KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Ahad, Jun 27, 2010

hatiku DI harujuku

Dah lama tak post pasal novel2 nie coz kesibukan dengan tugas ngan perkara-perkara yang berlaku disekeliling skunk nie :) jadi kesempatan yang ader kali nie aku nak post cerita pasal novel terbaru yang dah aku khatamkan..novel nyer bertajuk HATIKU DI HARUJUKU :)

Masa memula jumpa kat library dulu memang minat sangat nak tahu apa yang dimaksudkan dengan HARUJUKU tu..coz mesti ader somethingkan?? rupa-rupa nyer HARUJUKU nama tempat kat Jepun :) al-maklumlah walaupun dah merata negara aku g tp Jepun nie tak sampai lagi.. :( keseluruhan jalan cerita nie berkisar di Jepun n Malaysia :)

Best gak novel nie.Karya Ramlee Awang Murshid setebal 576 m/s memang penuh dgn suspen..memang sesuai ngan tagline dia..Novelis Thriller No. 1 Malaysia :) tp sebab aku pakai post ajer novel nie so xleh nak tulis lebih2 :) hihihi.. :)

Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati, lahir dipenjara dan membesar di rumah kebajikan. Dia seorang yakuza yang digeruni. Malah, seorang samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat pada permainan itu adalah maut.

Sabrina tertarik mendengar kisah cinta yakuza~Ryu-Watanabe dan Noriko. Ia bagaikan sebuah mitos yang tidak pernah terungkai. Tersimpan menjadi sebuah rahsia yang tidak pernayh terbongkar. Terpengaruh dengan kisah itu, Sabrina bersetuju dengan pelawaan Murni untuk melancong ke Tokyo. Di Harujuku, mereka mencari Ryu-Watanabe.

Dan, bagikan kebetulan...saat inilah Ryu-Watanabe muncul. Benih cinta tumbuh subur walaupun ia bukan pandang pertama. Noriko cemburu dan berdendam. Akhirnya, cinta tiga segi itu menjadi percintaan berdarah. Tou Aii atau pedang cinta menjadi saksi pertumpahan darah itu berlaku. Cinta tidak selalunya indah. Ia kadangkala berkalang noda.

Hatiku di Harujuku adalah debaran mengasyikkan sentuhan Awang Murshid. Diwarnai cerita cinta yang menggugah hati. Pertarungan yang mencemaskan, suspens, konflik jenayah sebuah kisah keluarga menyayat hati. Sayonara-ungkapan yang tidak akan anda gemari!

"NaLuRi MeRuPaKaN SaTu SeNtUhAn JiWa YaNg aMaT IsTeMeWa. kAdAnGkAlA iA MeNgGeRaKKaN SeSuaTu yAnG TiDaK dIkEtAhUi"

Aii shite ru..

Hatiku Di Harujuku..biar betapa jauh hatiku sentiasa di sisimu..

Jumaat, Jun 25, 2010

Renungan Jumaat : KeMaAfAn

Kenapa sukar untuk kita menerima maaf yang dipinta kerana kesilapan adalah perkara lumrah dalam diri setiap insan.

Dalam bukunya yang tersohor, Bimbingan Mu’minin, Imam Ghazali menggariskan beberapa hak persaudaraan dan persahabatan, antaranya adalah ‘hak pengampunan’.

Beliau menganjurkan supaya keterlanjuran sahabat dalam hal agama boleh ditegur secara lemah-lembut.

Sekiranya nasihat itu tidak diendahkan, selepas berkali kali, maka menurut sesetengah pendapat ulama salaf, hendaklah kita memutuskan perhubungan dengannya.

Manakala ulama yang lain berpendapat, boleh diteruskan perhubungan dan rasa kasih sayang dengannya, tetapi harus membenci segala kelakuannya yang buruk itu.

Harga minimum sebuah persahabatan
ialah kita berbaik sangka dan nilai tertinggi persahabatan, mengutamakan sahabat lebih dari diri kita sendiri.

Bagaimana dengan keterlanjuran atau kekasaran sahabat terhadap diri kita pula? Imam Ghazali berpendapat, tiada keraguan lagi keutamaannya ialah sahabat tadi dimaafkan dan segala kesulitan dari sikap sahabat ditanggung sepenuhnya oleh kita.

Berat sungguh saranan itu tetapi dalam usia yang matang dan melalui perjalanan jauh membuatkan saya tertanya mengenai panduan berharga ulama ini.

Tidak mungkinkah di sana ada insan yang akan mengambil kesempatan terhadap sifat pemurah kita mudah memberikan kemaafan itu? Sehingga kita sentiasa dipandang remeh dan perasaan kita tidak pernah diambil kira.

