kekeringan idea nak cerita pasal makan.... :( mmmmm layan lagu ajer la ..sambil2 tu gerakan cursor mouse korang ke bawah tengok pic2 yang ader kat bawah nie ek..
Mari kita cerita pasal makan
Negara kita mewah kerana banyak makan
Negara lain kebulur mati tak makan
Org kita mati kerna banyak makan
Orang kita makan macam-macam
tidak kira pagi,petang siang malam
semua benda alamak! boleh di telan
Batu besi parang kayu papan
Makan sayur pucuk paku
masak rebus ibu kayu
goreng ikan selah papan
masak gulai ikan parang
buah keras buat lauk
pisang emas, pisang tanduk
batang buruk ceco kodok
Makanan pelik-pelik
tahi minyak, tahi itik,
supir mandi badak berendam
mata kucing mangga siam
cuci mulut lepas makan
kita kunyah jambu batu
Makan pokok meniaga jadi lingkup
makan bunga itu haram dan terkutuk
makan hati boleh membawa mati
makan suap tidak boleh dibiarkan
Sebagai renungan bersama utk post kali nie nak cerita pasal lagu
Rapuh yang dinyanyikan
Opik.. lirik lagu nie memang menyentuh jiwa bagi mereka yang benar-benar faham akan maksud lagu nie.. dalam kita menjalani kehidupan yang penuh dengan pancaroba nie berbagai rintangan, halangan dan rintangan yang perlu kita hadapi.. macam aku sendiri yang terpaksa menempuhi perjalanan yang bersimpang siur yang kadang-kadang tersasar dari jalan-NYA. tapi alhamdulillah ALLAH masih menunjukkan aku jalan yang sepatutnya setiap kali aku tersasar.. ALLAH masih membuka hati ini untuk aku tidak berpaling dari terus mengingati-NYA.. walaupun kita bukan manusia sempurna utk menhambakan diri pada-NYA tapi dalam kesempatan-kesempatan yang masih ALLAH bagi pada kita nie maka marilah kita menginsafi akan kehidupan nie supaya kita tidak terlambat.. kerana diakhir semua ini kita akan kembali kepada-NYA... jom layan lagu Opik nie dan korang hayatilah liriknya sebaik mungkin..
(>"."<)
Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
Detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
MMM.. post kali nie nak cer pasal Ladang Tebu Chuping lak.. Ladang Tebu Chuping ini terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.Di sini terdapat 22,000 hektar kawasan penanaman tebu bagi tujuan pembuatan gula. Permandangan nie di rakam masa aku ondaway nak balik KL dari Padang Besar :).. memang cantik Ladang tebu nie..sAuJaNa mAtA MeMaNdAnG..
keluasan tanaman tebu di sini lebih kurang 22 000 hektar.. memang tersangatlah luas nyer ladang tebu nie.. keadaan kawasan tanaman yang berbukit bukau akan wat korang terkesima melayan permandangan yang memang cantik nie..
tengok pic nie pulak.. dengan langit yang terbentang luas di atas ditambah pulak dengan ladang yang terhampar.. memang mengasyikan.. hujung langit dan hujung ladang nie yang sayup-sayup kelihatan bercantum dipenghujung nyer :)
TAPI....Separuh daripada keluasan ladang tebu Chuping di sini bakal bertukar wajah menjadi ladang getah dan usaha menanamnya secara berperingkat telah bermula. Ini berikutan pengambilalihan ladang tebu milik PPB Group Bhd seluas 5,700 hektar oleh Felda Global Ventures Perlis Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Felda.
Felda membuat keputusan menukar tanaman tebu kepada getah di kawasan seluas 7,000 hektar kerana tanaman itu lebih menguntungkan dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan 447 peserta Felda Chuping
Tarikh : 11 Jun 2011
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Perlawanan : KeLaNtAn vs TeReNgGaNu
Gara-gara tertanduk bola ke gawang sendiri, Daudsu membuka jalan kepada Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlarutan hingga ke masa tambahan malam tadi.
Ketika Kelantan sudah berada di ambang kemenangan hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-78, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan ketika masa kecederaan berbaki lima saat menerusi gol sendiri Daudsu.
Dengan perlawanan dijangka sekali lagi akan berlarutan ke penentuan sepakan penalti buat tahun ketiga berturut-turut, pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-108.
Kejayaan tersebut membolehkan Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim merangkul kejuaraan kedua Piala FA setelah melakukannya kali pertama pada tahun 2000.
Manakala Kelantan yang dibimbing Datuk M. Karathu terus kempunan untuk menjulang Piala FA setelah percubaan kali pertama mereka pada 2009 dikecewakan oleh Selangor.
Beraksi di hadapan 85,000 penonton, kedua-dua pasukan mempamerkan rentak permainan seimbang dan saling berbalas serangan pada separuh masa pertama tetapi tiada banyak percubaan berbahaya terhasil.
Terengganu mendapat peluang terbaik pada minit ke-20 menerusi rembatan Abdul Hadi Yahaya dari dalam kotak penalti namun berjaya ditampan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.Peluang terbaik Kelantan pula hanya hadir pada minit ke-40 tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kiri ditepis keluar penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli.
Bersambung babak kedua, kerancakan aksi pada enam minit pertama terganggu apabila lontaran mercun oleh penyokong Kelantan hampir terkena Sharbinee pada minit ke-51 dan permainan terpaksa dihentikan selama empat minit.
Hanya seminit selepas aksi bersambung, Joseph Kalang Tie melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti tetapi Khairul Fahmi tangkas menafikannya.Pada minit ke-67, kesilapan Sharbinee menangkap kemas bola hampir dihukum penyerang gantian Kelantan, Ramzul Zahini Adenan tetapi sepakannya sempat dihadang keluar oleh Ismail Faruqi Ashari.
Akhirnya gol yang dicari Kelantan menjelma pada minit ke-78 apabila lorongan cantik pemain tengah, Shakir Shaari berjaya disudahkan dengan kuisan lambung oleh Nurul Azwan.
Sikap tidak berputus asa para pemain Terengganu berbaloi apabila mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan pada saat-saat terakhir separuh masa kedua.
Rembatan penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat cuba dikeluarkan Daudsu di atas garisan gol tetapi pemain pertahanan Kelantan itu sekadar tertanduk bola ke gawang sendiri.
Ia sekali gus memaksa permainan berlarutan ke masa tambahan selama 30 minit. Pada minit ke-108, Ahmad Nordin muncul wira Terengganu apabila merembat masuk gol kedua pasukannya untuk memastikan kemenangan 2-1.Dengan kejayaan itu, Terengganu berjaya mendapatkan slot untuk beraksi pada saingan Piala AFC 2012. Kapten Terengganu, Mazuki Yusof dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
walaupun kalah pertandingan TAPI kElAnTaN tetap MENANG dengan sokongan peminat!!!
PrInSiP Ku...
bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)