KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Kredit to http://waksab.blogspot.com/...sangat terkesan dengan artikel nie..semoga kita semua dapat mengambil faedah dari nya :)

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku".

"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Khamis, Mac 29, 2012

Seorang Lagi Melangkah Pergi

Seorang lagi teman merangkap kawan merangkap sahabat melangkah pergi memburu cita-cita demi kerjaya yang mendatang..Us. Nadzri b. Mustakim seorang yang selalu menceriakan opiz aku nie dengan sikap yang gila-gila..seorang bagi aku ilmunya terlalu banyak dan xlokek untuk dikongsi bersama-sama teman yang lain..kalau ada ilmu2 atau perkara2 baru yang dia dapat dia akan bagi tau kat kawan2 yang lain..memang payah nak cari kawan macam nie..lagi satu apa yang aku kagum dengan kawan aku sorang nie..dia xpernah nak mengata orang n kalau pun ada kawan2 yang mengata dia hanya mendiamkan diri ajer..kawan aku nie la menjadi peneman setia aku g Solat Jumaat..n lepas Solat Jumaat dia akan membahaskan kutbah yang dibaca..:) memang terbaek kawan aku yang sorang nie..semoga lepas nie aku dipertemukan dengan kawan yang mampu membimbing aku macam Us. Nadzri nie bimbing aku SeLaMaT BeRjAyA SaHaBat..TeMaN DaN KaWaN yang aku sayangi....

Biarkan kerinduan di lautan memori
mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat

Selasa, Mac 27, 2012

1 MaLaYsIa

Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Selalu pakai nyanyi2 biasa ajer lagu nie..tapi lepas praktice utk kumpulan koir opizz aku..aku dapat rasakan ader value yang sangat tinggi kat lirik lagu nie..kerajaan secara berterusan menggunakan segala sumber yang ada bagi meningkatkan keupayaan Malaysia di mata dunia dengan dokongan rakyat melalui perpaduan yang terpupuk sejak sekian lama..memang lagu nie merupakan inspirasi terbaik untuk Malaysia Tanah Air Ku :)

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)