KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Sabtu, Julai 30, 2011

Auuuummmmm...zZzZzZzZzzzzz :(

KUALA LUMPUR - Malaysia terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk beraksi semula di peringkat kelayakan Piala Dunia apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, semalam

Stadium Nasional Bukit Jalil dan 90,000 penyokong Harimau Malaya menjadi saksi detik kejatuhan Harimau Malaya apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 untuk membawa kepada kekalahan agregat 6-4.

Jaringan Safee Sali pada minit ke-57 tidak mampu untuk meningkatkan semangat rakan-rakannya yang lain apabila Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan 13 minit kemudian melalui Shi Jiayi.

Aksi sederhana pada separuh masa pertama boleh menjadi punca utama skuad negara gagal untuk menyaingi Singapura, di tambah dengan ketiadaan pemain perancang dan ketua pasukan, Safiq Rahim.

Safiq digantung perlawanan apabila menerima kad merah pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar yang menyaksikan Malaysia tewas 3-5.

Anak buah Datuk K. Rajagobal ternyata kurang selesa dengan kelebihan yang ada pada pemain Singapura iaitu kekuatan fizikal dan hantaran jauh.

Rajagobal mengakui, pasukannya tidak bermain agresif pada babak pertama, malah mengakui kealpaan benteng sekali lagi menghukum mereka ketika membenarkan Singapura merobek gawang pada separuh masa kedua.

"Kami tidak kalah, kami seri malam ini tetapi kami gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Kami tidak bermula agresif walaupun ada masanya kita membuat serangan, cuma di separuh masa kedua pemain mula menunjukkan permainan lebih baik tetapi ia tidak mencukupi.

"Saya rasa, apabila Aidil (Zafuan Abd. Radzak) terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan, ia menganggu perancangan pasukan. Dia keluar terlalu awal dan memaksa kami memasukkan Muslim,'' kata Rajagobal.

Hasrat untuk melihat pemain pertahanan berpengalaman, Aidil beraksi selama 90 minit tidak tercapai apabila dia dikeluarkan pada minit ke-27 dan digantikan dengan Muslim Ahmad apabila mengalami kecederaan.

Harapan menggunung penyokong Harimau Malaya untuk melihat Malaysia bangkit pada separuh masa kedua gagal dijelmakan manakala Singapura ampuh bertahan hasil permainan mantap pemain pertahanan Daniel Bennett.

Pemain tengah, Ismail Faruqi seperti kekeringan idea untuk merencanakan serangan bahaya tatkala Singapura mengharapkan kehebatan pemain kelahiran China, Jiayi dan Qiu Li.

Gandingan Safee dan Abd. Hadi Yahya juga tidak begitu menjadi apabila tidak mempunyai keserasian yang mantap tatkala S. Kunanlan gagal mempamerkan permainan lincah seperti dalam perlawanan sebelum ini.

Ibarat jatuh sudah ditimpa tangga aksi penutup perlawanan Malaysia Singapura dicemari dengan layangan kad merah kepada pemain gantian negara, Ahmad Fakri Saarani pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, pujian layak diberikan kepada penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat yang beberapa kali menyelamatkan percubaan merbahaya pihak lawan.

Apa-pun kita perlu menerima hakikat bahawa masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki jika berhasrat untuk beraksi pada peringkat yang lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia 2018.

Sementara itu, penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat berkata, Singapura berhak melayakkan diri ke pusingan seterusnya kerana menunjukkan permainan yang lebih baik. "Kita tidak kalah malam ini, cuma kita seri. Singapura lebih layak dan berhak ke pusingan seterusnya,'' kata Khairul Fahmi.


Khamis, Julai 28, 2011

SaNtAi :)

ooo..Balik Kampung..ooo..Balik Kampung..Hati Riang.. :) uikkksss berangan lak balik kampung.. tapi ms outing ke Terengganu aritu memang terasa betul hati nie ader kat kampung coz tengok permandangan sekitar pantai tu memang kampung betul..walaupun kampung aku bukan kat persisir pantai tapi suasana nyer sama gak macam kampung aku coz dikelilingi rumah-rumah papan yang ada beranda untuk bersantai.. :) agak nyer dah memang ALLAH nie nak memenuhi gelodak jiwa yang teringat sangat kat kampung..masa ondaway back to kL from Terengganu aritu pilot aku singgah umah mak mertua dia..sekali sampai kat umah mak mertua dia kat Kampung Kelulut tu...ppppeeerrrrggghhh mmg suasana rumah dia mmg best sangat coz memang kampung gilerrr :) xcaya korang tengok pic2 kat bawah nie :)

sampai ajer kat umah mak mertua pilot aku tu ktorang duk kat beranda umah dia.. memang syok betul coz dah la duk kat pantai pastu terasa angin pantai tu bertiup pastu dikelilingi pokok kelapa.. memang best betul :)

aku..Kak Ina..Kak Nang..Kak Farah


sambil santai-santai tu dihidang pulak Air Kelapa Muda, Air Nira Kelapa nagan Keropok Lekor.. memang terbaekkkkkk trip kali nie :)

