KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Jumaat, Disember 24, 2010

Nasihat @ Sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

KAU SAHABATKU.. KAU TEMAN SEJATI :)

Khamis, Disember 23, 2010

SuKaNeKa @ mPs

Tengok banner kat atas nie pun mesti korang dah tau kan??? sempena ulang tahun ke-5 Majlis Perbandaran Sepang telah diadakan Karnival Antara JPP Zon & Sukaneka antara pusat-pusat latihan yang berada di bawah pengurusan MPS nie.. Jadi nyer sb mmg aku suke ngan benda2 mcm nie so aku join la walaupun sakit xcident aritu xbaik lg :) Kalau xsalah aku ader 15 pasukan yg masuk nie termasuklah POS Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat ngan banyak lagi la.. mmg best masuk sukaneka nie.. walaupun macam kanak-kanak rebina tp semangat kesukanan nyer tinggi sbb tu semua pasukan wat betul2 supaya menang :)

nie sebahagian anggota pasukan dari opiz aku.. dapat t-shirt warna ijau muda @ AkASiA :)

yang nie sebelum sukaneka start..macam biasa wajib kena senaman dulu.. siap ader poco-poco lagi :)

nie lak..antara sukaneka yang dipertandingkan.. Bawa Bola Dalam Sudu, Lumba Lari Dalam Guni, Terompah Gegasi, Jalan Atas Batu Bata, ngan Tarik Tali.. semua aku masuk kecuali Terompah Gergasi aku xmasuk coz sakit kaki :(


Ahad, Disember 12, 2010

kenanganku (Part 19) : @ kOtA BeLaNdA


AmIr, Us. sYaH, iZzAh, YoN, KaK InA, kAk Za, & AkU

mmmm.. dah lama x cerita pasal kenangan nie sebab sejak dua menjak nie banyak sangat tempat yang aku g sampai tak tahu nak cerita yang mana satu.. :) so rase nyer baik aku cerita pasal trip kije ke Pulau Pangkor last week :) nie la kali pertama aku menjejakan kaki ke Pulau Pangkor nie.. so dah kali pertama datang jadi nyer kena la merayap satu pulau nie.. hasil nyer aper yag korang tengok kat bawah nie :)


nie kat Kota Belanda best gak g sini tgok tinggalan sejarah mcm kat Padang Kota Lama kat Penang tu..

nie pun sama kat Kota Belanda.. kat Pulau Pangkor nie xbanyak tempat yg boleh dilawati coz kawasan nyer kecil ajer..dari sempadan ke sempadan lebih kurang 17 kilometer ajer :) pantai nyer pun dari 5 bintang leh bagi 2 bintang ajer :(

nie kat Tokong Cina..entah ape nama nyer aku dah lupa best gak datang sinie.. ader taman mini.. pastu kat taman mini nie ader tasik..kat tasik nie la ader 3 ekor ikan Arapimas.. besar ikan tu lebih kurang besar orang dewasa..memang besar giler coz masa ikan nie berkocak leh terasa gegar kawasan jambatan yang kita berdiri tu :)

dah sampai tempat orang kan maka nyer kn la tangkap2 gambar kenangan :) peace :)

Sabtu, Disember 11, 2010

Jambatan Kapal

NIE lagi pengalaman baru dalam hidup aku :) macam yang aku biasa cakap makin jauh kaki nie melangkah makin banyak ragam dan karenah dunia yang aku dapat tengok :) macam benda yang kat bawah nie jugak.. walaupun namapak macam biasa tapi bagi aku tetap ader nilai nyer coz tak pernah lagi rasai pengalaman nie.. nie semua aku dapat masa wat inspektorat kat sarawak aritu :)

( 1 )
dari Miri nak ke Kampung Long Bedian nie kalau ikut jalan darat mesti kn lintas sungai nie.. memandangkan kat sungai nie xder jambatan jadi nyer jalan perhubungan nyer kn guna kapal :) nie yang bernilai nyer coz kat semenanjung xder permandangan seperti nie :) lagi2 aku yang duk kat bandar memang xpernah tengok situasi macam nie :(
( 2 )
so kapal nie akan angkut semua nyer baik manusia, kenderaan, binatang atau aper ajer la yang nak melintas sungai nie.. tapi kena bayar la.. kalau xsalah aku satu 4X4 tu RM 15.. mahal gak kan???

( 3 )
kalau ader ajer yang nak melintas kapal nie akan berjalan xkisah la walaupun sorang atau satu kereta ajer :) so perjalanan kt xkan tergendala :)

( 4 )
nie dah sampai ke tebing semula :)
MeMaNg bEsT tRaVeLLiNg nIe..
JaUh pErJaLaNaN LuAs mAtA MeMaNdAnG :)

Isnin, Disember 06, 2010

Salam 1432 Hijriah

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak. Maka marilah kita bersama-sama berdoa agar di Tahun Baru Islam ini kita terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang makin mencabar ini :)

Doa Akhir Tahun.. di baca 3 kali di akhir Waktu Asar sebelum masuk Waktu Maghrib


Doa Awal Tahun.. di baca sebanyak 3 kali selepas Maghrib

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)