai kasih sayang boleh diperdagangkan & hukum halal haram diketepikan semata-mata untuk mencapai kebahagian duniawi semata-mata :(
Apakah dia yang benar-benar bersalah?
"kEcEwA TiDaK AkAN MeMbAwA KiTa kE MaNa-MaNa"
"bErSaBaRlAh dAn bErSedIaLaH UnTuK BeRaSa sAkIt . bILa KaU SudAh bErSeDiA Kau AkAn tErBIaSa dAn tIdAk aKaN MeRaSa sAkIt lAgI.."
BIARKAN AKU MENANGIS..kalau diri ini puncanya..BuKtIkAnLaH..
nie gambar yang aku tangkap masa wat PTD kat Kampung Tradisi Paya Pahlawan, Jitra Kedah..sepanjang perjalanan dr kL ke kampung nie banyak permandangan yang cantik-cantik aku tengok..Sawah Padi yang tengah nak mengguning, Bukit Bukau yang dilitupi kabus, suasana kampung waktu pagi & senja..memang mengasyik kan..sebabtu aku memang suka kalau masuk kampung nie..macam-macam yang leh kita tengok :)
selalu cerita pasal kucing kan??? kali nie aku nak cerita pasal kambing lak..mase nie aku ondaway back to kL from Jitra, Kedah..so kita orang singgah rumah en. Maliki..kat rumah dia nie la aku jumpa anak kambing nie...anak kambing nie tak mau menyusu badan coz mak dia takde susu..kesian kan? so cam ane nak menyelesaikan masalah anak kambing nie..korang tengok gambar kat bawah nie..huhuhu
anak kambing nie terpaksa diberi susu botol...huhuhuhu..first time aku tengok kambing minum susu botol..tu yang best kerja masuk kampung nie..macam-macam yang kita leh jumpa..walaupun mungkin nie permandangan biasa di kampung tapi bagi aku yang membesar kat bandar nie..nie merupakan my new xprience :)
LePaS NiE tAk tAhU La aPa pEtUnJuK YaNg pOkOk kAkTuS NiE nAk BaGi lAGiKaN? SaMe-SaMe La kItE tUnGgU KEsUdAhAn nYeR :)
tak cukup dengan jalan berbatu kerikil..korang kena lalu JALAN TANAH MERAH nie pulak..yang hampir 2 KM..ppeeerrrrggghhh..buat projek kat tempat jin bertendang nie :( mase g tu hujan lak tu..memang hamcuzzz jalan :(
TaK ApE LaAa..aSaLkAn kOrAnG BaHaGiA :)
time-time banjir nie memang budak-budak suke..cube tengok gambar kat atas nie..mana la mak ayah budak-budak nie kan? memang seronok main air nie tapi nanti air nie telan korang baru tau..jangan jadi macam gambar yang kat bawah nie dah la..
kalau tak salah aku..nie mangsa pertama banjir yang berlaku kat Kampung Ayer Puteh, Kemaman, Terengganu nie..HUHUHU
tengah-tengah beli kueh kat kedai-kedai yang korang tengok kat atas nie..tetibe datang la dua tiga ekor anak kucing..aku nie dengan kucing memang aku sayang giler..tapi yang aku nak naik angin nyer kat pasar nie..owner-owner kat kedai nie leh simbah air kat anak-anak kucing nie bile kucing-kucing nie datang..GERAM BETUL AKU TENGOK..kalau tak suke pun tak payah la nak simbah air bagai..kucing-kucing nie pun nak makan jugak macam korang..lain kali gunakan lah OTAK yang Allah dah bagi tu..
nie salah satu anak kucing yang kena simbah ngan air tu..korang tengok bulu dia habis basah kan..SIAMANG betul diaorang nie.. :(
korang tengok kucing-kucing nie pun korang tahu dia tengah lapar kan? so kalau korang tak suka kat mana-mana makhluk Allah jangan lah buat yang macam-macam..mereka pun nak hidup gak :(
kucing kecik-kecik macam nie mana la mereka tahu kalau korang nak wat zalim kat dia..sayangi la sesama makhluk :)
nie la Pokok Jati
Jati adalah sejenis pohon penghasil kayu bermutu tinggi. Pohon besar, berbatang lurus, dapat tumbuh mencapai tinggi 30-40 m. Berdaun besar, yang luruh di musim kemarau.