Seorang pakar motivasi pernah berkata,
Untuk maju ke hadapan, kenal pasti peristiwa lama yang mencengkam diri kita. Sukar untuk memaafkan akan menimbulkan dendam. Dendam inilah akan mencengkam diri kita.

Kata beliau lagi, untuk melepaskan diri diri dari cengkaman perasaan ini kita boleh lakukan tiga perkara secara berperingkat iaitu terima kenyataan perkara yang berlaku sebagai takdir, maafkan orang yang melakukannya dan lupakan kisah itu.

Ketiga saranan ini berat untuk dilaksanakan kerana ia berkaitan dengan hati yang perlu dibelai untuk memaafkan.

Dalam masa sama, kita letakkan diri kita sebagai orang yang memandang remah terhadap perasaan orang lain. Kita boleh merubah paradigma mengenai hal kemaafan ini.

Sekiranya secara secara sedar atau tidak kita telah bersikap sedemikian iaitu menganggap kesilapan terhadap sahabat kita boleh dimaafkan dengan mudah dan dilupakan dengan sebegitu mudah, maka kita perlu berfikir semula.

Elakkan melukakan hati orang orang lain seperti kita tidak mahu dilukai

# Penulis pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, boleh dihubungi melalui emel wanitajim@jim.org.my.

JAUH perjalanan LUAS permandangan..tu la yang boleh aku perkatakan..lagi jauh kaki nie melangkah makin banyak benda yang aku dapat tengok..makin banyak pengalaman yang dapat aku kutip..makin luas aku rasa dunia nie..lepas kursus Coaching n Mentoring semalam..tetiba Ust. Nadzri ajak aku ke Petaling Jaya dia cakap nak kena baca doa untuk majlis pembukaan rasmi Kedai Mesra Petronas kawan dia..memandangkan kat opis pun tak banyak kije aku pun "on" ajer la :)
nIe la Kedai Mesra Petronas yang aku cakap tu..sekarang Petronas buat kedai sahaja tanpa stesen minyak tu..dia buat ala-ala 7E ngan KK yang dah melambak kat Malaysia nie..untuk pengetahuan korang nie Kedai Mesra Petronas yang ke7 yang dibuka di Malaysia nie :)

nie lak masa majlis perasmian tu..aku memang "Seeeluuutttt" kat bos-bos Petronas nie coz kalau korang nak tahu masa majlis perasmian nie ramai bos-bos besar dia datang..sepanjang hampir 3 jam kat sini macam-macam yang aku tengok bos-bos Petronas nie buat..susun kerusi atas jalan nak cop parking, susan barang-barang dalam kedai nie, ambil besi penutup pintu simpan belakang kedai ngan macam-macam lagi la yang diaorang buat..aku rasa memang chow-chow punyer Petronas dah train diaorang nie coz dah pegang jawatan besar pun masih sanggup buat kerja nie..kalau orang lain rasa nyer tak buat kerja-kerja macam nie :( tu belum masuk bab-bab berborak..bagi ajer topik n masalah..lain yang kita fikir lain pula pandangan diorang memang mavlezzzz :) pemikiran luar kotak :)

nie permandangan dalam kedai masa perasmian tu..memang happening..aku tengok owner dia punyer la seronok..masa bagi ucapan dia terharu sampai nak menangis..wat ever pung kat owner kdai nie aku dokan semoga berjaya n gud luck :)

Rabu, Jun 23, 2010

kAwAn-kAwAn Ku (>_@)



nie lak pasal kawan-kawan aku..sajer gak nak post cerita pasal diaorang coz kat opiz nie diorang la yang selalu menyerikan kehidupan aku kat opis nie..dulu masa memula kije kat sini diaorang yang banyak memberi tunjuk ajar kat aku..tapi bile kije dah bertambah & kawan-kawan kat opis pun dah bertambah kadang-kadang terpaksa tinggalkan kawan-kawan aku nie..sampai Kak Chik pernah cakap "mentang-mentang dah ader kawan baru dah jarang berborak ngan dia" sedih gak kan? :( tapi percayalah Aisyah, Kak Farah, Kak Zaini, Ust. Nazri korang tetap KaWaN, tEmAn dan SaHaBaT yang terbaik :)

dari kiri..KaK ChIk, KaK FaRaH, AiSyAh, kAk zAiNi, uSt. NaZrI

Isnin, Jun 21, 2010

KeReNgGa :)

