KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Sabtu, April 21, 2012

Kesian Nyerrrrrr :(

Bermula Mac 2012 yang lepas..setiap ari Sabtu aku kn berkampung kat ASWARA coz kn attend class Tarian Tradisional Melayu..so masa lunch xleh nak kua mkn kat luar coz masa nyer singkat sangat just 1 jam ajer..so kalau nak kua lunch kn g area The Mall @ kat area2 KL so take time to go there..sebab dah tak sempat nak kua kita orang just lepak2 kat kantin ASWARA nie ajer..tapi geram betul coz kantin nie selalu tutup..tapi xper la coz dah tau keadaan nyer macam nie memang aku selalu bawa roti dari rumah..tapi yang kesian nyer...


nie suasana kat kantin ASWARA nie..kalau xder function aper2 kantin nie tutup ajer :(


tapi yang kesian nyer kucing-kucing kat atas nie..patut la memula aku g kantin nie banyak kucing yang kurus2 n macam tak bermaya ajer..macam mana la kucing nie xkelaparan coz kantin nie selalu tutup :( so kalau kantin nie buka..orang yang datang makan kat kantin nie mesti campakan sisa makanan kat kucing2 nie..so kesimpulan nyer if kantin nie tutup confirmed kucing2 nie akan berpuasa setiap weekend kan..patut pun jugak kalau masa aku memula datang sini dulu kucing kat sini ader gak 3-4 ekor tapi arinie dah tinggal 2 ekor ajer..

KeSiAn KuCiNg-KuCiNg NiE :(

Sabtu, April 14, 2012

Novel : Dia Tidak Berdosa


Alhamdulillah..dalam sibuk2 dengan kije yang makin melambak dapat gak aku abiskan Novel : Dia Tidak Berdosa nie.. karya hasil nukilan Puan Hajjah Ruhayah bt Hj. Mahmod @ Puteri Andalas. Novel setebal 629 m/s nie di dokong oleh Karen@Kay@ Nur Khalidah, Khalid Adlin, Malita, Intan Rahayu. Inah, Eizlan, Ayman, Chris, Crissy ngan ramai lagi la..

Jalan cerita yang agak heavy coz banyak sangat konflik yang tidak berkesudahan..& plot yang agak menyedihkan bila Kay meninggal dunia dan jenazah nya dibawa pulang ke rumah..kalau korang menjiwai cerita nie memang leh menangis klau baca plot nie :( ngeee..

meh baca sinopsis Dia Tidak Berdosa nie.. 

"Kehidupan Kay @ Nur Khalidah penuh ranjau, onak dan duri. Sarat pula dengan dugaan tanpa henti. Bermula dengan memilih agama Islam sebagai pegangan diri, dia terus-terusan diuji, disisih daripada keluarga angkat yang dikasihi dan mengasuhi.

Namun..dia tetap gigih. Jatuh, bangun dan berdiri memegang teguh pada agama, kesetiaanya kepada Khalid Adlin, suami yang dihormati, kasih kepada zuriat kurniaan-Nya, Intan Rahayu yang diasuh berbudi pekerti tinggi.

Namun..kesetiaan Kay diragui. Kay mati ketika mempertahankan agama dan maruah diri. Meninggalkan suami dan anaknya mendepani pembongkaran rahsia kematianya yang penuh misteri dan tragedi."

nak tahu keseluruhan cerita nie korang kena baca sendiri la o.k :)


ISTIADAT pertabalan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, akan diadakan pada hari ini,  Rabu, 11 April 2012 ini di Balairong Seri, Istana Negara jalan Duta, diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam. 

Istiadat pertabalan diraja itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Yang Dipertuan Agong ke-13, yang juga Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011 lalu. 

Ini merupakan pertabalan kali kedua baginda Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah 83 tahun. Sebelum ini, baginda pernah diisytihar menjadi Yang Dipertuan Agong ke-5 antara tahun 1970 hingga 1975. Sekaligus perlantikan baginda telah mencipta satu sejarah dalam pelantikan Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957. DAULAT TUANKU.

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)