Selasa, Julai 26, 2011

AiR NiRa KeLaPa

NIRA KELAPA??? lagi benda baru aku dapat :) masa ondaway balik ke KL dari Kuala Terengganu aritu ktorag singgah ke Kampung Kelulut coz pilot ktorg tu singgah umah mak mertua dia.. so masa kat umah tu..dia bagi minum air Nira Kelapa.. aku memang biasa tengak nira kelapa @ tuak nie tapi xpernah cuba lagi coz aku memang cerewet skit pasal makan minum nie.. tapi aku cuba gak la minum sikit ..rasa nyer MasyaALLAH.. (jawapan nyer ader kat bawah) tapi xper r.. nie pengalaman berharga buat aku..

Untuk mendapatkan Nira ni harus dipotong tandan mayang nya. Barulah kita leh dapat air Nira nie.. aku pun xtau berapa lama nak tunggu untuk dapatkan Nira coz titisan yang keluar dari tandan mayang yang dipotong tadi teramatlah perlahan..orang yang rajin n sabar ajer aku rasa leh mengusahakan Air Nira Kelapa nie.

Inilah hasil nyer yang siap dibotolkan untuk djual.. Air Nira Kelapa :) nampak memang sedap..tapi tekak aku memang xleh terima..mau muntah dibuat nyer :( ..ape2 pun nie satu lagi pengalaman berharga yang aku dapat g negeri orang nie.. ape yang orang tua2 selalu cakap??

Lain Padang Lain Belalang..Lain Tempat Lain Citarasanya :)

Jumaat, Julai 22, 2011

na na na na na..Tganu Kiteeeee

Tarikh : 18-20 Julai 2011
Tempat : Terengganu


Jauh kaki nie melangkah maka banyaklah yang dapat diterokai.. 18-20 Julai aritu aku kn bertugas di Terengganu.. memang aku dah set dalam kepala otak nie nak cari bahan nak post dalam blog aku coz sekarang nie memang xder idea langsung nak posting cerita..Alhamdulillah.. dari mula group aku bergerak nenuju ke Negeri Pantai Timur nie mcm bahan yang aku dapat.. so dah arah yang di tuju tu ke Terengganu so posting kali nie nak cite pasal Negeri Penyu Bertelur nie la xpecially pasal pantai nyer yang memang banyak kat Terengganu nie.. masuk ajer area Kemaman memang dah terbentang luas pantai nyer :)

Permata Pantai Timur adalah gelaran yang sememangnya sesuai diberikan kepada negeri ini memandangkan ia merupakan sebuah negeri yang sangat kaya dengan pelbagai sumber yang berasaskan perikanan, petroleum, hinggalah kepada sektor pertanian yang boleh menambah daya penarik pelancong untuk sampai ke negeri bertuah ini. Pantainya yang panjang dan rangkaian kepulauannya yang indah sudah terkenal di merata dunia

Jaluran pantainya mengunjur 225 kilometer dari utara (Besut) hingga selatan (Kemaman). Oleh itu tidak mustahil negeri ini kaya dengan pantai-pantainya yang cantik dan menarik. Antara pantai-pantai yang terdapat di Terengganu ini ialah :-

• Pantai Air Tawar
• Pantai Bukit Keluang
• Pantai Penarik
• Pantai Merang
• Pantai Paka
• Pantai Rantau Abang
• Pantai Teluk Bidara
• Pantai Kelulut
• Pantai Tanjung Jara
• Pantai Kemasik
• Pantai Kijal
• Pantai Batu Burok
• Pantai Batu Rakit


nie suasana di sepanjang jalan yang di tumbuhi pokok-pokok kelapa yang tinggi dan condong ke pantai..memang terserlah keindah dan keasyikan sepanjang perjalanan ini. Hebat sungguh ciptaan ALLAH ini untuk kesejahteraan makhluknya di bumi nie :)

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)