Kali nie nak cerita pasal KERENGGA lak..semua nie masa aku nak ke Dewan Tun Razak tempat aku nak kena berkumpul untuk senamam pagi..masa ondaway nak masuk dewan tu aku tengok ader sekawan kerengga berkumpul kat atas simen kat dwan tu..memandangkan dah lama aku tak tengok kerengga nie so timbul lak minat nak post cerita pasal kerengga dalam blog aku nie.. :)

Sebenarnya aku pun bukan suka sangat pun kat kerengga nie..korang mesti pernah gigit dengan kerengga kan nak-nak kat pokok api-api atau pun pokok jambu mesti makhluk ALLAH nie selalu berkampung..kalau kene gigit..punya lah sakit :(

Nie lak sikit info pasal kerengga tu... Kerengga, nama saintifik Ocoephylla smaradgina, dalam Bahasa Inggeris "weaver ants, tergolong dalam Kelas Insekta, Order Hymenoptera, Famili Formicidae, adalah sejenis semut yang berkoloni. Sesuatu koloni terdiri dari Ratu, raja, pekerja (askar), anak (larva) dan kepompong.

Saiz fon
Kerengga biasanya akan membina sarangnya yang diperbuat daripada daun-daun yang dilekat bersama. Sarang ini biasanya terletak tinggi dari tanah dan kerengga ini akan mempertahankan keseluruhan pokok tersebut daripada penceroboh, termasuk manusia yang cuba memanjat pokok tersebut. Ia akan menyerang secara beramai-ramai dan akan menggigit dengan kuat dan tidak akan mudah melepaskan gigitannya walaupun dibunuh.

Selasa, Jun 15, 2010

jOm mAkAn :)

Dah lama tak post pasal kua makan nie..cam ane la nak post coz dah duk opis baru nie masing2 makan sendiri..dulu ader pentry leh la together nie pentry pun xder :( kalau bli mkn pun mkn kat partition masing masing :( so ader kesempatan kua mkn ngan kawan kawan tu yg snap pic-pic kat bawah nie..sedap gak makan kat restoran baru kat mOhd Chan aBDULLAH kat bangi tu..mknan ala-ala chinese style :) dah duk mkn nie mcm cerita yg kua :) iya la dah lama tak borak2 :( so korang tengok ajer la pic-pic kat bawah nie ek :)


nie aku..makan nasi goreng seafood..tgok udang ngan sotong dia tu..memang sedap :)



nie Norm's..dia mkn nasi goreng aper ntah nama dia coz nama nasi goreng nie nama cina xtau aku nak sebut nyer :) tp sedap gak :)


yang nie Kak Sifa'..kalau xder pompuan nie xhappening la opis aku.. dia makan nasi goreng ayam..mmg sedap nasi dia coz dia masak guna tomato ngan cili memang terasa nasi goreng ayam nie :)



yang nie dhim sum..korang pernah makan x? sedap ader perasa telur masin ader perasa sayur..sedap :)


kalau xsedap xla licin cam nie kan?


nie satu lagi yang tinggal piring ngan chop stick ajer yang laen dah abis kami bedal :)

Dunia nie memang best..menyebabkan aku lalai dan aku makin leka di buai dengan nikmat dunia nie..andai di undurkan masa pun belum tentu aku akan ubah cara hidup ku ini..Aku makin seronok dengan hidup yang aku lalui ini..andai ini sekadar ujian sememangnya aku tak mampu untuk menyangkal nyer tapi akn akan terus hanyut dengan dunia nie :(

Ya ALLAH kau pimpin la hamba mu nie ke jalan yang kau redhai Ya ALLAH..aku tahu aku hamba yang lemah..aku hamba yang tidak sempurna disisimu.. tapi apa yang engkau bagi kepada hamba-hamba mu di dunia ini terlalu mewah..buat aku lalai aku leka dan terpersona dengan nikmat dunia nie :( terlalu banyak kemewahan dunia nie yang tak mampu untuk aku tepis Ya ALLAH..berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini dan jadikan lah aku sebagai hamba mu yang taat disisimu :)

Isnin, Jun 14, 2010

SELAMAT DATANG BULAN REJAB

Bulan Rejab adalah termasuk di dalam salah satu bulan-bulan Islam yang dianggap suci oleh umat Islam. Firman Allah s.w.t.

Maksudnya ;Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Empat bulan yang dihormati sebagaimana disebutkan di dalam ayat tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Inilah yang telah disepakati oleh para mufassirin. Penghormatan terhadap bulan Rejab adalah bersempena penghormatan yang telah diberikan kepadanya semenjak zaman jahiliah lagi dimana mereka mengharamkan peperangan di dalam bulan tersebut. Inilah suatu pengiktirafan oleh Allah s.w.t. terhadap bulan Rejab di samping bulan-bulan haram yang lain.

Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa peristiwa penting telah berlaku di dalam bulan Rejab, di antaranya ialah ;

Pertama : Peristiwa isra’ Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut pendapat sebahagian besar ulama’ Islam. Ia adalah peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. telah dijalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis dan kemudiannya diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Di sinilah bermulanya kefardhuan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.

Kedua : Peristiwa hijrah yang pertama ke negeri Habsyah oleh beberapa orang sahabat Rasululullah s.a.w. termasuk termasuk saidina Usman bin Affan r.a. dan isterinya Ruqaiyah binti Rasulullah s.a.w. Penghijrahan ini bertujuan menyelamatkan akidah di samping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.

Ketiga : Peristiwa perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan Hijrah. Ia adalah peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri untuk menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya ke semenanjung Tanah Arab ketika itu. Walaubagaimanapun akhirnya tentera Rom membatalkan hasrat mereka kerana merasa gentar dan takut dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam.

Selain daripada itu, terdapat juga peristiwa penting lain yang berlaku di dalam bulan yang mulia ini seperti penaklukan semula kota Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi dari kekuasaan tentera Salib pada 27 Rejab 583 hijrah. Imam As-Syafie yang menjadi ikutan mazhab umat Islam di tanahair kita juga dilahirkan di dalam bulan Rejab tahun 150 hijrah bersamaan 767 masehi.

Sesetengah umat Islam akan berpuasa sunat di dalam bulan Rejab. Sesetengahnya pula akan pergi menunaikan umrah kerana menganggap umrah yang mereka lakukan di dalam bulan ini ada fadhilatnya yang khusus. Tidak kurang juga terdapat umat Islam yang berusaha memperbanyakkan sedekah pada bulan ini dengan beranggapan mereka akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain.

Hakikat ganjaran yang disediakan oleh Allah s.w.t. kepada orang yang beramal soleh hanya Dia sahaja yang maha mengetahuinya. Oleh kerana itu, sudah sewajarnyalah di dalam bulan Rejab ini dan juga bulan-bulan yang lain diisi dengan perkara-perkara yang dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t. dan mendapat keredhaannya.

Sesungguhnya terdapat banyak hadis-hadis Nabi dan ayat-ayat Al-Quran yang memberikan galakan kepada umat Islam untuk melakukan sesuatu amal ibadat tanpa mengira di dalam bulan mana mereka melaksanakannya. Oleh kerana itu, bersempena datangnya bulan Rejab ini banyak amalan sunat yang boleh dilaksanakan sepertimana juga di dalam bulan-bulan yang lain, di antaranya ;

1. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau berpuasa sebahagian daripada bulan Rejab. Amalan berpuasa sunat adalah merupakan suatu galakan daripada Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w. sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadis qudsi riwayat Imam Bukhari ;

Sabda Rasulullah s.a.w.
“ Allah s.w.t. telah berfirman bahawa puasa itu adalah untukNya maka Allah lah yang akan membalasnya.”

Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab. Said menjawab:

“Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)


2. Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Hakim bin Hazam ;

“ Tangan yang di atas ( pemberi ) lebih baik dari tangan yang di bawah ( penerima )”

3. Memperbanyakkan zikrullah dengan cara berwirid, bertahmid, bertasbih dan sebagainya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“ Hanya dengan mengingati Allah akan menjadi tenang dan tenteram hati manusia.”

Demikianlah sebahagian amalan-amalan sunat yang amat digalakkan kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Amalan-amalan ini, sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan sudah pasti akan dapat melahirkan insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ini, sekaligus dapat mengelakkan mereka daripada terjerumus kedalam perkara-perkara maksiat dan masalah-masalah sosial yang lain.

dirompak dari.. intanhijau.blogspot.com :)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
- Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
- Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan
- Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati
- Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
- Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
- Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
- Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
- Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir
- Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahu'alam.

Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan. Wassalam. :)

Khamis, Jun 10, 2010

Sejarah Rachel Corrie


Rachel Aliene Corrie, remaja rakyat Amerika, menghembuskan nafas terakhir pada ketika hayatnya masih lagi muda, hanya mencecah 23 tahun.

Walaupun ia tidak se gah mereka yang menunut menganut Islam tulen, gadis Kristian, warga Amerika ini banyak mengajar apa itu sebenarnya airmata, apa itu perjuangan, apa itu nilai nyawa, apa itu perikemanusiaan sejagat tanpa mengenal warna kulit, kepercayaan dan anutan.