Jati dikenal dunia dengan nama teak (bahasa Inggris). Nama ini berasal dari kata thekku (തേക്ക്) dalam bahasa Malayalam, bahasa di negara bagian Kerala di India selatan. Nama ilmiah jati adalah Tectona grandis L.f..
cube teke siapa yang kat pokok tu...huhuhu :)
kerasnya hati kerana banyaknya dosa...
banyaknya dosa kerana lupakan mati...
lupakan mati kerana banyaknya angan-angan...
banyaknya angan-angan kerana terlalu cintakan dunia
cintakan dunia itu sumber segala dosa
YANG TERLEWATKAN..
dimana kau selama ini
bidadari yang ku nanti
kenapa baru sekarang
kita dipertemukan
sesal kan tiada arti
karna semua tlah terjadi
kini kau tlah menjalani, du du du du du
sisa hidup dengannya
mungkin salahku melewatkanmu
tak mencarimu sepenuh hati
maafkan aku
kesalahanku melewatkanmu
hingga kau kini dengan yang lain
maafkan aku
tak berulang kembali
kau tak akan terlewati
segenap hati ku cari, du du du du du
dimana kau berada
walau ku terlambat
kau tetap yang terhebat
melihatmu, mendengarmu
kau lah yang terhebat
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata produk buah kering antaranya plum kering dan prun kering itu mengandungi paras plumbum yang agak tinggi iaitu antara 0.11 dan 30.3 bahagian sejuta (ppm) atau miligram (mg)/kilogram (kg).
Beliau berkata paras plumbum yang ditetapkan di negara ini ialah dua bahagian sejuta ppm atau mg/kg di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dan jika kandungan logam melebihi paras tersebut, tindakan undang-undang akan dikenakan.
"Mana-mana pihak yang terlibat, jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Kementerian Kesihatan 2009 di Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan US Food and Drug Administration (USFDA) menerusi laman webnya http://www.fda.gov yang bertajuk "Consumers Warned Not to Eat Certain Imported Dried Plums" pada Khamis lepas.
Liow berkata produk berkenaan adalah "The Original Chinese Candy",
Produk lain adalah "Salados Salted dried plums", "7 Salted Plums", "Preserved Liquariced Prune", "Preserved Plums:Preserved Salted Prunes", "Preserved Plums:Preserved Red Prunes", "Preserved Fruit Pitted Prunes", "Chan Pui Mui Preserved Plum" dan "Ka Po Preserved Plum". - (semua nie jenis Asam Boi Merah, Asam Boi Putih, Asam Kayu Balak, Asam Janggut & semua asam-asam kering tu la..)
Liow berkata kementerian terus memantau untuk memastikan produk berkenaan tidak terdapat dalam pasaran tempatan.
Beliau berkata kementerian juga akan meneruskan pemantauan di pintu masuk dengan meletakkan pemeriksaan Tahan Lima (Tahan, Uji dan Lepas) dalam Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) untuk semua produk yang terlibat.
Plumbum adalah bahan cemar dalam makanan yang boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan manusia dalam jangka masa panjang akibat daripada pengumpulan bahan cemar dalam badan.
Beliau berkata kesan yang mungkin berlaku adalah gangguan kepada sistem saraf dan perkembangan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.
"Sehubungan itu, kementerian ingin menasihatkan pengguna supaya tidak membeli produk-produk yang terlibat, manakala penjual dinasihatkan supaya melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ataupun Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat sekiranya produk berkenaan terdapat di premis mereka," katanya.
Liow berkata pengimport atau ejen yang mengimport produk terbabit diminta menghentikan pengedaran dan memaklumkan kepada PKD atau JKN berdekatan untuk tindakan seterusnya. BERNAMA
Hadith :
Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.”
Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745
Huraian
Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Dengan perkataan lain, walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan manusia. Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT dan segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita menemui ajal.
Harga kuda belang yang sangat mahal menyebabkan pihak Zoo Happy Land di Gaza terpaksa mengecat keldai untuk menjadi hiburan kepada para pengunjungnya.
DARI jauh kelihatan dua ekor haiwan berbelang putih dan hitam mendiami sebuah sangkar setinggi kira-kira dua meter. Bagi sesiapa yang kali pertama melihatnya, pasti menyangka haiwan itu adalah kuda belang.
Namun jika melihatnya lebih dekat, barulah anda akan perasan bahawa ia bukan kuda belang, sebaliknya haiwan yang sering dikenali sebagai dungu atau bodoh iaitu keldai.
Itulah situasi yang berlaku di Zoo Happy Land di Gaza yang menjadi tarikan penduduk tempatan. Mereka berjaya menghasilkan kuda belang daripada seekor keldai.
