KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Isnin, Januari 31, 2011

Gomo Klate Gomo (="."=)

walaupun dah terlewat tapi nak post gak cite pasal Piala Summbangsih @ Piala Sultan Ahmad Shah yang menjadi taruhan di Stadium Shah Alam pada 29 Januari aritu yang melibatkan perlawanan antara Selangor vs Kelantan. Perlawanan Piala Sumbangsih itu, sebagai pembuka tirai Liga Malaysia musim ini, melibatkan Selangor, selaku penyandang juara Liga Super 2010 dan Kelantan sebagai juara Piala Malaysia Musin 2010

sebab kalah kita boh la dulu pic penyokong2 The Red Giant yang datang memberikan sokongan kat stadium Shah Alam aritu :)

nie lak penyokong2 The Red Warriors.. penyokong kedua-dua pihak agak seimbang :) walaupun buat kat Stadium Shah Alam tp penyokong Selangor xramai yang datang :(

nie candid masa permainan sedang berlangsung :)

nie kedudukan pada minit ke 8.. Kelantan mendahului hasil jaringan sepakan penalti yang di sempurnakan oleh Norshahrul Idlan Talaha

nie lak keputusan penuh Piala Sumbangsih 2011 Kelantan Menang ke atas Selangor 2-0 .. jaringan kedua Kelantan hasil dari sepakan percuma yang dilakukan oleh Mohd Badhri Mohd. Radzi pada minit ke 84.

TaHnIaH KeLaNtAn yNg mEnJuAraI BuAt kaLi PeRtaMa pIaLa sUmBaNgSIh

Jumaat, Januari 28, 2011

Renungan Jumaat : Kisah Itik & Kura-Kura

Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.

Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.

"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "


"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.

"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.


"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.


"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.


Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.


"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik.

"
Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.

Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.
"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.

Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.

'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.

Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian
.


Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan


Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa.

Khamis, Januari 13, 2011

KemBaLi tErJaLiN

sajer nak post lagu nie coz dalam seminggu dua nie banyak kali aku dengar lagu Slam.. Kembali Terjalin nie :) best gak lirik lagu dia tapi tak berkaitan pun dengan perjalanan hidup aku.. coz hidup skunk nie dah sgt best di kelilingi oleh orang-orang yang best :)


Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika
Namun didalam hati dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata didalam genggaman tidak kusedari
Kaca yang bersadur keemasan terus kucari

Tertutup pintu hati, minda tak berfungsi diketika itu
Tak tahu menilai mana yang tulin mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian



A
ndainya disitu ada ruang
Bolehkah kiranya kumenumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diri ini yang dulu melukakan

Berilah aku kesempatan
Kubuktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita (demi suatu masa)

Kupohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci

Rabu, Januari 12, 2011

Haji Azri dalam kenangan

Adat dunia setiap yang BeRtEmU pAsTi aKaN BeRpIsAh.. setiap yang BeRmULa PaStI AKaN BeRaKhIr.. nie jugaklah perjalanan kerjaya ayahanda tercinta kat opizz aku nie.. Tuan Haji Azri b. Hashim.. setelah menaburkan khidmat bakti selama 56 tahun dalam sektor awam nie maka pada 29 Disember 2010 aritu sampailah ke noktah nya.. coz pada tarikh tu Haji Azri pencen wajib.. rrrrrrrrr hilang lagi kawan merangkap ayah yang sangat rapat ngan aku kat opizz nie.. sedih gak coz sorang demi sorang kawan kat opizz nie ilang depan mata :(

nie memula Haji sampai.. tengoklah berpeluk2 bagai coz sebelum pencen nie Haji Azri dah bercuti..kalau xsalah aku 2 minggu so rindu dibuat nyer :)

nie kawan2 kat opizz yang bertungkus lumus menyiapkan makanan untuk jamuan nie.. Haji Azri la yang banyak pelopor benda-benda nie.. gotong royong, masak-masak, jamuan itu jamuan ini semua idea yang Haji Azri mulakan dulu samapailah skunk.. ader event ajer xpayah nak order2 sume ktorang masak sendiri :) so Haji Azri dah xder nie rasa lain mcm ajer :(