Namanya diabadikan di kapal yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza......Rachel Corrie

Beliau meninggalkan dunia di bumi Gaza dalam keadaan diluar batas perikemanusiaan. Amat menyayat hati untuk diceritakan.

Beliau adalah ahli kepada International Soliarity Movement yang turut berjuang menegakkan kedaulatan Palestin, turut berjuang pembebasan rakyat Palestin di bumi Gaza.

Ketika Tentera Pertahanan Israil sedang menyodok, meranduk, merempuh perumahan penduduk Gaza dengan jentolak, remaja yang bernama Racel Aliene Corrie ini melutut di hadapan perumahan warga Palestin, bertindak sebagai perisai manusia agar ada secebis perasaan kemanusiaan di hati Yahudi berhenti daripada kerja gila daripada bangsa yang paling angkuh di dunia.

Namun Yahudi itu telah melayang segala perasaan belas kasihan, jiwa Yahudi telah lama hilang perasaan itu, bangsa Yahudi yang sentiasa hauskan darah Palestin......siapa yang membela Palestin semuanya menjadi musuhnya.....gadis Amerika itu disodok, diranduk, dirempuh dan diseret sehingga menyembah ke bumi Gaza.

Ini hanyalah secebis catatan, berapa banyak lagi jiwa para Syuhada yang pulang menemui Penciptanya dalam keadaan harum mewangi, walaupun mata kasar melihat ramai yang terburai, terbarai perut, ramai yang tersembur otak, ramai yang terpelanting biji mata, tangan dan kaki hancur luluh, badan berkecai, rambut berselerak.

Nah, apakah tiada lagi secebis perasaan kasihan, sekelumit perasaan belas di sudut hati mu wahai mereka yang masih menyanjung, bersekongkol dengan Yahudi......wahai mereka yang masih melekat dengan pangkat, mereka yang masih lapar membesarkan tembolok masing-masing.....marilah kita sama-sama insaf.....marilah kita kembali kepada segala Ajaran dan SyariatNya.....marilah kita kembali kepada keadilan Islam, keadilan sejagat!!!

Rabu, Jun 09, 2010

Cakna Kita

Ketepikan perbezaan ideologi politik, masyarakat pelbagai lapisan, kaum dan agama harus berkumpul untuk mengutuk keras Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza kelmarin. Jika itu yang paling kecil yang boleh kita lakukan untuk mengecam tindakan zalim rejim Yahudi secara bersama; maka itulah yang harus kita lakukan.

Di Sweeden
Di Turki
Di Norwich
Di Norway
Di Belfast

DAN KITA DI MALAYSIA
.
.
.
.

Bukan lagi kecaman, bukan masa nya untuk bermesyuarat jauh sekali hanya melahirkan kekesalan. Semuanya itu langsung tidak menganggu nyenyak tidur Israel. Apa yang dimahukan kini ialah TINDAKAN !!! TINDAKAN!!!. 16 nyawa bukan sedikit. Kematian mungkin telah bertambah jika dikira bilangan yang cedera.

Konvoi ini bukan konvoi tentera. Ia konvoi damai. Ia bukan membawa alatan senjata. Ia konvoi menyambung nyawa manusia. Jangan diharap pada Amerika! jangan diharap pada PBB. Umat Islam mesti mengembelingkan tenaga membina kegerunan Yahudi yang bermaharajalela dan membabi buta!

Umat Islam telah jemu mendengar kekesalan dari mulut pemimpin mereka. Telinga ini sudah tidak mampu menndengar kesedihan disebalik wajah hipokrit dan dayus! Mereka yang ditahan mesti dibebaskan. Dengan apa cara sekalipun. Mereka yang dibunuh mesti dituntut bela.!

Masih terlintas ingatan apabila rombongan Rasulullah cuba ditahan dalam perjalanan untu umrah. Rombongan Rasulullah ialah rombongan damai. Tiada senjata atau tujuan membuat serangan selain ibadah kepada Allah. Namun apabila berita Saidina Usman dibunuh, para sahabat lantas berbaiah menuntut bela. Namun akhirnya kuffar itu mengalah setelah mendengar semangat dan daya juang para sahabat.

Sedikit persamaan boleh difahami dari kisah rasulullah, ia tak serupa...hakikat pengajarannya tetap besar nilainya..iaitu merapatkan ukhwah dan bersama-sama berganding bahu megambil tindakan menyekat kezaliman ini dari terus bermaharajalela!!!

FREE GAZA!!! SAVE GAZA!!!

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)