Dua ekor haiwan istimewa itu menjadi simbol kehidupan kepada penduduk Gaza yang sentiasa berada di bawah kepungan Israel selain dianggap satu jenaka bagi sesetengah pihak.
"'Kuda belang' itu merupakan keluaran asli tempatan. Kami mengambil dua ekor keldai dan melukis belang di atas kulit mereka," kata Pengarah Zoo Happy Land, Mahmud Barghut sambil tersenyum lebar.
Operasi khas itu mengambil masa dua hari dan melibatkan penggunaan pita pelekat dan rambut berwarna dari Perancis di mana Barghut mengatakan ia hasil terbaik untuk kerja tersebut.
Unik
Apabila dikerumuni pelawat, dua haiwan unik tersebut hanya mampu merenung sayu ke arah pengunjung dari kandang yang didiami.
"Kami tidak mampu membeli kuda belang yang sebenar. Oleh itu, inilah cara terbaik untuk mendapatkannya," tambah Barghut lagi.
Sejak kerajaan Hamas memegang tampuk kekuasaan di Tebing Gaza pada tahun 2007, rakyat Palestin terpaksa berada di bawah kepungan di mana Israel dan Mesir hanya membenarkan bekalan asas seperti makanan dibawa masuk.
Sejak itu, ratusan terowong penyeludupan telah dibina di bawah sempadan dengan Mesir untuk membawa pelbagai barangan daripada senjata kepada kereta, petrol dan permainan.
Bagaimanapun, terowong tersebut menelan belanja yang mahal dan Israel menjadikan ia lebih teruk apabila bertindak mengebom terowong penyeludupan itu baru-baru ini.
Malah, seekor singa dan dua burung unta yang ada di zoo tersebut dibawa masuk menerusi terowong penyeludupan itu ketika haiwan tersebut masih kecil lagi, tetapi kuda belang dilarang.
"Ia boleh menyebabkan kita mengeluarkan belanja sebanyak AS$30,000 (RM102,825) untuk mendapatkan seekor kuda belang asli. Tetapi, seekor keldai boleh diperoleh pada harga AS$700 (RM2,399) sahaja.
Penyeludupan haiwan liar ke Gaza menarik perhatian masyarakat antarabangsa pada Mac 2007 apabila pegawai Kesatuan Eropah (EU) yang memantau sempadan Rafah dengan Mesir ketika itu menangkap seorang wanita Palestin yang cuba menyeludup tiga ekor buaya hidup.
Reptilia kecil itu masing-masing berukuran 40 sentimeter panjang, ditemui terikat di bawah lapisan jubah longgar yang dipakai wanita berkenaan.
Apabila disoal, wanita tersebut memberitahu pengawal sempadan bahawa dia mahu menjual haiwan itu kepada pihak zoo di Gaza.
Sumber hiburan
Di dalam wilayah yang memiliki kira-kira 1.5 juta penduduk, kekurangan sumber hiburan membuatkan zoo yang terletak di pinggir Bandar Gaza itu menjadi amat popular.
"Tiada apa di sini melainkan zoo atau pantai. Hanya inilah yang dapat menghiburkan penduduk di bandar ini," ungkap Barghut dalam nada perlahan.
Namun, bagi pengunjung dari luar mereka mungkin mendapati Zoo Happy Land tidak sepadan dengan namanya kerana ia dianggap satu kawasan yang amat menyedihkan.
Selain daripada dua ekor 'kuda belang' tiruan, singa dan dua ekor burung unta, hanya terdapat unta dan beberapa ekor burung di dalam zoo tersebut.
Sangkar kurungan juga amat kecil dan makanan yang disediakan untuk kesemua haiwan terpaksa dicatu. Singa akan diberi makan sepuluh kilogram daging setiap hari di mana jumlah tersebut kurang separuh daripada amaun yang sepatutnya.
Situasi itu menyebabkan haiwan-haiwan di zoo tersebut sering sakit dan ubat yang diperlukan sukar diperoleh.
"Jika terdapat kumpulan perlindungan haiwan di sini, sudah pasti mereka akan menangkap kami kerana menganiaya haiwan. Tetapi percayalah, saya sendiri sering memberitahu diri saya bahawa adalah menjadi satu dosa jika tidak menjaga haiwan ini dengan sebaiknya. Apa pun, saya cuba lakukan yang terbaik," tutur lelaki itu lagi.
Sepatutnya terdapat beberapa lagi haiwan di Zoo Happy Land termasuk harimau bintang dan monyet, tetapi mereka terbunuh sewaktu serangan tentera Israel awal tahun ini.
