KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Khamis, Mac 24, 2011

KaNdId2 PeRaSmIaN TaSkA

Tarikh : 24 Mac 2011
Tempat : Tabika / Taska Permata KEMAS INFRA


post kali nie saje sesuka coz byk gambar-gambar kandid yg aku dpt ms perasmian Tadika Permata kat opiz aku nie.. so korang tgok ajer la pic2 kat bawah nie ek :)

nak tau majlis aper baca kat plug nie..

nie kat opizz sblm turun kat side perasmian.. dah nama nyer pompuan masing2 nak melawa :)

sblm tukang nak merasmikan tu datang pantang tgok cameraman masing2 nak berposing..

nie pun sama relek2 sambil santai2 masa tunggu Y.Bhg. Datin Hajjah Shuryani Dato' Shuib datang utk perasmian :)

hihihihi.. yang nie lak korang pk la sendiri :)

nice post lepas dah abis program.. :) soooo... sweeeetttt :)

Selasa, Mac 22, 2011

K@k Liz@

Setiap yang bertemu pasti akan berpisah & setiap yang bermula pasti akan berakhir memang keadaan nie wajib utk kt tempuhi agak nyer.. nak2 yang kije kat jabatan2 gomen coz opizzmate nie slalu bertukar ganti.. macam Kak Liza nie jugak la.. padahal baru ajer transfer kat opizz aku tup tap..tup tap dah nak pindah lak padahal baru 4 bln pindah kat opizz aku nie.. wat ever pung..walaupun xlama dgn ktorg tp kenangan dgn Kak Liza nie ttp ader.. dalam waktu yang singkat tu sempat la kua lunch ngan borak2 ngan dia.. :)

dapat gak la ole2 dr opizzmate sebagai tanda kenang-kenangan :) hope ukhwah yang terjalin tu terus berkekalan coz opizz baru dia xjauh pun dari opizz aku still in radius PuTrAjAyA :)

makan time.. :)acara wajib setiap event kat opizzz aku :)

Selasa, Mac 15, 2011

MoRnInG @ BrOgA HiIL

Tempat : Broga Hill, Semenyih
Tarikh : 13 Mac 2011
Masa : 5.00am - 9.00am


sikit iNfO pasal BrOgA HiLl nIE.. terletak di Taman Broga berdekatan Semenyih dan bersempadan Selangor-Negeri Sembilan.. Dengan ketinggian 390 meter, 1279 kaki atas aras laut.. Pendakian mengambil masa 30 minit hingga satu jam. It's an easy hiking :)

nie motif sebenar ktorg datang sinie.. nak snap pic mase matahari nak terbit.. tapi sebab kamera ktorg nie murah jadi nyer bila snap pic mgadap matahari jadi gelap pic ktorg nie.. :( tapi mmg puas la dtng sinie :)

nie group ktorg ms g panjat Bukit Broga nie.. plan nyer 2-3 ari sblm g sinie.. so daro 9-10 orang yang plan nak g last2 6 orang ajer yang g.. Norm's, Izzah, Haslini, Zaharah, Amier ngan aku.. ktorg sampai kat kaki bukit nie lebih kurang kul 5pagi.. tapi time tu pun dah ramai yang datang.. masa ktorg mendaki siap ader yang tdo atas bukit nie.. kalau korang datang awal2 pg nak panjat bukit nie mmg adventure la coz dalam suasana yang gelap korang kn hati2 coz kiri kanan bukit nie ader curam.. pastu laluan nyer pun xberapa cun.. tu xtermasuk lagi dengan semak samun nyer lagi.. so yg g pg2 tu touch light tu wajib korang bw :)

kat bawah nie pic2 yg sempat ktorg snap.. kalau yg g tu mmg nak tangkap2 gambar.. kat area2 nie la yang diaorg slalu snap coz aner yg pakai DSLR tu kalau snap pic kat area nie mmg cantik gambar2 nyer.. lalang2 kat atas bukit nie jadi kredit nyer :)
.
.
.

.


yang kat bawah nie lak.. aku rasa pic nie paling cantik coz ms nie baru lepas solat subuh then suasana nyer mmg nyaman & mendamaikan :)
.
.
.

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)