KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Jumaat, Julai 30, 2010

GOtoNG roYOng

post kali nie nak cite pasal gotong royong lak :) ... disebabkan byk sangat bahan-bahan yang bercetak kat opizzz aku nie..maka nyer bos suruh clearkan n tempatkan pada satu bahagian.. sebab bahagian aku yang banyak buku-buku nie maka nyer group aku lah yang paling banyak kena kemas :( disebabkan aku merupakan salah seorang AJK menyusun atur dukumen latihan di stor berpusat maka nyer aku just manage ajer la kerja-kerja nie :)

Korang tengok la ek betapa bersemangat diaorang kat bawah nie buat kerja :)

yang nie kak za & kak chik..nie nak posing2 ker nak wat kije??

PN. wANI..iZZAH..cIK Mashitah..bos2 pun turun padang.. baru la btul jadi bos macam nie :)

Kak Za lagi..tgok tu bersemangat menyorong kerusi :)

Yang nie lak..hero2 kat opizz aku..Ust. Nazrin, Nazli & Amir..yang nie bersemangat nak bergambar ajer..kije nyer entah ape2 la :(


yang nie pun sama gak..gedikzzz group kat opiz aku..tgok pantang nampak kamera.. berposing ajer kerja nyer :)

nie la kawasan pengdokumentasian berpusat tu :)

nak susun buku pun kn wat meeting gak :) coz senag nak cari buku-buku tu semula :)

1..2..3..sennnyuummmm :)

nie pun sama gak..1..2..3.. senyummm :)

Khamis, Julai 29, 2010

Amanah Saham :)

memang tersentuh dgn Halaqah : Sentuhan Qalbu hari selasa aritu..tajuk nyer simple ajer.. amanah saham.. tapi pengisian nyer amat mendalam.. kalau sekali baca kita beranggapan amanah saham dalam bentuk pelaburan yang selalu kita dengar dan yang kita telah sedia maklum iaitu Sham Amanah Didik la..Amanah Saham Bumiputera la.. Amanah Saham Wawasan la.. N macam-macam amanah saham yang lain..

Tapi sebenar nyer Amanah Saham yang dikupas adalah ANAK dijadikan saham nyer..yang mana ALLAH memberi AMANAH kepada ibu bapa untuk membuat pelaburan kepada anak itu dengan didikan yang diberi dengan tunjuk ajar yang diberi dengan bimbingan yang diberi dengan ilmu pengetahuan yang diberi.. untuk menjadikan anak yang berguna anak yang berjaya anak yang mampu mengembirakan kedua ibu bapa nyer...

Andai kita gagal mengurus niagakan saham yang ALLAH berikan tersebut mungkin nak tersebut membawa kemudaratan kepada ibu bapa nyer mungkin membawa kecelakaan kepada ibu baca nyer mungkin tidak mampu mendatangkan sebarang manfaat sepanjang hidup nyer..

Seperti kata Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah dalam Halaqah tu..
"Bara Walaupun Panas..Gemgamlah Hingga Lebur Jangan Anak Yang Tersungkur"

Selasa, Julai 27, 2010

Pengertian nisfu Syaaban


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Jumaat, Julai 23, 2010

LayAnZzZz AjEr lAaA :)

masa aku outing kat Seri Malaysia Johor Bahru aritu aku alami keadaan yang sangat best..terubat la jugak keadaan blurrr aku nie.. korang nak tau aper yg berlaku??? kat hotel yg aku menginap tu ader majlis perkahwinan :) .. memang happening la suasa kat luar lobby hotel tu pastu aku keluar coz ramai sgt orang nak bernafas pun susah :( last-last turun tangga hotel tu aku jumper mamat kat bawah nie...

\/

\/

\/

korang tengok la gaya dia..mesti driver pengantin punyer..aku pun tanyer la kat mamat nie..dia bagi tau memang dia driver pengantin.. kalau dah driver smart macam nie mesti kete yang di bawak besar N mewah kan?? aku pun tanyer la kete aper yang di bawak.. dia tunjukan kete yang kat bawah nie..memang mengamcam giler..driver dah smart masjlis happening giler wat kat hotel lagi..memang wajar pakai kete kat bawah nie :)
.
.
.
.
.
.
.
nie bahagian depan kete tu (="."=) hihihi


nie lak dari belakang :) hihihi.. :)

MEMANG MENARIK TERTARIK KO MEMANG DA BOMB LA :)

Khamis, Julai 22, 2010

bluuurrrrrrrrrr :(

pening memang pening..aku pun tak tahu kenapa..walaupun kehidupan aku makin hari makin mengembirakan dengan ape yang aku lalui tapi bile sampai kat opizzz nie aku jadi blurrr.. mungkin byk sgt kije @ saje menyerabutkan otak dengan kije-kije yang entah aper2 ntah :( tapi keadaan skunk wat aku bluuurrr ajer.. nak wat cam ane ek???

entah aper yang aku renungkan aku pun tak tahu.. (="."=)

Isnin, Julai 12, 2010

JoM JiGsAw PuZzLe :)

Selalu post ajak g makan ajer kan??? kali nie nak ajak korang maen JiGsAw PuZzLe lak.. :) dah lama gak xmaen benda alah nie..memang pening kepala nak siapkan 1000 pcs puzzle nie nak dijadikan satu gambar lengkap.. tapi best memerahkan otak untuk wat kerja yang merapu nie.. :)

Tengok..punyer la khusyuk duk layan puzzle tu semata-mata nak siapkan benda alah nie..sampai orang tangkap gambar pun tak pandang..

Nie la makhluk-makhluk yang berjaya memerangkap aku melayan jigsaw puzzle nie coz memula masuk library nak pinjam buku tapi bukak pintu ajer aku tengok Muzaffar, Zakaria nagan Alam tengah layan wat puzzle nie..so aku pun join sekaki la.. :)
Akhirnya tak siap jugak nak buat jigsaw puzzle nie..al-maklumlah dah hampir 4 jam berkampung kat library nie namun hasil nyer apa yang korang tengok dalam pic-pic kat atas :(.. xper ader masa..ader ruang..ader kesempatan..InsyaALLAH aku akan cube lagi menyiapkan JiGsAw pUZzLe nie :) terpaksa tinggalkan benda nie coz ader kerja yang lagi penting untuk dibereskan :)

Sabtu, Julai 10, 2010

Peristiwa Israk Mikraj


Hari Sabtu ini, 10 Julai 2010M bersamaaan dengan 27 Rejab, 1431H adalah tarikh satu tarikh penting dalam sejarah Islam di mana umat Islam akan memperingati satu peristiwa agung iaitu Israk Mikraj.

Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cubaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.

Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Peristiwa Israk Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Namun, saya begitu tertarik dengan 2 pengajaran penting daripadanya iaitu

1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.

Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.

Bayangkanlah jikalau perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi 7 langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah jugakah kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya, akan mengukuhkan keimanan kita dan memperkuatkan rasa takjub kepada kekuasaan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk Nya. Peristiwa Israk Mikraj mengajar untuk percaya kepada perkara ghaib dan percaya kepada Al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan dan penyelesai kepada masalah hidup manusia.

WaSsAlAm (^_^)

Jumaat, Julai 09, 2010

eRTI sEBUAH pERSAHABATAN :)

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memer
lukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?


Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang ma
nusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)