"Kebanyakan haiwan itu mati kerana kehausan dan kelaparan. Untuk tempoh tiga minggu, kami tidak mampu mengendalikan zoo. Malah, kereta kebal Israel turut diletakkan di hadapan pintu masuk zoo," imbasnya.
Barghut mengakui sayangkan zoo mini yang dibina sejak setahun lalu, namun selepas mengeluarkan semua wang untuk menjayakannya, dia kini sudah berputus asa dan mengambil keputusan untuk menjual taman haiwan itu.
"Saya tiada wang lagi untuk menguruskannya. Ia tidak memberi pulangan langsung kepada saya."
Disebabkan kebanyakan penduduk Gaza miskin dan berpendapatan rendah, Barghut terpaksa mengekalkan bayaran masuk pada harga RM1 untuk setiap kanak-kanak.
"Zoo ini amat bermakna buat kanak-kanak. Apabila mereka datang ke sini, mereka gembira dan berseronok menyaksikan semua haiwan yang ada. Mereka mahu melihat singa dan kuda belang yang dianggap haiwan sebenar.
Tetapi, bagi Yara al-Masri yang berusia empat tahun, dia mengetahui kebenarannya. Katanya: "Saya tahu ia bukan kuda belang sebenar, tetapi ia keldai yang cantik." - AFP
Recent Posts
PrInSiP Ku...
TiMe nOw iS
ToDaY iS
U aRe pAsSeNgEr No
Tuan Punyer Blog :)
About Me
- KeLiNcICoMeL
- kUaLa LuMpUr, Malaysia
- nak tau...rajin2 la tengok blog ni o.k :)
Facebook Badge
Blog Archive
-
▼
2009
(238)
-
▼
November
(16)
- Selamat Menyambut Eidul Adha
- Ibadah Haji 1430H Bermula
- Biarkan Aku Menangis..
- InDaH PeRmAndAnGaN nIe :)
- Kambing Pulak :)
- Kenanganku (Part 16) : d' PaNtAi uItM DuNgUn
- kAkTuS ItU... :)
- pelik aku tengok
- bANJIr
- Gerammmm Betulll :(
- PoKoK JaTi
- MeNanGisLaH mAtA :(
- YanG TerlewatkaN
- Buah Kering Dicemari Logam Beracun :(
- sEkAdAr rEnUnGaN: aPaBiLa aJaL TeLaH TiBa
- "kUDa BelanG" Zoo Gaza :(
-
▼
November
(16)
Labels-
- aku N ciptaan Allah (3)
- Ba Alif Ba Ya punye pasal (3)
- bowlinggg :) (3)
- Buka Puasa (1)
- BuLaN ReJaB (3)
- CeRiTa cAmBoDiA (3)
- Cerita Dalam Lagu (20)
- Eid Adha (4)
- Gempa Bumi Di Padang (4)
- gerhana matahari (2)
- InI LAH aKu (39)
- Jalan-Jalan (3)
- JoM mAkAn (6)
- keHIDUPan ini (6)
- kenanganku (20)
- KUCINGku (11)
- Lambaian Kaabah (6)
- layanzz jiwang (17)
- macam-macam (79)
- Maulidur Rasul 1430 (5)
- Merdeka :) (3)
- musim buah :) (1)
- Novel (14)
- oh..ibu.. :) (11)
- pengalamanku (20)
- pening KePaLa (6)
- Politik (11)
- Ramadhan (10)
- Relekskan Otak (13)
- rohani (53)
- Save Gaza (4)
- sejarah :) (2)
- senang hati :) (5)
- SiNeTrOn (2)
- Sya'ban (2)
- SyAwAl :) (12)
- tAhUn bArU (4)
- time JIWA kacau :( (12)
- untukmu TEMAN (35)
- Ust. K dalam kenangan :) (2)
- ZAMAN budak-BUDAK (4)
kAwAn - kAwAn akU
- Faizal Tehrani
- Blog jAlAn KitA BeRsAmA
- NuRuL IZzAh
- Blog Mengejar Cahaya
- Shaz RaTu cAnTiK OpIz aKu
- kAk jAy
- Ustaz Nadzri :)
- Orang Sabah
- kAk eFFa
- mAmI SuE
- KaWaN ChAt aKu
- LaRa mAyA
- IqBaL SaRaWaK
- ShAhAiMi
- BiG BrOtHeR KaT OpIs aKu
- UnTiE nANg
- BlOg jIwAnG
- BuDaK OpIs aKu
- AkU TaK TaU SiApA NiE TaPi bLoG DiA BeSt
- My fReNzZz :)