tgok nie.. sebab Haji Azri nie permata yang sangat beharga banyak gak hadiah yang dia dapat.. sebagai KeNaNgAn tErInDaH sepanjang terjalinya ukhwah nie :)

nie antara makanan nyer la.. walaupun xseberapa tapi nie lah hasil kerja tangan kawan-kawan kat opizz nie..
.
.
.
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Nie satu lagi catatan yang dapat aku ceritan sepanjang berada di Cambodia aritu..salah satu nyer melawat ke Muzium Tual Sleng tempat yang dijadikan penjara yang tersimpan 1001 kekejaman yang dilakukan oleh rejim Pol Pot.

Nak masuk sini dikenakan bayaran USD2 atau 16,000 Riel tapi duit Cambodia lah. Seronok dapat melihat tinggalan sejarah Rejim Khmer Rouge.. tp sedih kerana tindakan yang amat kejam terhadap rakyat jelatanya..

Inilah dia Muzium Tuol Sleng atau dikenali sebagai S-21, bekas sekolah tinggi sebanyak 3 tingkat ini ditukar fungsi sepenuhnya oleh pemimpin rejim Khmer Rouge @ Pol Pot ketika berkuasa dari 1975 hingga 1979 menjadi pusat penyeksaan.

Menjenguk sendiri bilik seksaan dan peraturan yang tertera untuk dipatuhi banduan yang menyebabkan benar-benar faham mengapa sehingga kini rakyat Kemboja masih tidak mampu memaafkan pegawai rejim Khmer Rouge. Sebab bile berbual dengan masyarakat di Kemboja nie rata-rata penduduk nya amat membenci rejim zalim nie.

(gambar mangsa kekejaman dan juga orang ramai yang dipaksa menjadi tentera kerahan)

Pol Pot tidak mengenal mangsa.. baik lelaki, wanita, orang tua dan kanak-kanak malah antaranya masih bayi semuanya menjadi habuan kerakusan rejim nie. Mangsa Pol Pot selalunya di kalangan golongan berpendidikan tinggi dan memiliki tapak tangan halus sebagai tanda tidak pernah melakukan kerja kasar.

1 - Gambar-gambar mangsa yang menjadi mangsa kekejaman Pol Pot.
2- Kawasan seluas 2.5 hektar menjadi kubur kepada kira-kira 11,000 mayat. Mengikut apa yang ditulis.. kawasan ini merupakan kawasan tanaman sawah padi.
3 - Gambar mangsa kekejaman dan orang awam yang dipaksa menjadi tentera paksa.

Katil yang digunakan untuk mengikat mangsa sebelum diseksa sehingga mati manakala
Gari digunakan untuk mengari mangsa untuk diseksa

1 - 14 kubur yang dikatakan mangsa terakhir daripada kira-kira 17,000 banduan.
2 - Tempayan yang diisi dengan air najis dan kepala mangsa direndan didalam tempayan ini.

Mereka diseksa dengan pelbagai cara termasuk dengan cara merejam kepala mangsa ke dalam tong drum sehingga mati.

selain itu mangsa juga diseksa dengan cara mengari kaki dan tanggan mangsa diatas tempat khas seperti didalam gambar kemudian disiram dengan air sehingga lemas

mangsa juga direndam seperti gambar diatas sehingga mati

Bukti kekejaman Khmer Rouge di Muzium Pembunuhan Beramai-ramai Tuol Sleng

Sabtu, Januari 01, 2011

sElAmAt TaHuN bArU 2011

Alhamdulillah.. kitaran 365 hari tahun 2010 telah selamat kita jalani.. pelbagai ragam, sepak terajang dan pahit manis 2010 telah kita lalui dan kita akan tinggalkan sedikit demi sedikit.. pasti benda yang kita tinggalkan tersebut akan kita ingati kerana ianya tidak dapat untuk kita ulangi semula :)

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita tekadkan azam utuk meneruskan hari-hari yang mendatang yang kita tidak tahu selok belok dan lekak lekok nya.. mudah-mudahan ALLAH memberkati perjalanan hidup ini..

Selamat berlalu tahun 2010... Selamat datang tahun 2011...

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)